Makan Mee Udang di Pantai Bagan Nakhoda Omar (BNO) Sabak Bernam



Assalamualaikum

Masih mereput bertapa 10 hari kat sini, naseb ada makanan yg sedap-sedap so hakak ok !!
Bukan pertama kali makan kat sini, sebelum2 ni pun pernah makan kat sini. Kebetulan kursus kat IPN, Sabak Bernam yg jauh kedalam ni, singgah kat sini makan mee udang. Kalau sesaja hunting mee udang memang taklaa. Nama tempat pantai Bagan Nakhoda Omar, Sabak Bernam singkatan BNO, kat situ popular dengan mee udang special. i memang suggest. sedap!! Kalau nak makan tomyam kelapa sedap boleh tengok SINI.

Makan Mee Udang di Pantai Bagan Nakhoda Omar (BNO) Sabak Bernam
 Mee Udang RM8.50
Memang sedap waa cakap lu, kuah mee tu terasa manis2 udang, udang pun fresh, bukan udang yg lembik2 yg kulit nak tanggal serupa tak mahu. Ini siap boleh hisap2 udang tu, dah buang kulit, celup dalam kuah, baru makan sekali dengan kuah. cenggini 👍👍

Makan Mee Udang di Pantai Bagan Nakhoda Omar (BNO) Sabak Bernam
 Nasi goreng udang RM6.50
Ini pun sedap, nasi goreng rasa hangit2 kuali tu yg sedap. Lepas tu, jaga2 cik kiah, jangan tergigit cili potong, kang merana badan.

Licinnnn abeh, tinggal kulit udang susun tepi pinggan, sebelum makan kitorang kira ada berapa ekor udang, paling sikit pun 10 ekor.

Makan Mee Udang di Pantai Bagan Nakhoda Omar (BNO) Sabak Bernam
Kedai bukak dari 10 pagi - 7 petang, kalau malam kat sini takde apa. JAIS ramai la mencari mangsa dalam lubuk2 semak tu.

Makan Mee Udang di Pantai Bagan Nakhoda Omar (BNO) Sabak Bernam
Kalau kat sini time tengahari memang panas menterik, biasalah kan dekat dgn laut, kalau petang sikit ramai la orang berkunjung kat sini, tengok bot2 nelayan lalu balik dari tangkap ikan, orang main layang2, gerai jual2 pun banyak.


Mee Udang Special 
Pantai Bagan Nakhoda Omar (BNO)
waktu perniagaan ; 10 pagi - 7 petang
tutup setiap hari Isnin kecuali cuti umum


-gee-
Tag : Food
9 Komentar untuk "Makan Mee Udang di Pantai Bagan Nakhoda Omar (BNO) Sabak Bernam"

Sedapnya nampak mee udang dan nasi goreng tu..jauhnya nak pergi..

sy pernah try mee udang kat pulau sayak, kedah. rasanya sedap, udang pon fresh. kalau ada rezeki ke sabak bernam, sy nak try juga mee udang BNO ni ��

Tengah pantang seafood..tapi terliur gak la

tu la, tempat jauh ke dalam, kalau takde pe keje mmang tak makan sini..hihii

kat kedah pun polulat mee udang kan, tak pernah sampai sana lgi, maybey one day.

sabar ye sal, tggu baik pasang braces tu hihii

manatau 1 hari nanti kan nak ke kedah 😉

Sebarang bentuk komen yang tidak berhemah adalah tanggungjawab anda. Komen yang baik inspirasi blog ini.

Terima kasih atas komen anda.

Back To Top