Lifestyle | Parenting | Food Lover. Loves to bring my kiddo's to travel even though just a local trip with small budget.

Resepi masak labu lemak kuning

Zie Azi | 20 March 2017,14:00 |
Resepi masak labu lemak kuning

Resepi masak labu lemak kuning

ok, hari ni nak citer pasal labu, bukan labu labi yg dalam cerita P.Ramle tu. Cara masak lemak labu dengan betul. Hari tu ada tengok resepi K.Jee masak lemak labu, dia pun tersilap langkah dan belajar dari kesilapan dengan tengok entry Che Mat gebu - dapur tanpa sempadan. Kalau nak tengok resepi dapur kjee boleh tengok Sini

Masak labu jangan jerang labu dengan air, akibatnya akan jadi seperti gambar di atas. Labu akan jadi lembik, henyak, habaihh & hancur pun ada jugak, tapi dah masak telan je la labu, janji kuah lemak kuning sedap, dah macam makan bubur baby, tak payah kunyah telan terus pun boleh. kah kah

Resepi masak labu lemak kuning

Macam aku, kalau masak apa2 lemak kuning suka letak cili padi sikit. Dah namo eiii orang negori semilan, cili padi dan kunyit hidup memang tak dapek di pisahkan. Kebiasaan kalau masak lemak, jarang pakai santan kotak kecuali santan perah habis. Terbiasa dengan santan perah sebab boleh bajet kuah, tapi terpulang pada citarasa masing2, amik jalan yg mudah santan kotak pun boleh.

Buah labu jangan potong terlalu kecil, nanti hancur. Tumbuk bahan2 tadi - kunyit hidup, cili padi dan udang kering. Kemudian, masakkan bersama serai titik.

Resepi masak labu lemak kuning

macam che mat  gebu (DTS) cakap, tuang santan cair dulu bagi lembutkan labu je. Bila labu dah 1/2 empuk, tuangkan dengan pati santan dan perasakan dengan garam dan sedikit lada hitam. Kacau perlahan, dan masakkan dengan api yang kecil sehingga mendidih. Tutup api dan boleh di hidangkan. Sebagai bahan tambahan, boleh juga letak kacang panjang. 

Resepi masak labu lemak kuning
sedikit hancur, next time buat cara masak dengan betul, keh2 keh. Masak ni try & error je. Sedap kita makan, tak sedap ontok2 yolahhh. hahaha

At least i masak than never, right 
#SedapKanHati

-zie-
Tag : Resepi
14 Komen untuk "Resepi masak labu lemak kuning "

kalau tak jadi pertama kali,mungkin kedua kalinya jadi kan..nak memasak kena try and error jugak..

~ Kisahsidairy~

Oooo, cenggitu pula masak labunya..jgn jerang sekali dgn air,..
Selalu buat cenggini, bila mkn, labu mcm bubur dah...

Lama dah tak makan labu ni..biasanya PC kalau beli labu bagi dua..separuh masak lemak..separuh lagi buat pengat..hihihi..ni yang rasa nak beli labu ni..

Oooo ada teknik rupanya bila kita masak lemak labu.. Tak pernah masak lemak labu, boleh cuba lepas ni sebab my favorite jugak..

Orang nogori, masak lemak tak dapat dipisahkan, sodap lak tu 👍😁

masak lemak labu antara pilihan matjo time makan, terliur pulak tengok :)

nampak sodap..terliur den pagi2 ni.

lepas ni mesti jadi la msk lemak labu nih..haha

sama la, tak pernah google pun main hentam je, janji masak.

hari tu pun masak separuh je, separuh lagi buat pengat labu, letak sagu sikit, sedappp la

sodap yo, masak daging salai lagi sodap, lama ei sey tak makan daging salai.

mat jo bolh la try masak yo..

sal, labu ni lembut, sal boleh makan skrg kan sal tgh buat braces..

Sebarang bentuk komen yang tidak berhemah adalah tanggungjawab anda. Komen yang baik inspirasi blog ini.

Terima kasih atas komen anda.

Back To Top