Bahan utama untuk membuat Spaghetti Carbonara:
Minyak masak @ Butter
Bawang merah dan bawang putih (dipotong dadu)
Lada hitam
1 kotak susu dutch lady
1 tin prego sauce carbonara mushroom
Daging, sosej, sotong, ayam (perencah tambahan, saya letak sosej dan daging sahaja)
Garam
1 paket spaghetti untuk direbus sampai empuk
* Malas nak buat sos carbonara sendiri, pakai Prego je.
1.Panaskan air dalam periuk masukkan garam dan sedikit minyak zaitun.
2. Sudah mendidih masukkan speghetti sehingga masak dan kenyal. Angkat dan tapiskan.
* Nak tau kenyal ke tak, campak ke dinding kalau melekat macam cicakMan, kenyal dah la tu, kemudian angkat
Sos Carbonara:
1) Tumis bawang putih dan bawang merah yang dipotong dadu. Tumis pakai butter, sebab pe pakai butter, dalam peti sejuk ada butter saja guna butter. Bila dah naik bau masukkan daging, sosej, cendawan.
2) kacau2 bagi masak, bolehlah masukkan pula "Prego sauce carbonara mushroom". Kocak air sedikit dalam bekas prego tu, jangan membazir. Tabur sedikt lada hitam, garam bila bau dah naik bolehlah curahkan air susu kotak Dutch Lady. Agak-agak ajer. Kacau seketika.
2) Masukkan chesse sedikit, siapa yang suka chesse boleh tambah sekeping chesse.
Spaghetti Carbonara Idaman Kalbu
Siap !! Boleh dihidang untuk di makan. Inilah resepi paling mudah dan cepat tak sampai setengah jam pun buatnya, senang je buat Speghetti Carbonara ni weh.. antara rajin dengan tak je..
Selamat menjamu selera ..!!
-gie-
...........................................
Tag :
Resipi
19 Komentar untuk "Spaghetti Carbonara Idaman Kalbu"
menyelerakan bila ada cheese ...
sy suka chesse, sedap kalau mkn burger ke meleleh2 chesse dia..yummy
Assalamualaikum.........
Ya..... kalau rajin semuanya jadi senang...........
betul tu, kalau rajin apa pun jadi kan..hihii
terbaek lah cik puan kite ni memasak. kalo ada lebih meh lah hantar kat umah akk ni...hehehe
terrrlapar la pulakkk ! kihkihkih :)
wahhh.. ada blog jugak..tunggu aku update pasai hang makan gelojoh
hahahaa
tiba2 jadi lapar erkkk..
sedapnyaaaaaaaaaaa dah la lapar niiiiiiiiiiiii
hehehe.. buat semata-mata nak hantar assgmt je...lg pun tu projek subjek degree... nak tak nak kena la wat... sowi lah... aku tak update blog... masa buat tu pun blur... kalo ko suruh aku update... kompem aku tak reti dah... nak cantikkan blog pun tak tau...huhuhu
memang favorite nie..=D
yeke samalah gan kita..
sedap sgt..hahaha
wow sedapnya ...tp klo yg carbona ni MG slow sikit msuk tekak ..hihi :)
Kalau mkn bnyk mmg muak, MG
suka jg yg ni sy slalu buat yg simple2 je
kalau berat sgt jadi muak, buat simple pun dah sedap kan anies
Nampak sedap :) bw, blogwalking here hehe
Hai Hidayah, tq
Sebarang bentuk komen yang tidak berhemah adalah tanggungjawab anda. Komen yang baik inspirasi blog ini.
Terima kasih atas komen anda.