Lifestyle | Parenting | Food Lover. Loves to bring my kiddo's to travel even though just a local trip with small budget.

Tomyam kelapa yang sedap di Sabak Bernam

Zie Azi | 21 March 2017,09:13 |
Minggu lepas, kalau korang nak tahu 5 hari jugak la aku berkampung di Institut Perakaunan Negara (IPN) Sabak Bernam. Jangan ingat duduk kat tempat jin bertendang ni tak jumpa makanan yang sedap, tomyam kelapa yg sedap ada kat sini tau. Tempat punyalah jauh ke dalam, kiri kanan hanya nampak kebun pokok kelapa je sebab dekat dengan laut kan. Tak tahu Sabak Bernam tu kat mana? Tau mee Udang B.N.O (Bagan Nakhoda Omar) tak? haaaa kat situlah, tapi ke dalam lagi. Dekat dengan Politeknik Sabak Bernam. Jadual kursus memang pack, tapi petang aktiviti bebas, yg datang kursus ni semua bapak orang, mak2 orang, mokcik, pokcik so, jadual takla pack macam budak sekolah. Ada satu hari tu, dah habis tawaf satu IPN tu, google cari kereta sewa, sampai terfikir nak amik uber la. Google punya google jumpa number tepon En. Fahmi, owner kereta 🚗🚗sewa ni lecture kat Politeknik Sabak Bernam tu. Aku p.m cakap nak sewa 3 jam je, nak jalan2 kat sini, boleh la encikkkkk. Dengan baik hatinya dia bagi 3 jam RM20, deposit RM10, deposit tu kalau terlajak jam kira burn la. Kalau korang tiba2 tercampak kursus kat sini, nah ni no tepon en.Fahmi kereta sewa ☎ 013-227 2271 📞☎

Tomyam kelapa yang sedap di Sabak Bernam
 oooh indahnya dunia dapat nescafe ice.

Tomyam kelapa yang sedap di Sabak Bernam

Inilah tomyam kelapa muda, biasa kelapa yg ada kat KL tu macam rupa nenek2 kita, ini kelapa muda kulit dia menhijau, cantik, isi dalam lembut bukan keras kerak2 tu, Biasa kelapa yg kita jumpa kelapa yg banyak air kelapa tapi isi dalam keras. Tapi ini kelapa muda kampung isi dalam lembut bak salju, cewahhhhh. Sambil makan tomyam boleh kaut isi dalam. tomyam kelapa ni di masak dengan air kelapa, rasanya masam2 manis, pedas tomyam. Harga sebiji tomyam kelapa RM9, memang tak puas aku sorang makan, hanya orang yg pandai masak je tomyam kelapa ni.

Tomyam kelapa yang sedap di Sabak Bernam
 Kalau duduk berdekatan dengan laut, memang tak dinafikan seafood kat sini fresh, Isi Udang dia kenyal, manis udang tu masih terasa macam baru naik dari laut.

Tomyam kelapa yang sedap di Sabak Bernam

Tomyam kelapa yang sedap di Sabak Bernam
 isi kelapa lembut, memang betul la brader tu cakap, kami bertiga tak cukup untuk sebiji kelapa. Kitrang nak merasa je, sebab trainer kursus Mr.Rajen heboh dok canang tomyam kelapa sini sedap, kesimpulannya, memang sedap. Tak tipu !!

Tomyam kelapa yang sedap di Sabak Bernam
sebiji Tomyam kelapa, kangkung belacan, 2 pinggan telur dadar, 3 pinggan nasi putih, air tiga gelas..errrr lebih kurang dalam RM25, kou rasa apa? jimat weh duduk sini, sila isi borang transfer pindah sini, banyak kosong, silakannnn !!

Tomyam kelapa yang sedap di Sabak Bernam
  Kami bertiga baru kenal masa kursus, satu bumbung yg sama tapi lain2 jabatan, Nama depa lebih kurang sama, sorang eda, sorang eda jugak, tapi depan ada kak Eda. Eda yg dah banyak kali kursus kat sini, cakap tak pernah outing sejauh ini, alik-alik pusing2 naik basikal, hahaha

Tomyam kelapa yang sedap di Sabak Bernam
ni masa kitorang beli sandal kat pekan Sungai Besar. 

Sebenarnya, kat mana kita ditempatkan yang membuatkan sesuatu itu seronok atau tidak terletak atas diri kita sendiri. Pandai2 la bawak diri, pandai2 la cari kawan. Kursus di tempat jauh ke dalam ni sebenarnya menguji mental dan minda. Jauh dari pekan, apa yg korang nampak kebun kiri kanan, kalau malam bunyi katak dengan cengkerik berlawan2, pukul 9 dah tarik bantal selimut ready to sleep kou. Kalau korang tanya ada hantu tak? alaaa benda tu kat mana2 ada, cuma kalau nak masuk rumah tu beradab, jangan masuk main terjah je, tiba2 buat bising, gelak kuat2, memang la benda tu marah, masuk rumah orang kena baca2 sikit ayat kursi ke. 'tok, nenek...cucu tumpang kursus kat sini'

Tapi hakikatnya duduk kat sini memang jimat, tak banyak hantu sale-sale yg menghantui kaum wanita. Apa yg ada depan mata, itulah yg korang makan, jangan nak demand sangat ehh, tak suka pergi hunting food kat luar, macam kitorang, hahaha❤❤

Kalau nak cari kedai Tomyam Kelapa ni, google maps je weh, senang citer. Confirm jumpa tak sesat punya lah, kedai kat tepi jalan je.


FB : Restoran Wanie Tomyam Kelapa
bt3 selekoh teluk rhu sabak bernam
45200 Bagan Nakhoda Omar
019-681 8921
Thai restaurant - Asian restauran
opens at 14:00 - 01:00



Tag : Food, Friends
7 Komen untuk "Tomyam kelapa yang sedap di Sabak Bernam"

macam sedap je tomyam dalam biji kelapa tu zie

~ Kisahsidairy~

sedap kan tomyam kelapa? IQ pernah makan tomyam santan, yang tu pun pergh! try makan dekat thai cup publika, memang puas hati

wah..noted.wajib cari ni. tempat baru..pengalaman baru.balik-balik makan manhattan, shopping kat Sogo pun lemau jugak..tak gitu.hihi.selamat berkursus!

pernah pergi sekali je BNO tu makan mee udang dia. next time kalau pergi lalgi nak lah cuba tomyam sedap ni,

Tomyam kelapa! Waahhh first time dengar ni. Tempat kedua menarik di Sabak Bernam. Kena terjah nanti.

Sebarang bentuk komen yang tidak berhemah adalah tanggungjawab anda. Komen yang baik inspirasi blog ini.

Terima kasih atas komen anda.

Back To Top