About Me

Hai & Assalamualaikum
Welcome to Jepun Mari Blog !

Blog yg biashee biashee. Orang sederhana. Cerita bersahaja. 

Terwujudnya blog ini, mula-mula nak tulis tangan kat diary (ada lagi ke orang tulis diary kat buku). Sekali tengok tulisan ya Allah buruknya. Thus, this blog was born. Bercerita tentang the many lives of myself as a working mother, wife and supermom, treasure my momories my kids & my family (mommy 3 kids - 2 kumbang, sorang bunga). It is also a way i share with friends and acquaintances of the thing i love in life. Loves to bring my kiddo to travel even though just a local trip with small budget. 

Nak kenal? nah baca tentang seorang yg bernama Suzieyana aka Siti Nurhaliza..
'hai, saya Siti Nurhaliza.. Aafiya anak ibu'
(bunyi tu buat macam suara Siti Nurhaliza baru menjadikkkk)

SUZIE SUKA

suka pada benda yg CANTIK, WANGI, KEMAS. 'Taknak habuk, taknak makanan bersepah, taknak amik baju bertabur, taknak toilet basah, event nampak rambut sehelai pun aku boleh kutip masuk dalam bakul sampah.' Penat kan jadi aku? Nak kata aku OCD pun tak tahu nak kategorikan yg mana. Sekarang macam tak mampu nak semua benda nampak perfect. Nampak sepah sikit2 tu pujuk hati 'nanti kemas.. nanti kemas' Anak-anak dalam fasa nak membesar. Relax & bertenang.  

suka MEMASAK tapi tak suka kemas. Tapi sebab takde pilihan orang tukang kemas. Terpaksa jugak la jadi tukang masak & tukang kemas. Aku buat keja pantas. Kalau takde orang kacau, masak set nasi ayam siap timun, sup, salat, sos cili, sos kicap sap sap hoii je la.. pakej sekali dengan air sirap bandung settle. Kalau nampak orang buat keje lamberrrrrttt tu rasa nak kakikan.

suka MAKAN. Ada ke orang pompuan yg tak suka makan. Tapi tekak ni more suka pada masakan melayu. Makanan omputih pun suka juga, tapi apa-apa mesti nak nasi. Orang kampung macam ni la, pagi breakfast pun makan nasi. Dapat nasi panas-panas makan dengan sambal ikan bilis, ada ikan masin perrrrgghhh sedap gilos. 

suka DEKO RUMAH. Suka tengok rumah cantik. Suka tengok orang hias rumah. Suka tengok orang build rumah. Kalau boleh nak hias rumah cantik-cantik macam istana. Semua yg kita nak ada kat dalam rumah. Nak swimming, ada pool. Nak main tennis, ada court tennis. Nak main bola, ada padang bola. Nak tengok wayang ada panggung wayang. Boleh gitu? bahahahaha

suka MENJAHIT. Kalau takat nak buat baju sendiri lepas la. Rajin dengan tak je. Menjahit ni penat, pastu kena teliti, mata kena tajam sebab nanti nak masuk benang kat jarum tak nampak. Paling penting part potong kain kena tepat. Salah potong kain terus buat baju pegi sawah je lah.  Baju budak2 ni kalau setakat nak alter lengan/panjang/pendek/jahit lurus, takde hal lah zassssss siap. 

suka bawak KERETA MANUAL tapi tu dulu laaa. Sekarang surrender. 10 tahun juga la bawak kereta manual kat bandar KL ni. Itu pun convert dari manual ke auto. Kisah pasal kereta ni aku ada share kat link. Suka bawak motor ada clutch. Dulu berangan nak bawak motor besar. Bila bukak helmet sekali tengok pompuan yg ride. perrrgggh riak! Pastu tak sedar diri tu kaki tu tak cukup panjang ada hati nak bawak motor besar. Bawak skutter je la suzie oii. hahahaha 



SUZIE TAK SUKA

satu benda paling tak suka BAKING. hadoiii bab buat kek/baking/bakery ni tak pandai la. Tangan aku ni kalau buat baking segala kuih jadi bantat. Benda simple buat agar-agar je kot. Pernah buat agar-agar milo kukus. Aku kukus berjam-jam, keluar masuk periuk tak jadi agar-agar milo aku. Last ke tong sampah. Senang citer beli je la kek kat kedai. Kek yg berlambak jual kat kedai tu nanti takde sape pulak nak beli kalau bukan haku.. bahahaha 

tak suka bila orang lelaki cari barang tak jumpa (husband haku lettew). Memanjang la tak jumpa cari. Padahal barang tu ada je depan mata. Rasa nak tonyoh2 je depan muka. Rasanya bini2 gengster sedunia alami benda yg sama kot. Akan cerita benda yg sama kalu lelaki cari barang tak jumpa. 
  
tak suka bangun tido tak kemas katil. Lepas bangun tido benda pertama aku buat mesti nak tegangkan lapik tilam. Bantal/blanket susun elok2. Sebulan sekali tukar cadar tilam. lepas tu spray bilik jadi wangi. Paling pantang kalau ada budak2 yg lompat atas katil. Tak kira lompat atas katil/sofa ke aku akan marah. Selalu remind kat budak2 ni katil bukan tempat lompat2. Nampak lompat2 nanti mama kutil.. aaaaaaa gitu 

tu je dulu setakat ni. InsyaAllah penulisan dalam ni sedikit sebanyak bagi manfaat kat korang. 
walaupun kadang banyak merapu, meraban, melalut ke laut tapi korang enjoy jee laaaaaaa..
bahahahaha

I hope you will enjoy reading my blog as much as i do


So, guyss!!
Sebarang pertanyaan atau for any collaboration boleh email me at zieazi30@gmail.com



Love 
Zie
Back To Top