Assalamualaikum
Sabtuday busy ye kemahen uruskan rumah Kuala Selangor ada orang nak masuk sewa, mengemop, menebas rumput, mengecat, sapu sawang, penat tengok rumah berhabuk, tapi semua keje tu i tak buat. hahaa keje i mop lantai je, yg lain adik2 yg buat.
Lepas semua penat bekerja keras kemas rumah, jom la birthday girl ni lanjer makan nasi Arab. Abah teringin nak makan nasi Arab, membawak sampai ke Dar Hadramawt kat Bandar Baru Selayang. Budak2 pun suka makan nasi arab ni, pernah makan beberapa kali kat sini, harga pun tak tikam-tikam dada. Kalau ikut harga dulu lagi murah la berbanding harga sekarang, yeidakk!!
air Carrot susu tu abah punya, tak main la order kopi o, teh o, tapi kitorang tau dah, kalau gi makan mana2 abah mesti order carrot susu 😃😃
dah pandai order air sendiri, milo ais blanded tauuuu, kemain
Chicken kabsa RM10 je
Chicken haneeth RM11, jangan kecam hakak kalau salah nama menu. hih2
Abah order mandy daging Kambing, tapi tak berani nak amik gambar, picture makanan ni pun curi2 amik tau, lalu je depan aku, terus snap, tu pun kira nasib kalau gambar tak gegar. Takut kono marah kang, nak makan pun amik gambar, ada bran !! Takottt!!
ini menu dia, kut ada yg nak makan kat sini, harga ok la tak mahal sangat.
en.somi je takde, hari sabtu dia keje, kalau nak mengedate dgn dia kena buat oppoiment, tapi fedulik aper, kita tuntut hadiah sampai dapat. Patutnya dia belanja kita kan, kan !!
Dar Hadramawt
Bandar Baru Selayang
Gombak 68100 Batu Caves
Opening hours : 11am - 12 midnight
esoknya ucu datang siap bawak bekal masak dari rumah, dapat whassap subuh sepiee nak datang rumah, cakap tak payah masak, dia dah siap masak. yeyyy ada orang masakkan.
ikan talapia masak tiga rasa, sambal kentang bercili, sayur kubis rebus, nasi pun ucu di bawak. Nasi tak payah la tapau, macam rumah ni takde periuk nasi, mana nak dapat makcik sebaik ini. Tinggal duduk suap ke mulut je haaa
Tak lama tu Nuar datang bawak kek, aku cakap tak payah la beli kek, takde rasa nak potong kek pun.
Tahun ni tak sambut sangat pun birthday aku, biasa2 je, bawak family pergi makan, lebih kepada gembirakan budak2 je, budak2 ni pun kek sape2 la semua kek dia, tiap kali tulah hari jadi depa.
Di hari jadi aku dapat berita gembira, dalam gembira ada sedih. Tiba2 adik laki bagi tahu bini dia pregnant dah 8 minggu, dua tahun jugak menanti, yg sedih ye tak dapat kongsi gembira ini dengan mak, kalau mak ada lagi cuma nak bagi tahu 'cucu mak bertambah sorang lagi' 😔😔
-zie-
Tag :
Food
15 Komentar untuk "Jom makan : Dar Hadramawt, Bandar Baru Selayang"
wow..lauk pauk dan menu sedap-sedap belaka
p/s : Salam perkenalan
meriahnyaaaaaaaaaaaaaaa
seronoknye, meriah, befday IQ plak sabtu nanti tapi tak ada plan nak sambut, Arwah husband dah tak ada, tak rasa nak sambut sangat, huhu
nampaknya kita sama bulan kelahiran zee...wah..syoknya orang masakkan
~ Kisahsidairy~
muka ucu dah nak mcm muka arwah dah zie..bila dia menggayakan gaya gitu.. alfatihah buat almarhum mak kamu. masih segar dalam ingatan akk dgn mek lama jg berdiri sebelah arwah pad asaat2 akhir.. akk pegang2 kaki kiri dia, bengkak, keras sgt!! usap2 tangan dia..mek takut.. akk ajet2 berani... mak kawan, mcm mak kita jg... btw happy belated bufday zie..
ana lebih prefer menu dia 3 tahun lepas. lagi sedap. time tu harga murah lagi. skrg ni tgk masakan nasi arab dia pelik pula. dah jarang makan di sini. kalau tak dulu, seminggu 2-3 kali mesti makan dekat sini.
suka nasi Arab..mandy chicken..happy belated birthday..
waw! terlapa pulak hujan2 ni tengok nasi arab.. huhu
Wahhh happy birthday mu dear!
Kawasan port makan tu dekat sgt dengan rumah julia tau hahahha...sedapnya!
Semoga dilimpahi rezeki selalu.amin
HAI hero borneo
yap hanum
be strong ya Izyan, Allah sentiasa ada dgn kita, IQ kena kuat utk Qai'd..rakan2, keluarga ada bersama IQ..
ehh rami pulak bulan special ni, boleh la sambut ramai2 hahaa
tima kasih k.sha..
walupaun nmpk senyum kat muka tapi hati tetap rasa sedih, mak kan, kat mana lg tmpt kita bergantung, dari kecik sampai ke besar mak la tmpat bermanja, part yg paling susuh bila kita rindu pd org yg dah takde..sob sob
budak2 suka kek..mesti Mak xde can nak potong, ada orang potongkan..haha
Sebarang bentuk komen yang tidak berhemah adalah tanggungjawab anda. Komen yang baik inspirasi blog ini.
Terima kasih atas komen anda.