Lifestyle | Parenting | Food Lover. Loves to bring my kiddo's to travel even though just a local trip with small budget.

Rendang ayam yang sangat sedap dan tahan lama

Zie Azi | 19 May 2017,09:00 |
Sendiri masak sendiri puji sedap, biar la la laaa!!

Sebelum nak gerak gi short vacay kat Cyberview, tekak tiba2 tingin nak makan rendang ayam. Dulu kan, kalau tingin nak makan, order je. Terus terhidang depan mata, sekarang kalau tingin nak makan, terpaksa la masak sendiri, macam ni orang yg takde mak. eh ada satu mak lagi, omak mertua den.

Sebelum terlupa, Ramadhan nak dekat, puasa ganti dah habis ganti ke belum !!
Sempat lagi nak ganti tinggal berbaki beberapa hari sebelum sambut bulan Ramadhan al-mubarak, caiyok! caiyok!

Rendang ayam yang sangat sedap dan tahan lama
 bangun pagi rebus nasi impit, dah macam nak raya, puasa pon belom kan

Senang je masak rendang ayam ni, resepi rendang ayam yg sedap dan tahan lama banyak refer dari Azie Kitchen. k.azie ajar kalau nak rendang yg tahan lama, tumis bahan2 yg dihiris bersama rempah penumis terlebih dahulu. Nak lagi sedap, di kacau lama dengan api yg kecil sehingga bewarna gelap. haaa tapi jangan lupa pulak, kang rentung rendang ayam kita, jadi ayam masak kicap miahhh miah

Rendang ayam yang sangat sedap dan tahan lama

Cara masak Resepi rendang ayam yg sedap 

Bahan-bahan :
2 ekor ayam
1 kg bawang merah - hiris
3 labu bawang putih - hiris
halia - hiris
Lengkuas - tumbuk
Kunyit hidup - tumbuk 
Serai - di titik
4  senduk cili kisar - ikut suka nak pedas tahap mana
kayu manis, bunga lawang, buah pelaga
Kerisik
Santan
Garam
daun kunyit - hiris halus (ini terpulang, nak letak boleh, taknak takpe)

Cara masak :
Tumis bahan penumis (kayu manis, bunga lawang, buah pelaga) bersama bahan hirisan serta serai sehingga naik wangi. Kemudian, masukkan cili kisar dengan kunyit hidup & lengkuas yg telah ditumbuk tadi. Masakkan cili sehingga pecah minyak.

Masukkan ayam & sedikit santan cair bagi ayam masak. Kemudian, baru masukkan semua santan dan masak dengan api yg perlahan.

Kemudian, masukkan kerisik, perasakan dengan garam. Masak sehingga kuah kering sedikit dan pecah minyak. Jika suka kuah banyak boleh tambah air sikit. Bolehlah taburkan daun kunyit yg dihiris sebelum tutup api.

Rendang ayam yang sangat sedap dan tahan lama

siap dah, rendang ayam yang sangat sedap di abad ini

pam param pam pam pruttttt prrot eh terkentut pulak bahahaa

Kentut bau rendang, boleh di maafkan 😆😆

Rendang ayam yang sangat sedap dan tahan lama

Rendang ayam yang sangat sedap dan tahan lama

Rendang ayam yang sangat sedap dan tahan lama

Lepas tu ada pulak yg requst 'kalau ada pulut kuning sedap ni'

eh ehhhh i tak reti buat pulut kuning, walaupun dengar macam senang, tapi tak khatam lagi. Pulut kuning lain tahun buek yo!!

Rendang ayam yang sangat sedap dan tahan lama
Tak pandang kiri kanan, kami laki bini dah bersila dulu. Bang ooo bangggg tengok apa tu!! rendang ayam sini

Kalau short vacy macam ni, aku mesti bawak bekal sikit. Anak kecik mana tahu tiba2 terlapar pulak, masak la pe pun, paling malas nasi goreng pun jadik. Kalau semua nak makan luar, kopak makkkk. Azeq pun suka makan rendang ni, sebelum gerak dia dah makan sepinggan rendang, sampai resort dia repeat lagi. Tapi hati tak keruan, tak zabar nak terjun pool, memang saja kitorang plan lewat check in sebabbbbb akan jadi macam ni la, menagih simpati serupo pool tu lari esok-esok. 


-zie-
Tag : Food, Resepi
17 Komen untuk "Rendang ayam yang sangat sedap dan tahan lama"

perghhhhhhhhhhhhh sedapnyaaaaaaaaaaaaaaaaa

ok cantik! jamuan raya sok kami oda kat ampa ja nohh.. 15 ekor ayam masak rendang! yeayy settled 1 masae'lah.. tak sedap,siappp!! hahahha

ohhhh sorry sis, booking penuh until raya, paling min pon order 7ratus 8ekoq na, tak main la 15 ekoq miah miahhhh

rendang utk raya pon bolhhhh

kadang aku malas nak komen tau, tapi aku saja nak tunjuk aku rajin type komen2..hahahaha..

sodap sangat tengoknye haaa. serius buat IQ terliur! boleh la try buat rendang lepas ni. IQ baru belajar buat kari. haha! berkurun hidup tak pernah masak kari...lepas ni rendang plak..hehe

Nampak sedap sungguh. Confirm bertambah2 nasi tu.

akk pun baru pndai masak Qis, klu dulu kemahennn MALAS..hahaa

sereeemm letttewwww...berani lawan la maktun kau tu. hahaaha.

alaaa u, komen laaaa, u punya komen inspirasi blog ni *rolling eyes hahaa

sedap kot ana, tapi hbis licin boo liau, ellek jugak la hahaa

Nyummsss... Nmpak pom mmg sedap n mjadi sgt ! Lya bru 1st time try buat bru ni..x mnjdi mcm ni..hahhaha.. Dgn brg x ckp... Lps ni try gna resepi ni la

sesuai entry ni nak dekat Ramadhan..nampak sedap Zie! yang penting tahan lama tuu. Tapi selalunya rendang ni lauk pertama habis.

Keep try yunk, ini pun tah ke barpa ratus kali baru ada rasa rendang, kalu tidak tiba2 rasa kari laaa, haha

betol sal, kalu time raya kembung perut dgn bermcm versi rendang, dtg mah orang ni masak lain, datng mah nenek ni lain pulak, naik kembung perut dah wehhhh

sedappnyeee....makan ngn nasi himpit tu yang sedap tuuu...

terasa bahang raya klu mkn dengn nasi impit..hahah (puasa pon belom)

Sebarang bentuk komen yang tidak berhemah adalah tanggungjawab anda. Komen yang baik inspirasi blog ini.

Terima kasih atas komen anda.

Back To Top