Jalan-jalan IKEA Cheras misi mencari meatball - Jepun Mari

Lifestyle|Parenting|Foodie|Story Teller|Beauty Blogger. seorang yang periang dan sukakan cabaran.

Jalan-jalan IKEA Cheras misi mencari meatball

Jepun Mari | Friday, 31 March 2017,15:55 |
Assalamualaikum geng!!

lepas balik dari kursus kat IPN Sabak Bernam, tekak ni tingin nak makan meatball, taknak meatball tempat lain, nak Meatball Ikea gak, tekak orang gatal memang cenggini. biar tekak gatal jangan mengedik mengatal, tak tentu pasal kena lempang hakhakk

masa kursus ari tu puas dah makan seafood, ari tu makan tomyam kelapa lepas tu makan mee udang bno , mua dah tekak ni makan binatang laut nih

petang tu terus hunting meatball. 
Saja jalan-jalan pergi IKEA Cheras semata-mata nak makan meatball. Tak pernah datang Ikea cheras, ni 1st time datang sampai sesat barat. Ikea Damansara banyak kali la. 


Jalan-jalan IKEA Cheras misi mencari meatball
diorang ni ingat kat 3D art Langkawi lagi kot

Jalan-jalan IKEA Cheras misi mencari meatball
pandai pulak mengayakan

Jalan-jalan IKEA Cheras misi mencari meatball
mentamak order sampai 15 biji meatball, selalu  order 10 cukup dah.. yesss sampai terbuntang2 bijik mata nak menelan bagi abih.

Jalan-jalan IKEA Cheras misi mencari meatball
mushroom soup untuk Fina, dia tak kisah, bab makan bab bawak jalan tak cerewet

Jalan-jalan IKEA Cheras misi mencari meatball
sukohati dia je, ingat bed macam kat rumah ke, di paksa nya kita suruh snap pictue dia, nahhhh amik la nak

Jalan-jalan IKEA Cheras misi mencari meatball
si kecik ni nak jugak, tak boleh kalau abang lebih, dia mesti nak jugak, tu pasal la apa2 benda kena beli dua.

Jalan-jalan IKEA Cheras misi mencari meatball
tengah mengkenen atok nak katil macam ni, atok cakap boleh je, tapi belum tentu beli hahaa

Jalan-jalan IKEA Cheras misi mencari meatball
atok cakap 'yes, boleh beli' terus berjoget2, kalau betul dia tuntut matila nak!!

Takde pe sangat nak beli pun, sebab tujuan utama nak makan meatball IKEA. Masa pergi ni, parking free. yaaaaa free sebab diorang tengah renovate parking, start bulan depan dah ada charge parking. Sukohati mok la nak pusing berapa lama dalam ikea tu sebab parking free kannnnnn



-gee-
10 Komen untuk "Jalan-jalan IKEA Cheras misi mencari meatball "

bilalah Johor ni nak bukak Ikea...hadoii.penasaran tengok Meatball dia tau
~ Kisahsidairy~

bilalah sabah ada ikea 😂

Ikea ni meatball dia ada je jual masak sendiri tapi tak pernah nak beli..suka pulak nak beratur panjang2 kan..

Aishh kalau pergi Ikea takat makan je cam tak lengkap. Hahaha.

Pernah makan sekali je meatball IKEA, sedap jugak :)

haha..comel tul Pakcik melayan cucu.macam Ayah saya plak.Biasalah tu Zie, bagi Fina, abang dia tu 'Idola'.semua abang buat, dia nak tiru

Lama tak pergi Ikea...dah Zie cite ni teringin pulak nak pergi makan meaball. Ha a, pandai pulak budak budak tu posing.

Pergi Ikea ni mmg seronok tengok interior dia kan Zie. Geram !

lama dah tak pergi ikea. kaki ni memang gatal2 je nak pergi tapi bajet xbyk lg hihihi

Siqah suka mushroom soup! Meatball tak minat sangat. Hii. Kalau pergi IKEA, best! Tengok orang dan barang sekali 😁

Restaurant nya kat belah mana..

Restaurant nya kat belah mana

Sebarang bentuk komen yang tidak berhemah adalah tanggungjawab anda. Komen yang baik inspirasi blog ini.

Terima kasih atas komen anda.

Back To Top