Hazabedah ya kalau bawak anak kecil shopping di Sogo. Bersabariah je la kou. Tapi atas sebab nak tukar seluar Azeq yg beli semalam terkecik. Tu la montot tebal sangat terpaksa ambik saiz besor sikit. Kalau takde reason memang tak bawak budak2 datang Sogo, tunggu dah besar sikit baru faham. Kebetulan lepas tu terus nak balik kampung. Sekali jalan, singgah Sogo kejap tukar saiz kemudian terus shoot balik kampung.
Ni sambungan cerita shopping di Sogo tak abeh lagi yg line debit kad decline
mama with princess ajet2 datin Cik Siti wan kembang *negege
Parking dalam Sogo, terus naik tingkat 7th Sogo, nak beli barang sikit. Budak2 ternampak playland yg ada kat tingkat 7th terus lompat2 nak masuk. Kesian pulak terjenguk2 dari luar, merayu nak masuk dalam main, lagi2 si Fina buat muka chipmunk. ok, fine kita masuk. Ingat free, kena bayar pulak tuuuu
1 jam RM 6.35
Kalau ada SOGO kad, masuk free, bergantung kepada sale & promosi yg di buat di tingkat 7th. Kalau takde apa2 promosi, harga tetap RM6.35 takde diskaun. Kalau masuk 2 orang, sorang free, sorang kena bayar. haaa gittew
Mula2 kena isi maklumat dulu, nama & no telefon, kut2 ada anak melalak cari mak bapak kat dalam tu. Hanya sorang penjaga yg dibenarkan masuk, nanti setiap yg masuk akan tampal nama kat baju termasuk si penjaga. Mostly kat dalam tu kaum bapa, bagi peluang kepada kaum ibu nak menshopping, bapak2 duduk sini jaga anak eeeey.
susun kasut tepi.
siap ada bilik nonton tv lagi, cerita boboi boy the movie, macam kat rumah siap dengan bantal, tilam bagai.
banyak permainan
sarang bola ni jadi tumpuan, budak2 suka main dalam ni.
Cukup 3 jam dalam tu total parking RM8.50
Dah macam parking kat aiport pulak, nak redeem free parking pun tak layak. Awal bismillah datang tadi nak tukar saiz seluar je pun.
Demi melihat anak2 happy, ibu bapa ni sanggup bekorban untuk mereka.
Jalan nak menghala ke Sungai Besar agak smooth, tak jem seteruk hari raya puasa, tapi aku tahu jalan dalam yg boleh cilok, takde la mereput dalam kereta. Sepanjang perjalanan budak2 tidur, nak singgah makan pun berfikir-fikir sehingga berhenti makan di Warong Soto Pasir Penambang. Tak tahan Soto dah memanggil suruh singgah.
-zie-
22 Komentar untuk "Bila bawak anak kecil shopping di SOGO KL"
bestnya playland ni. colorful sangat. ala2 kidzoona kat Aeon. kalau anak2 saya nampak sure terlompat2 please2 ajak masuk. haha
last jejak puasa haritu...rindu nk cuci2 mata dkt sini...
seronok tgk playland ni boleh buat upah budak2 lps penat..heheh
seronok anak2 kan..biarlah keluarbudget skit..yg penting anak2 happy
Budak2 memang sukalah tempat2 macam ni.
Bagus juga dia orang tak kacau maknya nyopping.
Ada playground untuk budak2 rupanya atas tu.. Tak tahu pula reen. Nampak sgt dah lama xnyingah sogo heehee
Nampak meriah playground ni..
Bestnyaa lepak sini..hehehe
http://www.kataubaid.com/2017/02/tempat-menarik-di-johor-pulau-besar.html
tu la kan dr.ain, kita ni kalah dgn pujuk rayu anak, lastly masuk je tempat2 mcm ni
meh la ann dtg sini jalan2
asal anak hppy mak2 bahagia kannnn
kaum bapak2 yg monitor, kaum ibu2..apa lagi copingggg la
hai reen lama menyepi..
nti time raya mensogo ye..hahah
Wah!! Dasyat.. siap ada bilik tv ngn Toto dan bantal bagai.. best nie kalau bawa bebudak..
Yelah bukan selalu dpt peluang main macam ini
Sesekali bayar parking mahal sikit tak apalah
Anak happy mama/papa pun happy juga:)
nak tahu tak. saya tak penah sekali pun jejak kaki ke sogo
padahal kerap juga lalu. haha
tengok harga parking tu, rasa nak demam plak
tapi playland tu cam bestlah.
hepi kan mkcik tenok anak2 main2 riang ria gumbira gituuu., hehhe2
Saya kalau pegi mall dengan anak buah kerja duk mengejar dorang je. Lagi satu kalau nampak mainan tu, wajiblah berhenti biasanya. Haha
Menarik tempat playland camni. Siqah suka tempat camni. Kalau kita masuk, dengan kita nak main sekali. Hehe. Baguslah tempat camni dibuat untuk keseronokan anak2 dan keselesaan ibu bapa :)
Dh lama SA x mensogo la...bila nak pi ni?
Saya tak sanggup lagi nak bawak anak gi sogo. Hehehe..
Barru tahu ada playland.. tahnks sebab bagitau
Belum bawak anak jalan2 dlm sogo. Dulu bawak masa kecil baby lagi. Seram gak masuk sogo ni. Nak beli lain barang lain yang dibelinya nanti. Ahahaha.
haha..ni biasanya mak sedara yang terjebak. Tolong jagakan anak main kat situ sementara mak nya gi shopping. Pastu dapat upah makan sedap-sedap. Inilah kisah seorang makcik..hihi
Sebarang bentuk komen yang tidak berhemah adalah tanggungjawab anda. Komen yang baik inspirasi blog ini.
Terima kasih atas komen anda.