Naik ERL transit ke KLIA & KLIA2



Cara nak jimat ke KLIA & KLIA2 ini optional, kena buat kira2 yg mana lebih jimat, samada naik uber, grab car, taxi atau ERL. Paling jimat orang hantar la, lepas tu hulur duit minyak 😄😄.

Aku memilih naik ERL transit dari Putrajaya Central ke KLIA2. parking kereta kat Putrajaya. Sebab nanti balik senang tak payah nak suruh orang berjemput. Lagipun, saja bawak budak2 ni naik ERL. Ni nak citer pengalaman naik erl Putrajaya ke KLIA, maklumlaa ni first time bawak budak2 naik erl, naik train banyak kali dah.

Harga terbaru charge parking Putrajaya Central tahun 2017
6 pagi - 12 malam = RM2
12 malam - 6 pagi = RM4
total untuk 3 hari 2 malam = RM14

Kalau setakat bercuti 3-4 hari boleh la parking kat Putrajaya, kalau bercuti jauh2 fly sampai 5-6 hari tak berbaloi parking sini, better naik teksi atau apa2 yg jimat la. Charge siang lain, charge malam 2x kali ganda, kat sini ada security guard yg round setiap jam, keselamatan kereta terjamin la. Setakat ni takde bad experience park sini.

Naik erl transit ke KLIA & KLIA2
Anak dara ni jumpa pulak lips-ice dia, mama dah sorok dia jumpa jugak. Dia ni bukan boleh jumpa lipscetik, nanti sentiasa nak tonyoh kat bibir, syok sgt menonyoh sampai ke atas2 merah, dah macam bibir ikan merah.

Naik erl transit ke KLIA & KLIA2
kalau nak merasa naik KLIA espress boleh la cuba naik, tapi kalau beli kat website/ kios dapat save 10 % dari harga asal. Boleh tengok sini - Fares & Passes

Naik erl transit ke KLIA & KLIA2
KLIA transit ni stop setiap transit. Last station KLIA2.

KLIA Transit dari Putrajaya ke KLIA2
Dewasa RM9.40 x 2 = RM18.80
Kanak-kanak RM4.20 x 2 = RM8.40
total tiket pergi & balik RM54.40

Naik erl transit ke KLIA & KLIA2
Kalau takde transport nak ke Putrajaya Central, perkhidmatan bus ada disediakan. Tak pasti macam mana, sebab takde pengalaman naik bus. Bus rapit KL no. U429, Nadi Putra no bus J02, J05, 

Naik erl transit ke KLIA & KLIA2
Parking kat putrajaya central

Naik erl transit ke KLIA & KLIA2

Tiket ERL transit boleh beli pergi & balik (return), cakap je kat kaunter nak beli tiket pergi balik, pass tiket tu macam pas touch n go tu, valid dalam sebulan dari tarikh beli tiket. Tiket tu kena simpan elok2, nanti dah balik bercuti kena touch lagi untuk return.

Fina pun kena touch, mcm kelakar je budak kecik tu touch kat palang tiket, lepas touch kedek2 lari. Mula2 en.somi touch dulu, kemudian lepaskan anak2, last baru mama. Kalau bagi budak2 touch dulu, kang tah mana2 pergi.

Satu lagi, kalau train KLIA transit sampai. Pintu train takkan automatik open macam kat LRT putra tu, kena touch button kat pintu baru pintu terbukak. Mula2 pun aku blur jugak, perhatikan je gerak geri orang, bila dah macam confident je nak touch button, buat2 la dah pernah naik banyak kali. kah2 kahhhh

Naik erl transit ke KLIA & KLIA2
Fina dapat dah naik ERL, sibuk je kalau lalu LRT putra, nak naik teyen, nak naik teyen (train)

Naik erl transit ke KLIA & KLIA2
tiba2 mengrenyehh hang. mcm gatai je senyum tu

Naik erl transit ke KLIA & KLIA2
ada seat duduk adab mengadap mcm pengantin, ada double seat, ikut suka nak duduk seat mana.

Naik erl transit ke KLIA & KLIA2
Sampai dah KLIA2

Naik erl transit ke KLIA & KLIA2
Ni tengah tunggu gate open untuk boarding.

Naik erl transit ke KLIA & KLIA2
bye2 KL, nampak Avani Sepang GoldCost Resort yg bentuk dahan kelapa tu.

Naik erl transit ke KLIA & KLIA2
Ni time balik dari bercuti, baru touchdown sampai KLIA2, semua muka letih. kecuali kiddo, sebab diorang cas tenaga dalam flight, depa bantai tido la apa lagi. Celik mata segar.

Naik erl transit ke KLIA & KLIA2
Balik pun naik ERL dari KLIA2 ke Putrajaya Central. Turun dari eskalator nak ke train jumpa pulak picture 3D art ceetah ni, mama dah penat nak keluar hp, tapi budak2 ni suruh snap jugak picture dengan rimau ni. Snap la jugak walaupun mama & abah letih sangggggat. hahaa


-zie-
Tag : Langkawi, tips, Travel
6 Komentar untuk "Naik ERL transit ke KLIA & KLIA2"

seronok anak- anak dapat naik KLIA transit ERL kan...

Saya tak ada kereta so, no prblm dgn parking. Baru bercadang nak beli moto cup chai. Nak cari yg terpakai. Murah and jimat.

Nasib baik ada bas, kalau tak teruk bayar tambang teksi bila berjalan2.

merasa juga naik ERL ni nak p lcct dulu 😄

serupalah pengalaman kita kali pertama naik ERL. pintu tak terbukak so tengok je orang.Ya, berlagak cam pandai tu penting..haha.

Kalau nk gi kl sentral berapa pulak?

Sebarang bentuk komen yang tidak berhemah adalah tanggungjawab anda. Komen yang baik inspirasi blog ini.

Terima kasih atas komen anda.

Back To Top