Makanan Tradisi orang jawa - Video bersama Nazrudin Rahman #LepasRayaLaparApa



Dah lama simpan nak share dengan korang. Haruslaaa share kat sini dengan peminat blog reader i yg berpoloh-poloh juta ni. har har har

Ingat tak masa raya hari tu ada keluar satu contest kat radio Sinar #LepasRayaLaparApa yang di hos kan oleh abam JJCM tu Nazrudin Rahman. ingat tak! ingat tak!.. please.. ingat laaaaaa wei

sebenarnya kan, memang tak sangka nak menang.. banyak contest time hari Raya yg aku try ini yg sangkut AND ni yg paling grand sebab ada artis kah kahhh kah. surprise jugak sebab rumah aku terpilih. planing shoot nak buat kat rumah mak kat Gombak, takut2 jugak nak bagi tahu abah, tahu2 je lah abah tu cemana.. tak suka benda2 macam ni. Alhamdulillah. semua rezeki dari Allah. masuk peraduan ni pun suka-suka takde niat nak menunjuk ke hape.. masuk pun dah last minute. few days dapat dm dari team #lepasrayalaparapa kecik besar aku tengok message tu. lepas tu dapat call dari team #lepasrayalaparapa lagi mengelupor biawok.. tak tahu nak start dari mana. kiri ke kanan?

bermulah espisod mengemas rumah

 Mananan Tradisi orang jawa - Video bersama Nazrudin Rahman #LepasRayaLaparApa

Upah Bibik kemas rumah

kelam-kabut aku mengemas rumah. Sebab kebetulan hari yg sama memang plan buat family gathering raya. team Lepas Raya Lapar Apa  call 11 malam on the dots lusa nak datang shooting. ghase nak tercabut sepender bra. dah mention jemput family datang beraya, takan tiber tak bagi datang.. gile mendeeee!! ehhhh memang tak pernah ada dalam kamus hidup aku cakap macam tu. so, settlekan hal shooting belah pagi, then petang2 sikit sedara mara datang. Start dengan basuh lantai depan rumah, kemas pankin, ruang makan, bilik air (4 bijik) mengemas kitchen paling aku rasa nak pitam. tahu-tahu jela kalau dapur rumah mak kita macam mana. kalau aku yg kemas memang lepas tu tak jumpa balik dah la. penat sangat kang aku baring je kat lantai tengok dah berbuih.. sawan bahahahaa

then, duduk rehat kejap lepas tu aku whatssap dalam group cakap ada upah bibik kemas rumah. 

semua macam tertanya-tanya.. upah bibik? siapa? mahal tak?
then muncul la satu picture aku send kat group whatssap..

here......

 Mananan Tradisi orang jawa - Video bersama Nazrudin Rahman #LepasRayaLaparApa

bibik Susantik aka amoi cina dari Yunan yg boleh berubah-rubah karektor sekejap kang jadi tarzan, harimau, mak tiri, dayang senandung, kadang2 comel macam Siti Nurhaliza in word jawanese Siti Nuhalijah (ngaum kan sikit tarranum 'jah' tu hahaha). kalau bertempek 5 block dari rumah dah boleh dengar suara bibik ni. 

amacam... dah habis fikir nak booking bibik ni !

first empression.. 
happy laaa sebab menang kaan!!
then, mood betukar SERAM.

baru perasan pemenang akan ada video online dengan Nazrudin Rahman aka abam JJCM tuu.. menggelabah hakak dek. Ada ke yg masih tak kenal abam Naz yg mana satu? kesiannnnnn..

kita tak biasa kawan dengan artis-artis ni.. biasa artis yg nak berkawan dengan I, tapi I memilih..  har har haa.

 Mananan Tradisi orang jawa - Video bersama Nazrudin Rahman #LepasRayaLaparApa
sumber google

SERAM!
seram nak bagi tahu family sebab resepi yg aku send ni ucu yang buat .. bahahahaha

untuk korang yg baru tahu, kitorang kan takde mak. so, bila nak makan akan request dengan makcik-makcik masak kan. Bukan tak boleh masak, tapi kenkadang kita rindu dengan air tangan orang lain. makcik-makcik ni lah yg melayan tekak anak buah dia. Dapat rasa pun time hari raya, hari-hari lain tak dapek yo. and diorang ni lah di antara orang yg aku hargai. antara makcik yg sempoi, rapat, tak berahsia, merempit, mejongket, meronggeng sama-sama.. ucu laaahh! Misal kata kot aku terlupa jasa ucu, korang bawak aku pegi berubat.. kot time tu aku lupa daratan tetiba jadi kaya ke baahahahaha

ucu cakap!. ko cari PASAL!
'suzieyana gonjol.. ngerjak nea wong"
faham ke? tak faham pegi google in jawanese translate..

alhamdulillah family member yg lain semuaaaaaaaaa supportive. Ucu cakap bagus juga sebab makanan tradisi wong jowo (orang jawa) diketengahkan.. kitorang ni bukan dari keluarga yg senang. Dulu-dulu arwah atok tu membesarkan 8 orang anak dia dengan membanting tulang keje sawah padi, buat keje2 kampung, menyawit. Arwah mak dulu belajar sampai ting.3, spm pun takde. hari minggu niaga kat pasar pagi Pekan Bagan Terap tu. sayur pun kutip kat kebun, pucuk ubi, pucuk paku, jantung pisang, cili, semua tanam sendiri.

resepi ni turun temurun dari Wak Samsudin Samegon (sebut Samegon bio betol kang hakak sentap) 

Lontong Pecel



 Mananan Tradisi orang jawa - Video bersama Nazrudin Rahman #LepasRayaLaparApa

 Mananan Tradisi orang jawa - Video bersama Nazrudin Rahman #LepasRayaLaparApa

LONTONG PECEL - ikut sejarahnya. Dulu arwah atok niaga lontong kat pasar pagi Pekan Bagan Terap (pekan kecil), Sg. Besar. subuh2 atok dah keluar niaga. aku keluar lewat sikit naik moto. dulu aku biasa tolong atok niaga kat pasar, agenda utama bukan sebab nak tolong, sebab nak makan lontong. lambat seminit habis. Dulu harga lontong 50 sen.. air sirap 20sen

special nya lontong pecel ni letak mee sanggul.. isi dalam tu nasi impit, pucuk ubi, pucuk paku, timun, togeh kampung, kuah pecel, mee sanggul. bungkus dalam daun pisang, nak makan gaulkan sebati lepas tu makannnnnnn. sedappppppppppppppppppppp 

Punten


 Mananan Tradisi orang jawa - Video bersama Nazrudin Rahman #LepasRayaLaparApa

Punten ni boleh dapat kat belah-belah jawa Sg.Besar, Bagan Terap, Tg.Karang, Pematang, Ijok (belah-belah Selangor). tempat lain tak sure, kalau tanya orang jawa Johor pun tak reti Punten tu apa. Punten ni pun favorite sebab pedasssssssss. Makan dengan sambal ikan bilis (cili hijau) berdesing telinga.

Cara masak :
yg putih tu nasi. masak macam nasi lemak, letak santan, garam, letak kelapa parut sikit (ambik yg putih). dah masak lenyek2 kan jadi macam nasi impit.. Lepas tu kepalkan jadi bentuk lonjong. pakai acuan yg buat kuih tu lagi senang.. lepas tu makan dengan sambal ikan bilis. Sambal ikan bilis tu aku buat pedas dan masak lama.. cili kalau pedas lepas tu masak lama takde la orang sakit perut.

ucu cakap, orang dulu-dulu kan keje keras.. pesawah, pekebun, pagi-pagi kena makan nasi.. nanti dah penat menyawah.. rehat-rehat makan Punten ni.. kenyang la makan nasi..

Nanti aku buat 1 entry cara masak punten.. kali ni malas nak cerita details.

 Mananan Tradisi orang jawa - Video bersama Nazrudin Rahman #LepasRayaLaparApa

Alhamdulillah la, food memang cukup. 

orang jawa kalau buat kenduri dari A-Z. siap ke telangkop pinggan semua keje settle. takde yg duduk goyang tetep.

bab jamu orang makan memang tiptop. biar tak mewah, janji tetamu datang perut kenyang, takde la tekemut-kemut nak bagi orang makan..

kalau dulu arwah mak ada, tetamu datang malam-malam pun jamu nasi. Jarang la hidang teh o jarang. kalau terdesak sangat takde lauk, sardin dengan telor dadar pun jadik. semua ni didikan dari arwah mak.

bibik tadi berubah jadi Siti Nuhalijah. amacam cun dak?
ni belum request mintak makeup macam Hanis Zalikha


Nak tengok behind the scenes tak? 

layanzzzzzzzzzzz.


 Mananan Tradisi orang jawa - Video bersama Nazrudin Rahman #LepasRayaLaparApa

ni screen tv diorang (tak tahu nama apo ntah, panggil tv senang) .. jangan cuba-cuba nak korek hidung ke hape. lepas tu jangan nak sembang yg mengundang carutan sebab kat badan aku pasang mike.. hahaha

 Mananan Tradisi orang jawa - Video bersama Nazrudin Rahman #LepasRayaLaparApa

anak dara ni pun nak makeup.. aku mintak k.ana tenyeh sikit muka anak dara ni. Kak Ana ni mua makeup artis. popular akak ni. nak booking boleh contact Ana Patra whatssap 016-3466048 

pastu.. anak dara ni bisik kat aku 'mama ada warna-warna sini, Fina takde' korang tahu pe yg warna2 tu... eyeshadow.. adeeesssssssss.. 

 Mananan Tradisi orang jawa - Video bersama Nazrudin Rahman #LepasRayaLaparApa

tak lama tu, abg Naz jjcm pun sampai... ya Allah very polite person. macam mana dia kat dalam tv. macam tu lah dia kat luar. sangat hamble, very down the earth. kita macam risau jugak la kalau dia macam tak selesa dengan rumah yg takde aircond. selember je a.naz, nak makan amik sendiri siap tambah lagi.

masa rest, after solat abg Naz boleh tido kat ruang atas. PA dia cari tak jumpa. ruang atas tu dah la bersepah dengan bantal, baju, kain. kat atas memang tempat lepak tengok tv. macam2 benda ada kat atas tu nasib tak jumpa sependerrrr..

 Mananan Tradisi orang jawa - Video bersama Nazrudin Rahman #LepasRayaLaparApa
dua makcik ni lah tulang belakang, kalau diorang ni takde tak tahu jadi apa hari tu. ucu & cik jue

 Mananan Tradisi orang jawa - Video bersama Nazrudin Rahman #LepasRayaLaparApa
team produksi yg hebat.
diorang cakap rumah ni paling best. nak makan, nak masuk dapur ke tak segan.
makan la komeee, ini kan rayaaaaaaaa.

 Mananan Tradisi orang jawa - Video bersama Nazrudin Rahman #LepasRayaLaparApa
cer teka yg baju oren tu sape? abg Naz hampir2 ingat yg baju oren tu Mat Sabu.. 
abg Naz cakap dari tadi dia nak tegur.. banyak kali dia cakap silap datang rumah ke  ????

 Mananan Tradisi orang jawa - Video bersama Nazrudin Rahman #LepasRayaLaparApa
with Mat Sabu aka My Abah..
ade rupa Mat Sabu ke abahhhhhhh.. nasib tak ikut muka Mat Sabu.. i banyak ikut muka mak..
ha ha harrr

 Mananan Tradisi orang jawa - Video bersama Nazrudin Rahman #LepasRayaLaparApa

time shooting ada 3 camera.. bila dia kata camera ready, hp silent, silent.. 1,2,3 action..

er. er.. aku macam blur.. apa nak buat ni? dah pegang pinggan pastu letak balik, kaki teragak-agak nak gerak. dah jalan separuh jalan aku undur ke dapur balik. time tu la rasa nak terkencing, terberak, termuntah.. tengah shoot aku tanya 'dah bole cakap ke?' cuttttttttttt.

macam dalam cerita p.ramlee 'seniman bujang lapok' cakapppp.. cakappppp..

hahaha

then, repeat lagi.. dah lama sikit baru faham... redah je semua ni. Director simple. dia bagi point suruh buat itu ini.. skrip memang ada tapi pandai2 la susun ayat sendiri.. kadang2 ntah hape aku cakap yg aku sendiri tak faham.. gila sengal. bolehhhh gittew!!

 Mananan Tradisi orang jawa - Video bersama Nazrudin Rahman #LepasRayaLaparApa
ok yg ini, kami bukan adik beradik.. sepupu pun bukan. ni lah director dia. Kak Amy Azhar. Muka familiar sangat. banyak keje belakang tabir. kecik molek orangnya tapi ligat & full energy.

Tengok picture ni dah kenapeeeeeee nampak kami rakan sebaya, kak Amy ni umur nak cecah 40an tau.. tak menjaga perasaan betol Oppo nih.

 Mananan Tradisi orang jawa - Video bersama Nazrudin Rahman #LepasRayaLaparApa
sedara dah starts ramai. INI KAN RAYA

 Mananan Tradisi orang jawa - Video bersama Nazrudin Rahman #LepasRayaLaparApa
with abam botak kitew..
dia ni memang susah nak puji cantik.. tapi hari tu paksa jugak cakap cantik.. kah kahh..  

 Mananan Tradisi orang jawa - Video bersama Nazrudin Rahman #LepasRayaLaparApa
Siti Nuhalijah dengan abam Castello.

 Mananan Tradisi orang jawa - Video bersama Nazrudin Rahman #LepasRayaLaparApa

 Mananan Tradisi orang jawa - Video bersama Nazrudin Rahman #LepasRayaLaparApa

in warpppppp guysssss!!
happy sangat sebab dapat support dari family member..

 Mananan Tradisi orang jawa - Video bersama Nazrudin Rahman #LepasRayaLaparApa

bagi aku, ni satu pengalaman yg best. tak pernah2 hari tu makeup. terus up ada yg cakap macam Bella Astilah.. HAHAHAHA.

kejap2 touch-up makeup, pastu bepeluh kang lapkan. sape tak suka jadi artis?? macam permaisuri raja. tapi biarlah aku keje makan gaji, kang semua jadi artis sape pulak nak jadi kerani hahaha

satu je. jadikan ini satu pengalaman yg beharga. menang itu bonus. jadilah seperti padi semakin berisi semakin menunduk... jangan jadi seperti beruk, semakin tinggi memanjat semakin menyerlah keaibannya. BAHAHAHAHA tiber jekkkkkk. cakap ni pun untuk mengingatkan diri sendiri.

after settle semua benda ni.. ucu dah warning. ko jangan buat hal lagi yeeeee. kah kahhhhh kahhhh

ucu steady je sebab dia suka ada kenangan makanan tradisi orang jawa yg mengingatkan pada orang yg takde.. especially arwah mak, arwah atok.. dalam rezeki kita ada terselit rezeki orang lain. bukan semuanya milik kita.

 Mananan Tradisi orang jawa - Video bersama Nazrudin Rahman #LepasRayaLaparApa
dah petang2 muka naik minyak.. makeup maintain cun. Nasib time ni 'cuti'.. baru faham cemana artis yg tak suka makeup, nak cuci susah, nak solat lagi lahhh... Anak dara tu bukan boleh tengok mama dia cantik.. jaleous memanjang. 

 Mananan Tradisi orang jawa - Video bersama Nazrudin Rahman #LepasRayaLaparApa

simpan sini buat kenangan. Bukan senang nak dapat buh nama kat website Nestle ni.

untuk progam #lepasrayalaparapa kenali  Budaya Jawa dengan makanannya. Kekalkan tradisi ni melalui makanan yg terselit dengan adat tempatan. Nak upah orang buat video cantik-cantik mahal.. nahhhh dengan rezeki yg Allah bagi aku share dengan ullos "This is my Jawanese Family in town" yeeeeeeeehaaaaaaaa
(jangan suruh aku cakap jawa, sigi, loro, telu, papat reti laa. speaking orak reti)

Bila makan sedap,  eratlah silaturrahim!

Tapi, lepas makan, kelaparan tetap bersembunyi, apa yang abg Naz cakap ni?

Search #LepasRayaLaparApa on YouTube @tv3malaysia, ketahui rahsia kelaparan tersembunyi

last but not end.. korang layan la video ini

 layanzzzzzzzzzzz.
harap2 takde la perangai yg tak senonoh dalam tu.. 


elok jugak kuar kat YouTube. kalau kat tv fames sangat. hakak tak rela jadi glamour. fames sikit2 sudah laaa.. 

k.bye! layanzzzzzz



-gee-
3 Komentar untuk " Makanan Tradisi orang jawa - Video bersama Nazrudin Rahman #LepasRayaLaparApa"

tahniah.... sis dpt smpai last je... xde rezeki utk jdi final. takpe nnti2 cuba lagi. boleh simpan sbagai kenangan =D

sis hawa.. xpe, samapi juga ke last. resepi pe hawa send? share la hehehe

Sebarang bentuk komen yang tidak berhemah adalah tanggungjawab anda. Komen yang baik inspirasi blog ini.

Terima kasih atas komen anda.

Back To Top