Pak Tam Shell out di Pantai Bagan Lalang - Jepun Mari

Lifestyle|Parenting|Foodie|Story Teller|Beauty Blogger. seorang yang periang dan sukakan cabaran.

Pak Tam Shell out di Pantai Bagan Lalang

Jepun Mari | Thursday, 20 February 2020,09:30 |
Assalamualaikum uolls !!

Pak Tam Shell out di Pantai Bagan Lalang

Gambar clock tower ni abah amik sehari tiba kat Makkah.
ini pun anak-anak yg sibuk suruh abah amik gambar. ikut abah selfie gambar sendiri pun malas. cerita abah pegi umrah hold dulu. tunggu abah balik dari makkah baru boleh story. save buat kenangan.

Lepas hantar abah pegi umrah kat airport. after sesi menahan sebak dari menangis. tiba2 perut ni jadi lapar. plan nak makan shell out kat Pantai Bagan Lalang. tapi nak meyampai ke Bagan Lalang tu jauh  bebenor. sempat juga aku buat taik mata dalam kereta. 

aku sebenarnya tak berapa suka style makan shell out yg longgok kat atas kertas. 
macam tak selesa makan terpisat-pisat tanpa pinggan. nanti mula la tak enjoy semua puncanya makan takde pinggan.

baca juga : pernah stay kat Avani Sepang


Pak Tam Shell out di Pantai Bagan Lalang

Pak Tam Shell out di Pantai Bagan


ada satu kedai kat Bagan Lalang ni aku dah riki shell out dia tak longgok atas meje.
elok shell out dia letak dalam dulang.
takde la aku risau kuah tu menghala ke aku.

ada beberapa pakej combo.
harga pun reasonable. ada set for 2 pax RM35. kitorang amik set for 4 pax RM70 (nasi & air sirap). puas hati makan penuh seafood dalam tu. ada kepah, lala, kerang, pepahat, ketam, sotong, udang, brokoli, jagung pastu side dish order sup tulang & maggi goreng untuk budak-budak. seafood pun fresh. part jagung je la tak berapa best. macam yg semalam-semalam punya.


Pak Tam Shell out di Pantai Bagan Lalang
anak sape la ni makan dalam dulang.

Pak Tam Shell out di Pantai Bagan Lalang

Pak Tam Shell out di Pantai Bagan Lalang
:: pengantin baru
dengan bejubah aku selamber main pasir. orang tengok ustazah mana la main pasir bejubah hitam ni. patut pakai wana hitam nampak kurus. ni betambah kembang pulak aku.

Pak Tam Shell out di Pantai Bagan Lalang
:: close-up
comel ustazah ni tadi

aku suka pegi Pantai Bagan Lalang, walaupun tempat dia macam hujung ke dalam tapi pantai dia bersih. bersih lagi dari pantai PD. pasir dia halus & air laut dia tak kotor. ramai je pun yg mandi. budak2 ni pernah mandi laut & siap bemalam pasang khemah. nak main pasir tanam-tanam badan pun tak geli. agak-agak nak kena tanam meh datang Bagan Lalang. sedar2 dah ada kat tengah laut.. takutttttttt !!



Pak Tam Shell Out
Pantai Bagan Lalang
Sepang

Tag : Food review
9 Komen untuk "Pak Tam Shell out di Pantai Bagan Lalang"

Wahhhh kat area rumah nisha nii *_*

kita ni kan sbb dah biasa makan dlm pinggan, bila makan longgok macam shell out sepah tu rasa mcm "ehhh kenapa mcm miskin sgt tak ada pinggan??" hagitu hehehe

Suka gak makan kat Bagan Lalang, seafood fresh...cuma ada lokasi yang agak mahal la..

menarik jugak nih, pernah sampai bagan lalang masa cuti CNY penuh gila orang... kalau datang hujung minggu biasa ok kot, sedapnya nengok shell out, suka shell out gini boh kat bekas senang lagi nak makan dari tebar atas meja

waalaikumussalam. sedap sangat seafood. pastu main pasir pantai sambil tengok sunset ^_^

hati hitam boleh tutup dgn jubah. tet tetetetetet... wei lagu ni ..sentap kang, sis tumbok! hahaha

Ana sampai sekarang tak pernah makan shell out ni. Haha. Tapi harga dekat sana memang murah juga tu zie. Berbaloi cuba.

Sebarang bentuk komen yang tidak berhemah adalah tanggungjawab anda. Komen yang baik inspirasi blog ini.

Terima kasih atas komen anda.

Back To Top