Lifestyle | Parenting | Food Lover. Loves to bring my kiddo's to travel even though just a local trip with small budget.

Resepi telur itik masak lemak cili api Negeri Sembilan

Zie Azi | 27 January 2017,08:30 |
Resepi telur itik masak lemak cili api ni dapat dari arwah mak, yg pior orang Semilan abah den, kalau boleh hari2 nak masak lemak, dah usia senja ni jarang makan lemak2. Aku jenis bukan beria2 nak salin resepi tulis nota bagai, semua ingat dalam otak, yg jadi boleh ingat bila mak masak aku akan perhati satu2 bahan pe di masak dulu, pe next step.

Kebetulan minggu lepas balik kampung Sungai Besar, wak kampung bela bebek, tahu bebek tu pe? Bebek tu itik, orang jawa cakap bebek. Dapat la 6 biji telur itik, besor2 telo itik ni, segar pun segar.

Layan la telur itik masak lemak cili api Negeri Semilan ni, step by step.

Resepi telur itik masak lemak cili api Negeri Sembilan
 ini lah bahan-bahan ye, telur itik, kunyit hidup, daun kunyit, cili padi, santan kelapa dan .... satu benda aku terlupa, SERAI. Dah masak half way, baru perasan serai takde, takpe on je, sedap je pun.

Resepi telur itik masak lemak cili api Negeri Sembilan
 tumbuk kunyit hidup dengan cili padi tadi

Resepi telur itik masak lemak cili api Negeri Sembilan
 terus letak dalam periuk macam ni, letak air sikit, lepas tu tenggek atas dapur, bagi masak cili padi tadi

Resepi telur itik masak lemak cili api Negeri Sembilan
 aku lebih suka pakai santan perah, kalau santan perah takde pakai santan kotak cap ayam, yg tu elok

Resepi telur itik masak lemak cili api Negeri Sembilan
 Kalau masak telur itik ni satu dia bau hanyir sikit, nak hilangkan bau hanyir sebab tu letak asam keping.

Resepi telur itik masak lemak cili api Negeri Sembilan
 masukkan santan

Resepi telur itik masak lemak cili api Negeri Sembilan
 Biar santan mendidih, baru masukkan telur itik sebijik demi sebijik. Part ni penting, jaga api, jangan kacau beria, kang pecah pulak telur itik tu. Tapi kelebihan telur itik ni tak mudah pecah, tak macam telur ayam.

Resepi telur itik masak lemak cili api Negeri Sembilan
 Agak2 dah nak masak, campak daun kunyit. Aku suka potong tebal2 macam ni, sebab nanti bila makan senang tolak tepi..heheh Tak makan sangat, nak bau je. Ada orang suka potong halus2, itu terpulang

Resepi telur itik masak lemak cili api Negeri Sembilan
 up sikit telur itik 

Resepi telur itik masak lemak cili api Negeri Sembilan
 Lemak kuning kita pun hampir masak, tenggelam timbul telur itik kitew. Nak bubuh belimbing buluh pun boleh, aku terjumpa pak tomato man kat rumah ni, dari layu di tasik madu, membazir buang, lebih baik campak sepotong. Adalah rasa masam2 macam belimbing buluh. Last, letak la garam sesedap mana. Itu jer.

Resepi telur itik masak lemak cili api Negeri Sembilan

Tag : Resepi
13 Komen untuk "Resepi telur itik masak lemak cili api Negeri Sembilan"

Adoiii...kecur air liur den tengok masak lomak tolor itik nih!

Sedap weiii aku sukaaaaaa..

sumpah favourite gila dgn masak lemak cili api... terliurnya tengok

dapppnyerrrrr.....org n9 ghupo ehhh...wariss laaa kito haaa,,,plg win kalau letak belimbing kann

sedappppp!suka...tapi xpernah masak..haha

Pakcik pun ada bela bebek.
Hari2 ngendok, sampai jemu makan telur bebek ni.

aku pun suka, klu ko masakkan aku lagi sukaaaa.hihi

sama la msk lemak kuning msk favorite fmily sy jugak

sama la den,
tu la kalu ada belimbing lg sedap, belimbing tak tumbuh pulk ..

ada satu kedai favorite msk telur itik yg sedap, sedap dia masak

uihhh, mesti bnyk bebek pakcik..sedap tu kalau buat telo asin..

Sebarang bentuk komen yang tidak berhemah adalah tanggungjawab anda. Komen yang baik inspirasi blog ini.

Terima kasih atas komen anda.

Back To Top