Peminat orkid wajid datang World of Phalaenopsis, Ulu Yam



hai uolls! Lama gilee entry ni duduk kat draf. Time ni aku tengah mengandungkan Mart Arep 4 bulan dalam perut. Time mengandung memang takde mood langsung nak blogging. Bukan blogging je, tengok hp pon malas, tak suka bergambar, nak memerap je kat rumah. Now budak yang duduk dalam perut aku tu pun dah keluar, setahun lebih dah budak ittew. 

So, back cerita orkid tadi. Pegi sini masa mula-mula 1st pkpd yg baru open semua premis. Memang elok sangat time pkp aku memerap kat rumah melayan mabuk yg teruk. After baik dari mabuk todi atas buatan manusia, terus aku ajak nak pergi tempat-tempat menyamankan. First day out after pkp pergi taman bunga Orkid World of Phalaenopsis Ulu Yam, Batang Kali. Sape peminat orkid wajid datang sini sebab this is the real orkid, bukan orkid plastik yang duduk dalam pasu tu. Ini orkid hidup dari ada pelbagai spesis.



Masuk free

Masuk sini free je la tak payah bayar pon. Nak beli bunga baru bayar. Kat dalam ni ada cafe ala-ala hipster, makanan jenis appertizer. Nak duduk lepak-lepak minum kopi sambil mengadap orkid memang best sangat

ni orkid hidup yeaaa. Tengok harga pun dah jelas kat situ. Now harga tak sure berapa. Mungkin dah berbeza sikit.


Arep yang masih menendang dalam perut

Pokok gantung-gantung yg atas kepala tu untuk dijual. Harga tak sure berapa. Pegi pun dah lama mana nak ingat.


Pokok yg aku pegang tu konon nak beli. Memang dah pilih mana yg cun. Nak bayar dah ni. Pastu abah cakap pokok duit-duit macam ni belambak kat rumah. Pastu aku pun letak balik tak jadi nak beli. Amik kat rumah abah, aku tanam last-last mati bahahah. Rugi beli..




World of Phalaenopsis, Ulu Yam
1017, Jln Batang Kali - Hulu Yam Bharu, 
Kampung Sungai Kamin, 44300 Batang Kali, Selangor
Tag : Parenthood
4 Komentar untuk "Peminat orkid wajid datang World of Phalaenopsis, Ulu Yam"

bestnya kalau dapat masuk situ....

Cantiknya orkid hidup tu mesti bau wangi harga pun cantik

Cantik orkid. akak mmg dah lama tak bergardening. dah tak rajin.

Sebarang bentuk komen yang tidak berhemah adalah tanggungjawab anda. Komen yang baik inspirasi blog ini.

Terima kasih atas komen anda.

Back To Top