Cara Tuntutan Wang Tak Dituntut (WTD)



Assalamualaikum ullos!!

hari tu aku pegi menara Maybank sebab nak uruskan WTD (Wang Tak Dituntut) arwah mak. sekarang boleh check online kat egumis.com mujur ada online kalau semata2 pegi menara Maybank nak check nama ada duit ke tak memang aku tak pegi. kebetulan nama sendiri pun ada duit dalam tu. settle kan sekali jalan. mula-mula nak naik lrt turun kat Masjid Jamek. call sepupu yg keje kat menara Maybank tu cakap jauh nak menapak. kebetulan hari tu aku dengan adek cuti. pegi naik kereta je la. parking kat dalam menara tu RM2 sejam. Sampai kat lobi ramai orang tengah waiting list. Macam ciwak juga sempat ke no aku sampai kat kaunter tengok jam dah pukul 4lebih. ramai yg datang just nak check status. so, korang mana yg tak tahu tu sila check online. membazir masa tunggu lama2 tapi just nak check status.

Permohonan tuntutan individu


Cara tuntutan WTD individu. Maksudnya tuntut untuk diri sendiri.
Langkah 1 : check  online di https://egumis.anm.gov.my/
first kena buat pendaftaran then log masuk portal. semakan online boleh dibuat 2 kali untuk satu hari.
Langkah 2 : dah check dalam tu ada duit korang isi borang Tuntutan Wang Tak Dituntut UMA-7 yg lengkap dan ditandatangan. (ada duit sila tuntut, takde duit dok dendiam. ada satu form tu aku terskodeng RM34 hingget pun orang tuntut. Duit kita kan sukati nak tuntut ke tak.)
Langkah 3 : sediakan 
  • salinan cetakan daripada portal eGUMIS, 
  • salinan kad pengenalan (depan belakang) dan 
  • salinan akaun bank (simpanan/semasa) yg aktif. bayaran akan dikreditkan terus ke dalam akaun. 
  • kalau nama & no kad pengenalan tak sama dalam eGUMIS panjang pulak ceritanya. kena dapatkan surat pengesahan asal dari syarikat/firma yg menyerahkan WTD kepada pendaftar. better call pihak WTD untuk pengesahan. kang dah sampai borang tak complete. ni yg hangin duit tak seberapa. turun naik turun naik macam duit berjuta2.
Langkah 4 : dah lengkap hantar borang kat manara Maybank. diorang ada bukak kaunter khas kat lobi. hari tu proses tak sampai sejam dah settle. 

nota : akaun Tabung Haji/akaun pelaburan/akaun pinjaman tak dibenarkan


Cara Tuntutan Wang Tak Dituntut (WTD)
amoi ni suka senyum tenggelam mata. haiyyyyaaaaaaa

Hari yg sama settle kan WTD arwah mak sekali. Part ni banyak krojerrr sikit. tapi takpe hadap je la sebab proses yg before nak faraid lagi panjanggggggggg proses dia. kalau takde apa2 hal, one day dah settle. tapi better pegi urus sebab duit tu hanging dalam wtd. dengan duit tu korang boleh panjangkan pahala amal jariah untuk arwah. sedekah ke kan.


Tuntutan WTD oleh waris/pentadbir bagi yg telah meninggal dunia.


kalau amaun yg sehingga RM2,000 tak payah surat kuasa mentadbir asalkan nama dan pengenalan pada sijil mati adalah sama dengan rekod pendaftar dah cukup. tuntutan WTD oleh waris yg telah meninggal dunia banyak krojer sikit. kena matikan setem dan sign suruhanjaya sumpah. before pegi korang search tempat yg senang nak berurusan. Aku pegi kat LHDN Wangsa Maju untuk matikan setem dan kat level yg sama ada Pejabat Pesuruhanjaya Sumpah. bayar RM5 untuk 1 dokumen bon.

isi Borang Bon Tanggungrugi UMA-8. Pegi mana dulu?
1. beli setem hasil kat Pejabat Pos (RM10)
2. matikan setem hasil kat LHDN.
3. Cop Pesuruhanjaya Sumpah
*ini step untuk tuntutan WTD oleh waris bagi yg telah meninggal dunia. Kalau tuntutan individu caranya ada kat atas

Cara buat tuntutan :

Langkah 1 : check nama si mati kat egumis.com

Langkah 2 :
  • sediakan salinan cetakan wang tak dituntut (si mati) daripada portal eGUMIS.
  • isi borang Tuntutan Wang Tak Dituntut UMA-7 yg lengkap di tandatangani oleh waris/pentadbir. 
  • isi Borang Bon Tanggungrugi UMA-8 part ni banyak keje sikit. kena beli setem hasil RM10 (kat pejabat pos). kemudian matikan Setem Hasil kat LHDN dan ditandatangi di depan Hakim Mahkamah/Majistret atau Pesuruhjaya Sumpah bagi setiap butiran WTD (contoh : butiran WTD ada 3 akaun simpanan/dagangan. jadi kena ada 3 Borang Bon Tanggungrugi)
    • if nilai tak banyak tak sampai RM15 hingget better tak payah tuntut. modal untuk bon dah RM15. cakap je kat kaunter WTD 'kolum yg ni saya taknak tuntut'. nanti cross je 
  • salinan dokumen yg menunjukkan pertalian seperti surat beranak/sijil nikah.
  • salinan sijil kematian
  • salinan kad pengenalan diri waris/pentadbir (depan/belakang)
  • salinan akaun bank (simpanan/semasa) aktif yg jelas dan lengkap dengan nama penuh waris/pentadbir, no akaun bank & nama bank. bayaran akan dikreditkan terus ke dalam akaun dalam masa 2-3 bulan. 
Langkah 3 : hantar borang kat WTD di menara Maybank

|nota : 
** sijil faraid bukan Surat Kuasa Mentadbir
** sekiranya amaun tuntutan WTD melebihi RM2,000 dan maklumat wang tak dituntut empunya pada Surat Kusa Mentadbir dan senarai harta lengkap dan sepadan dengan maklumat rekod Pendaftar, pemohon dikecualikan surat pengesahan.
** salinan perlu disahkan oleh pihak yang mengeluarkan dokumen tersebut.|


Cara Tuntutan Wang Tak Dituntut (WTD)
ni contoh Bon Tanggungrugi UMA-8

Borang maklumat tuntutan korang boleh klick sini 


apa2 pun before nak pegi menara Maybank tu call pihak WTD untuk more information. kang dah sampai penat je pegi borang tak complete. aku cerita ni base my own experience. Kalau ada soalan yg mencabar tu pihak WTD lagi pakar. Yg simple aku boleh jawab. Hari tu ada satu uncle ni lama giler dia stuck kat kaunter. maybe dia ada akaun syer saham/dividen yg banyak kot naaaaaa. dengar pegawai tu explains pun penat. Banyak tempat yg dia kena tempuh. 

So, nak remind sekali lagi. Better call pihak wtd untuk more information. Takde la korang pegi sia2 sebab borang tak complete.



Pendaftar Wang Tak Dituntut
Jabatan Akauntan Negara Malaysia
Tingkat 42 Menara Maybank
100 Jalan Tun Perak, 50050 Kuala Lumpur
(+603)2056 8000
(+603)2056 8052
(+603)2056 8053

7 Komentar untuk "Cara Tuntutan Wang Tak Dituntut (WTD) "

waalaikumussalam. terima kasih atas perkongsian. sangat bermanfaat

Dah check haritu.. ada sikit tak sampai RM100.. biar lah dulu dalam tu mudah2an ada dividen tiap2 tahun dapat jg duit tu beranak hehehe

wak pon dh gi check.. huhuhu xtau leh check online

Dah plan nak pergi hari tu tetibe PKP plak. Adeh sabar jelah. Borang semua lengkap.dah. tunggu ye duit. Thanks share zie

Akak jepun Mari..nk tanya byk bole..perlu ke pergi pejabat pos dlu sblum nk ke LHDN? Dan macam mana prosesnya Dari pejabat pejabat pos ke LHDN, Dan LHDN ke pejabat suruhan Jaya sumpah?

untuk tuntutan oleh waris bagi yg telah meninggal dunia kena isi Borang Bon Tanggungrugi UMA-8. 1st step beli setem kat pejabat pos (RM10), dah beli setem matikan setem kat LHDN, kemudian cop pesuruhanjaya sumpah. bila borang dah complete baru pegi WTD kat Menara Maybank tu.

maksudnya sis , kalau lebih 2k kena ada surat kuasa mentadbir la ? bgitu ke ?

Sebarang bentuk komen yang tidak berhemah adalah tanggungjawab anda. Komen yang baik inspirasi blog ini.

Terima kasih atas komen anda.

Back To Top