Homestay di Langkawi dan masak-masak



Salam Jumaat semua, reader sayang2 😆😆

Booking homestay di Langkawi ni masa arwah mak ada lagi, kalau orang tua ni nak rumah yg selesa, yg ada dapur, luas, ada mesin basuh, walaupun tak guna mesin basuh tu, guna untuk apa pon taktauuu. Anak2 ni tak kisah sangat, bantai je asal dapat bantal tilam tak bau hapak boleh je tidur. Tak fikir pasal breakfast nak masak apa. Tak fikir pun nak masak2, fikir nak relax nak bercuti ni. Kalau arwah mak ada lagi, confirm la celik mata breakfast dah siap terhidang atas meja. Ni bila arwah mak dah takde, i yg anak sulung ni yg di harapkan. Adik2 yg lain macam sengal haha, turun bawah breakfast dah siap, aiiii kira aku ni dah macam mak2 la. Macam ni la bila mak takde, seriusly aku memang jealous sangat2 orang masih ada mak, jagalah mak korang elok2, tak dapat bagi dengan wang ringgit, dapat membahagiakan dia dah sangat beharga. Orang tua ni tak hadap ponnn duit kita, cukup makan, cukup pakai kira ok dah. Diorang ni nak anak2 depan mata.

Homestay ni kat Taman Helang, Pekan Kuah. Pusing-pusing, dah hafal jalan situ. Kalau kat Kuah, pukul 10 malam dah sunyi, kedai2 dah tutup, ada sesetengah kedai yg 24 hour. Pukul 10 malam dah krik krik, time to sleep. Berbeza dengan stay kat Chenang, malam pun haven, nanti one day nak stay kat Chenang pulak. 

Homestay di Langkawi dan masak-masak
booking homestay ni 3 hari 2 malam RM500, deposit RM100. Masa booking tu tak cakap pun ada deposit. Dah sampai nak check-in baru khabor ada deposit. Silap aku jugak tak menanya. So, korang kalau nak booking, tanya siap2 ada deposit tak. Bila sampai takla terkejut beruk bayar deposit. Tapi deposit tu pulang balik bila check-out.

Homestay di Langkawi dan masak-masak
ada 4 bilik, tiga atas, satu bilik kat bawah. Ada 3 bilik air. Semua bilik ada aircond, kecuali bilik bawah takde aircond, ada kipas je. Master bedroom besar, boleh muat dalam 4 orang. Kat atas ada ruang legar yg boleh bentang tilam lagi, kalau yg laki2 bujang boleh mendugong tido situ.

Homestay di Langkawi dan masak-masak
ini dapur dia, complete ada tong gas, barang rumah pun ada, bawang, kunyit, beras ada la sekampit, aiii kalau nak masak kari, rendang boleh sangat la. Tapi motif dtg sini untuk apa, untuk bercuti!! bukan nak masak-masak hahah. Masak sikit2 boleh la, untuk breakfast. Kalau untuk lunch ke, baik tak payah bercuti hoiiiii.

Homestay di Langkawi dan masak-masak
dah terbiasa bangun awal, benggang kepala ni kalau bangun lewat. Tak paham orang yg boleh tidur sampai tengahari, boleh pening kepala banyak tidur sangat. Pagi tu, aku masak bihun goreng, masak sardin makan dengan telur dadar & nasi putih. Roti standby untuk budak2, Azeq Fina suka makan roti letak kaya, kadang2 satu buku roti pun boleh habis hadap berdua. Esoknya pulak, sardin semalam ada lagi, kita buat nasi goreng sardin dengan air milo panas. haaaaa sedap kan!! hahaa

itu je nak story mory, boleh tengok family trip ke Langkawi entry yg lepas.



-zie-
12 Komentar untuk "Homestay di Langkawi dan masak-masak"

betul lah..seorang Mak tu walaupun kita dah cakap "nanti Mak tak payah masak, kitorang yang masak..", tapi nanti tengok dia jugak pagi-pagi dah ada kat dapur.Aish, faham sangat apa Zie rasa. Syukur ada Mak, walaupun mak tiri..

mudah kalau pergi memane duduk homestay, family in law IQ pun tengah bercuti di langkawi skrang, IQ xdapat pergi, kerja. hhuhu

bestnya rumah. i tak sabar nak p langkawi gakkk

wah nampak bersih dan kemas je..berbaloi ni...

puas hati tengok homestay tu. nampak kemas, color pun menarik

Mak tiri pun mak jugak Sal, untung sal masih ada mak lagi, tak kisah la walupun mak tiri.

takpe IQ, next time boleh pergi jenjalan lagi.

memag kemas & bersih, corak kat dinding tu bukan wallpaper, tapi cat, pandai tuan rumah deco rumah.

k.maria, cantik rumah ni dan luas, tapi kat langkawi panas membahang, mujur ada aircond, sejuk sikit

Assalamualaikum
Mcm mana nk booking utk bulan nov ni

Sebarang bentuk komen yang tidak berhemah adalah tanggungjawab anda. Komen yang baik inspirasi blog ini.

Terima kasih atas komen anda.

Back To Top