Langkawi Trip - cara ambil gambar yang cantik di Dataran Lang



Hai peeps, i'm back after meng'rest' kan minda. ngeh2. ASSALAMUALAIKUM !!

Bercuti di Langkawi ni dah lama plan untuk family trip. Sekali dalam setahun kami sekeluarga akan plan percutian family trip. InsyaAlalh akan maintain sampai bila2. Tapi percutian kali ni, last minute tiba2 ramai pulak yg tak dapat join. yg sorang bos tak bagi cuti, sebab kena handle meeting dgn orang Vietnam, yg sorang 'atas angin' HaHaha. Family pun tak besar mana, adik beradik 5 orang je. Sampai Langkawi agak lewat sebab flight delay, kapal terbang ada tecnical poblem. Takut2 berani je naik kapal terbang tu, 1 jam jugak la engineer repair kapal terbang. Passenger semua dah ready to flight. Duduk melanggok dalam flight terintai2 ikut cermin flight yg kecik tu, nasib budak2 ni jenis yg masuk aircond terus 💤💤💤. Hati tetap berdebar selagi tak berlepas, selagi tu hati tarak senang. Kalau rosak kat darat ok lagi, dah kat atas angin tu nak pit-stop kat mana pulak. Mintak jauhkan !!

Sampai airport amik kereta sewa, lari sana lari sini dah senja, check-in homestay dulu. Lepas maghrib baru keluar cari makan. Malam takde pe aktiviti sangat, jalan2 kat Dataran Lang (eagle square) makan malam pun kat pekan kuah, main rembat je gerai makan pe yg ada kat pekan Kuah tu, sebab memasing menyinga kelaparan.

Langkawi Trip - cara ambil gambar yang cantik di Dataran Lang
Malam tu makanan juz2 je, sedap pun sebab kelaparan.

Langkawi Trip - cara ambil gambar yang cantik di Dataran Lang
Total makan malam tu RM78, murah ke mahal? Murah la weiii, ikan siakap tiga rasa, tomyam campur, kangkung belacan, kailan ikan masin, telur dadar, kerabu ikan bilis, maggie goreng 2 pinggan, ABC (air batu campur), air jug sirap limau. Bukan 1 jug, topup dua kali. Makan untuk 6 dewasa, 2 kanak-kanak.

Langkawi Trip - cara ambil gambar yang cantik di Dataran Lang
yg ini sedap wei, isi dalam complete, kacang tak kedekut

Pak Din clan is here, DATARAN LANG (eagle square)

Langkawi Trip - cara ambil gambar yang cantik di Dataran Lang
mama & abah baru nak felling anja2, tiba2 terselit pulak budak dua orang ni.

Langkawi Trip - cara ambil gambar yang cantik di Dataran Lang
ingat senang nak buat bentuk gitu, lenguh kaki menahan.

Langkawi Trip - cara ambil gambar yang cantik di Dataran Lang
abah, azeq, fina & mama. Fina tu duduk atas peha aku, dia kan kecik, mana nampak.

Langkawi Trip - cara ambil gambar yang cantik di Dataran Lang
Complete !!

Langkawi Trip - cara ambil gambar yang cantik di Dataran Lang
Cantik lampu2 kat sini, lampu kat helang tu pun bertukar2

Malam dah pergi, siang pun nak pergi lagi !!
Budak2 ni dah bising asyik cakap nak tengok burung, nak tengok burung!! Mama nak shopping coklat pun tak senang. Abah cakap petang kang pergi Dataran Lang lagi, kalau tak diturutkan, kang diorang request dah sampai KL ke tak haru nak cari burung helang tenggek tang mana. Sebenarnya, diorang nak tengok burung tu terbang tak kalau pergi siang. hahaha

Langkawi Trip - cara ambil gambar yang cantik di Dataran Lang
see, burung helang tu bertenggek atas tangan i, see, see !!

Langkawi Trip - cara ambil gambar yang cantik di Dataran Lang

Langkawi Trip - cara ambil gambar yang cantik di Dataran Lang
budak ni yg paling excited sekali, selagi tak dapat tengok burung selagi itu asyik request je. Dah pergi malam, siang pun ajak pergi lagi. Dia cakap nak tengok burung tu terbang tak hari ni. Sampai kiamat pun burung ni takkan terbang 😜😜😜😝

Langkawi Trip - cara ambil gambar yang cantik di Dataran Lang
ok. puas hati dapat tengok burung tu dekat2!!

sambung next entry, tata




-zie-
Tag : Food, Langkawi, Travel
5 Komentar untuk "Langkawi Trip - cara ambil gambar yang cantik di Dataran Lang"

kalau gambar malam nampak bayang-bayang jela, tu yang Abah Zie ajak jugak pergi siang.Hehe

hujung bulan ni family in law IQ ke langkawi, sebab ada LIMA di sana, IQ nak pergi tapi dah banyak cuti bulan lepas sebab anak kena chicken pox\! huaaaaa

bestnya jalan2 langkawi, bila la dapat pergi sna agaknya

Bestnya...bila lah blh jejak kaki kat sinj jugak..samalah dgn sy..klo blh setiap thn msti spend masa utk bercuti..wlaupon dekat2 jer..

yang last sekali tu WIN. haha.

Sebarang bentuk komen yang tidak berhemah adalah tanggungjawab anda. Komen yang baik inspirasi blog ini.

Terima kasih atas komen anda.

Back To Top