Lifestyle|Parenting|Foodie|Story Teller|Beauty Blogger. seorang yang periang dan sukakan cabaran.

Bukit Melawati, Kuala Selangor banyak monyet

Jepun Mari | 31 January 2019,16:31 |
ya Allah lama gileee tak naik Bukit Melawati ni. last masa zaman bujang je terjah sini, dulu2 mana ada keretapi ni semua, sekarang nak naik atas ni kena naik tram, hari weekend je la. hari biasa boleh bawak kereta. merasa jugak la naik keretapi kepala traktor bahaha. Mana yg tak tau bukit melawati ni kat mana? kat Kuala Selangor yg tempat tengok anak bulan time nak puasa tuuu. 

still blurr jugak? 
cendol bakar Kuala Selangor yg viral tu tau? dekat-dekat area situ laaa. 

Bukit Melawati, Kuala Selangor banyak monyet

Dulu tempat ni la mama korang lepak. sanggup tu naik bus dari Tanjong Karang ke Kuala Selangor. Bus pulak jenis yg legend bertingkap tu, kerusi siap kena pegang. kalau tak pegang boleh melorot sampai ke kaki.. dulu2 mana ada tempat best2. Bukit Melawati ni dah kira jauh la bejalan selain Sekinchan .

Bukit Melawati banyak monyet.
kat sini memang bersepah ketek (monyet) dalam bahasa jawa ketek. jangan terkejut pulak memang tempat dia. diorang cakap ni Lutong.. aku pun tak dapat bezakan lutong dengan monyet, tengok lebih kurang sama jeee hahahaa janji spesis sama. BERBULU! tapi monyet kat sini bertamadun, bukan jenis kejar orang, rampas barang orang. jenis jinak boleh usap2 lagi.. nak ajak mengopi pun takde hal laaaaa (berani keee ) bahahaha

tapi aku tak pegang ehh.. memang TAK laaaa nak pegang. bagi free pun takndakkkkkk

Bukit Melawati, Kuala Selangor banyak monyet
hoiiii kemahen cantek kou duduk atas melepak. 

Bukit Melawati, Kuala Selangor banyak monyet
ni semua muka2 jawa.. hahaha. kecuali si kecik dua orang tu anak keyelll. kitorang adik-beradik lahir kat Tanjong Karang, membesar, sekolah kat sini. bila dah besar, keje, menetap kat Gombak.. dah tertulisnya begitu. Allah dah aturkan cantik setiap perjalanan. sebab tu excited nya lain maciammmmm serupa macam balik kampong laaaa. kalau lalu satu tempat aku akan back to my childhood. kecik2 dulu menakal hahahaa

Bukit Melawati, Kuala Selangor banyak monyet

kalau hari weekend (sabtu, ahad) tak boleh bawak kereta naik Bukit Melawati ni. maybe taknak crowded sangat sebab jalan one-way je kat atas tu. after pukul 7pm boleh boleh bawak kereta.

tiket train : 
Dewasa RM5
kanak-kanak RM3

kaunter tiket tutup pukul 6pm. last train pukul 7pm. kitorang sampai gam2 nak tutup. nasib dapat naik. kebetulan yg bawak bajak (tram) ni kawan a'a.. dah berjejak kasih kat sini.. siap pesan tu.. 'ko jangan lupa amik aku kat atas ni, kang malas aku golek je turun bawah' haha

Bukit Melawati, Kuala Selangor banyak monyet
nice view scene. nanti korang nampak laut Selat Melaka dan Sumatera, Indonesia. hari tu anak aku tanya 'tu laut pe mama' aku main bantai je cakap Laut China Selatan hahahah.. janji muka confident. adik aku pandang kerek jeeeee.. pandai nou mama nko menipu bahahaha 

Bukit Melawati, Kuala Selangor banyak monyet

Bukit Melawati, Kuala Selangor banyak monyet
kat belakang tu rumah api Bukit Melawati.. dulu kecik2 pernah naik atas ni. seram jugak la tangga dia berpusing2 dah macam dalam cerita horror. 

Bukit Melawati, Kuala Selangor banyak monyet
sian budak2 ni tak pernah jumpa meriam hahaha.. siap di buat macam motokar.

Bukit Melawati, Kuala Selangor banyak monyet

Bukit Melawati, Kuala Selangor banyak monyet

Bukit Melawati, Kuala Selangor banyak monyet

korang boleh beli food untuk bagi monyet makan. 1 guni tu harga RM10.. rasa macam mahal jugak la. tapi nak bagi budak2 ni enjoy beli jugak la.. dalam guni tu ada keledek, kangkung, kacang panjang, pisang.. ikan siakap tiga rasa je takde hahaha. 

Bukit Melawati, Kuala Selangor banyak monyet
monyet kat sini eksen sikit. kalau orang bagi makanan campak-campak dia taknak ambik. dia nak orang hulur kat dia baru dia ambik makan. kemain cantek muka kou yeeeee. pandai pulak tu dia berdiri capai keledek. azeq tu takut2 berani je tu.. Fina lagi laaa, terus menyangkut kat kaki aku. berat sebelah aku nak jalan.

a'a yg paling berani. dia siap usap-usap monyet tu. aku kata nanti turun bawah sanitizer tangan tuuuuuuuu bahahaha

yg kelakarnya, azeq mula2 eksen nak bagi sendiri kat monyet ni.. lepas tu, turun dari tram baru pijak satu kaki kat tanah, monyet2 ni serbu kat azeq dahhhh macam haperrrr.. azeq takut dia campak guni yg isi food tu, yg aku pulak buat-buat berani pegi kutip balik guni tu (mahal tuuuuuu, 10 henggit satu guni) sekaliiiiiii kat belakang aku tengok banyak monyet keliling aku.. apa lagiiiii aku campak guni tu pastu lari jauh-jauhhhhhhhhhh selamatkan diri hahaha..

anak? aku tak ingat dah mana depa hahaha
mama yg kejam. bahaha

Bukit Melawati, Kuala Selangor banyak monyet

kat atas ni ada tangga seribu. tapi tak sampai seribu sebab berlaku perubahan alam. kat atas ni ada Batu Hampar tempat untuk pancung kepala, macam batu besar tempat letak kepala. dulu kecik2 pernah datang sini dengan mak abah time tu nak dekat senja, pastu bau hanyir semacam darah..

tak cukup tanah mencicit balik. sebelum muncul yg tak patut muncul baik kitorang cabut hahaha tu laa datang lagi time senja. dulu tempat ni sunyi tak macam sekarang jadi tempat perlancongan.

Bukit Melawati, Kuala Selangor banyak monyet

haiiiiiii.. hakak dah sampai Bukit Melawati.. gileeee batak bahahahahaa

Bukit Melawati, Kuala Selangor banyak monyet

nampak tak? nyoyet tu kendong anak dia. anak dia bulu warna oren, kalau anak dia merayau nanti cepat-cepat dia pegi tangkap.. aiiiii binatang pun tau sayangkan anak.

Bukit Melawati, Kuala Selangor banyak monyet

Lepas tu, last tram pukul 7pm.. nasib kawan a'a tu tak lupa nak amik kitorang kat atas ni. Nanti korang akan lalu makam Sultan. kat dalam ni ada satu meriam yg dibalut dengan kain kuning. Orang dulu-dulu cakap meriam tu pernah berbunyi. kecoh kejap la berita tu.. lepas tu orang dulu cakap ada satu terowong yg boleh tembus sampai ke Puchong. tak sure kebenaran cerita tu. pastu ada yg cakap ada harta karun lah, elokla dah tertimbus kalau betul ada harta karun takpeeeeee kalau tiba2 muncul anaconda tak keeeeeee sia-sia jadi lauk.. bahahahaaa


BUKIT MELAWATI, KUALA SELANGOR
45500 Kuala Selangor


11 Komen untuk "Bukit Melawati, Kuala Selangor banyak monyet"

Dah pernah naik ikut media trip...dah la penakut ngan monyet2 tu...sabo jer la...

mak aihhh.. cantiknya pemandangan.. nampak seronok je.
btw, done follow sini GFC #344 and google+

Myra | The Grey Lines Between

Lama giler tak gi sini, rasanya masa kanak-kanak dulu kot. Batu hampar tu memang kalau tengok rasa meremang bulu roma. Azeq tu biasa memang sukakan haiwan ke?

SA: samalah kitew.. badan js sado tapi penakuiittt

myra: view kat atas ni mmg cntik. klu yg suka amik gambar mmg sesuai sgt

sal; azeq tu dia mmg suka haiwan.tu sbb dia request nak pegi zoo. skli aku bawak pegi zoo monyet.. lepas la jnji pegi zoo hahaha

Tak berani kalau dengan monyet kadang-kadang boleh jadi ganas sangat

Bestnya tempat Ni mama x penah sampai lagi

saya tak pernah lagi sampai bukit melawati ni.

Kuala Selangor kampung hubby. mmg suka ke sini. selalunya naik guna kereta lah. pernah gak sekali naik tractor tu. seronok kan. monyet2 tu mmg banyak lah. ngeri akak.

saya pernah sampai sekali..anak excited tengok monyet di situ

Sebarang bentuk komen yang tidak berhemah adalah tanggungjawab anda. Komen yang baik inspirasi blog ini.

Terima kasih atas komen anda.

Back To Top