Langkawi Family trip : Mangrove



Sambung lagi entry jalan2 di Langkawi. Next dengan Mangrove Tour pulak. Bagi yg belum pernah Mangrove atau Island Hopping better try it only just for one. Memang best la, bukan selalu dapat naik bot pusing2 laut. Kami pilih untuk Mangrove, aktiviti Mangrove trip tak penat sangat, sebab dalam group aku ni ada warga emas, kanak2 riang & remaja purba.

Mangrove package ialah masuk gua kelawar, gua buaya, bagi ikan makan kat fish farm, tengok burung helang dari jarak dekat dan menyusur masuk ke kawasan muara paya bakau. Aktiviti ni ambil masa dalam 2 jam lebih, tapi ada yg sampai 4 jam itu termasuk mandi kat pantai & lunch di fish farm. Itu package lain. 

Aktiviti Mangrove ni ada 2 package sama ada ambik group package atau private. Group package ni campur2 dgn org lain, kira satu kepala charge RM berapa tah, itu depends pada travel agent yg offer. Termasuk mandi laut & lunch, terpulang kalau nak lunch kat situ pun boleh. Aktiviti semua sama, cuma bezanya kalau private takde mandi laut. Kalau private package kaum kerabat ngko je ada dalam bot tu. Tak campur dengan orang lain. Satu bot RM280 boleh muat dalam 8 orang. Kitorang pilih yg private, family pak din pun muat2 je dalam bot tu termasuk kanak2.

Aktiviti start dari pukul 10am habis pukul 12pm. Datang ke jeti sendiri, dan habis pun kat jeti yg start tadi. Kami naik bot kat Tanjung Rhu Jeti. Laluan nak ke Jeti Tanjung Rhu akan lalu kiri kanan berderet pokok Rhu. Memang cantikkk, gambar je tak sempat amik, tak berhenti pun. 

Langkawi Family trip : Mangrove
budak baju hijau tu, muntah dalam kereta, perut kosong tak makan pagi. Naik kereta mula nak muntah, tu bapak dia bawak pekena roti canai sekeping.

Langkawi Family trip : Mangrove
pak din clan naik dari Tanjung Rhu Jeti. Ada dua jeti, sama ada naik kat Jeti Kilim atau Jeti Tanjung Rhu, tapi pemandu pelancong kitorang cakap naik dari Tanjung Rhu boleh tengok pemandangan laut lama sikit, sebab akan nampak kawasan Andaman Sea yg hampir dengan kawasan jajahan Thailand. 

Langkawi Family trip : Mangrove
Excited!! Fina mana? mana?
Bot yg kitorang naik ni macam grab car, semua tak pakai safety jacket. padahal ada je tergantung kat belakang tu, looo!!

Langkawi Family trip : Mangrove Nampak tak penyu tengah mengawan, ada dua kepala, sekor atas, sekor lg kat bawah. Kelim Geoforest Park

Langkawi Family trip : Mangrove
tu diaaa Fina!! Cukup senang bawak Fina, tak banyak ragam, dia pandai depends diri dia sendiri, mature & gaya pun dah mcm orang besar. Anak ke-2 memang gitu kot. Time tido dia tido, time susu dia susu.

Langkawi Family trip : Mangrove
sebelum naik bot, budak mok tengah tu buat drama air mata, taknak naik bot. Pak Long (zul) yg incharge bot kitorang pujuk Azeq naik bot, cakap nanti tengok kelawar, bagi burung makan. Bila Azeq melangkah masuk dlm bot semua tepuk tangan, termasuk mat saleh bot sebelah.. huyoo!! bangga sat, mat salleh pun bg moral support, mengada anak bujang tu.

Pit stop pertama : Gua Kelawar 

Langkawi Family trip : Mangrove
Masuk Gua Kelawar masuk kena bayar RM2/person, kanak2 RM1. Azeq gan Fina free..hihii

Langkawi Family trip : Mangrove
Batman tergantung, nak panggil Drakula pun boleh. 

Langkawi Family trip : Mangrove
banyak gila Drakula tergantung, riso dia berak, kalau berak dah tentu jatuh ketepek kat muka, terus buat masker..eeeuwww

tak tahu nak panggil pe batu ni, dulu masa belajar sains ingat la kot, nak dapat bentuk batu macam ni beratus tahun. Selangmit, setelit lagi pe tahhhh.

Keluar dari gua kelawar, nampak pokok melingkar macam ni...cantikkkk kan

Langkawi Family trip : Mangrove
cantik ye, tapi kalau suruh duduk sorang2, tobat cabut larikkkk..👅👅

Langkawi Family trip : Mangrove
love this nature.

berselirat akar, serabut tengok pokok paya bakau ni.

Ini la kelebihan kalau bercuti hangkut adik beradik, boleh la took so many selfies together with peace!! yooo

Mama & Fina finottt.
Pit stop ke-2 : Fish farm

Langkawi Family trip : Mangrove
lobster : Besar ni je boleh cecah 1k, setakat pegang boleh la. Harga ikut timbang, tak ingat berapa.

Langkawi Family trip : Mangrove
Ni nama dia Abu, ada sekor lagi nama dia Ali, si Ali lagi besar dari Abu. Tapi masa datang si Ali tido, tak dapat la tengok Ali. Soalannya : berapa ekor kah kesemuanya ? 🐠🐡🐟 ehaha

Langkawi Family trip : Mangrove
takut2 berani je berdiri kat tengah jambatan tu, gayattttt sebenarnya.

Langkawi Family trip : Mangrove
Ada banyak kapal layar mat salleh lepak kat sini, orang putih ni kalau dah tua, dah pencen diorang beli kapal layar untuk melancong ke seluruh dunia. Parking kat laut je sewa RM500 sebulan, bagi diorang pe de hal dgn RM500 duit kita kannnnn

Pit stop ke-3 : Masuk ke gua buaya.

Tak berhenti pun, lalu je macam terowong menora..hahha

Langkawi Family trip : Mangrove
Menyusur masuk bawah gua, cerita dulu2 penduduk tempatan pernah nampak buaya tembaga terdampar kat sini, tengok dari jauh je mata berkedip2, kalau kita tak kacau dia, buaya ni tak menyerang orang. Sebab air kat sini pertemuan antara air sungai dan laut yg masin, buaya tembaga suka duduk kat tempat mcm ni, dan yg paling ganazzz buaya tembaga lahhh, takut tak!!

Langkawi Family trip : Mangrove
takut jugak kut2 kalau terjumpa buaya tembaga ni. 

Next station : Mangrove (bakau)  laluan menyusur paya bakau

Laluan masuk ke paya bakau ni sempit sikit, bagi menjaga khazanah alam semulajadi bot-bot yg lalu kawasan ni akan lalu slow & steady je, betul jugak nak laju2 pergi mana, nama pun jalan2 makan angin, lain la nak terberak ke hape boleh la speed gear 5. Sebab kat sini takde pitsop toilet, jumpa toilet pun masa kat Fish Farm, sebelum naik bot kencing siap2.

Langkawi Family trip : Mangrove

Langkawi Family trip : Mangrove
paya bakau kat sini kuat & kukuh, akar2 dia mencengkam dengan kuat, kat bawah akar paya bakau ni macam penapis air, tak ingat proses dia macam mana.

Last aktiviti : eagle feeding

Kawasan lapang yg ada banyak burung helang, mata helang ni tajam walaupun campak cebisan kulit ayam dia akan nampak, part sambar tu yg best sekali, ada ambik video slow mode tapi tak boleh upload kat sini. Camera pun malas nak keluarkan, panas lip lap lip tapi ok je enjoy dengan angin laut yg sejuk panas.

Langkawi Family trip : Mangrove
habis dah Mangrove, jom balik jeti, lapar dah ni.

atok & cucu 💤💤💤 Penat mangrove

Langkawi Family trip : Mangrove
Last sekali hantar kat Jeti yg start tadi, sampai jeti ada jual gambar la, pe lagi. Ambik la 3 pinggan, satu pinggan Rose simpan, RM10 satu pinggan, murah dah la tu berbanding gambar2 kat Skypark lagi mahal for one shoot. Dah macam mak2 dengan pinggan yg ada tepek gambar macam ni, kalau mak ada lagi mesti mak pun beli kan, kan MAK!! 😭😭😭😭

kalau korang nak tahu, aku amik pakej dengan Zul (ZTP Enterprise), tapi nama glamor Pak Long. Aku panggil pak long je, dah macam along kawasan. Dengan dia Mangrove tour boleh dapat RM200, banyak tempat aku survey semua bagi rate RM280 untuk satu bot. Ini pun dapat dari blogger Suraya Sulatin retis Siti Nohaliza tu 😤 Harga tu tak sure, kalau direct terus dgn pak long kut dapat murah ke? Sebab Pak Long ni dia buat sendiri, dapat la kurang sikit. Ni no Pak Long 017-587 8606, boleh la call atau wassap, laju dia balas.

sambung nanti!!, bye


-zie-
Tag : Langkawi, Travel
11 Komentar untuk "Langkawi Family trip : Mangrove"

Kena call pak long la nak p langkawi nanti

Masa pegi Langkawi haritu tak buat pun mangrove tour ni. tapi, pernahlaa jgk mangrove tour kat tmpat lain. :)

tak pernah lagi cuba mangrove tour ni. next time kalau ada rezeki ke langkawi nak cuba lah. senang dah ada no hp tu. murah2 pun murah :)

tak terserempak ke dgn monyet yg akk cete dok galak nak lompat masuk dalam boat orang tu?? hoii jahanam btoi pangai dia..nyaris haku nak lompat masuk air...kakak tanjat! huhu

Best jugak mangrove rupanya.. hehee saya tak pernah cuba lagi dah 2x ke Langkawi. Island hopping pegi dayang bunting + beras basah island je😂😂

eda pun pernah dah sampai situ..memang best..cuma dlam gua kelawar tu menakutkan..terfikir kalau terhempap batu kat gua tu..hahaha...mmg xlama duduk dalam tu..


~ Kisahsidairy~

cantik mangrove, cantik laut, tapi paling cantik seluar pepel tu..hehe

Bestnyaaaa.. Semua gambar cantik²

Bestnya! Tgh plan cuti cuti ke Langkawi ni

Nak tnya klau bwa baby brumur bwah 1 thun elok ke join aktiviti ni?

Sebarang bentuk komen yang tidak berhemah adalah tanggungjawab anda. Komen yang baik inspirasi blog ini.

Terima kasih atas komen anda.

Back To Top