Melentur buluh biar dari rebungnya.





Susahnya jadi cikgu-cikgu sekarang.
KPM dah mention bentuk hukuman yg dilarang. apa-apa pun tak boleh buat. kalau anak murid tu perangai menyetan pandang je bagi senyuman. patut la mak aku dulu balik sekolah dia punya penat macam menyawah kat bendang. nak handle anak murid 30 orang bukan senang. macam2 karenah ada yg menangis 2 jam tak behenti, terkencing, terberak. tu belum check rambut sorang satu yg berkutu (mak aku dulu cikgu tadika.)

Aku rasa dulu cikgu-cikgu aku garang.
garang-garang pun raya tetap nak raya rumah cikgu tu.
tapi takde sampai tahap memaki. 
tahap cubit, pulas telinga, ketuk ketampi itu standard la. kena baling kapur.. biaseeeeeee kena! tapi mokcik elak! tak payah nak balik mengadu sangat. silap-silap yg tukang adu tu kena tambah berbakul2 tazkirah. kalau setakat berdiri atas kerusi, berdiri belakang kelas, jalan itik.. alahaaaaiiii itu pun mak/bapak nak merembes baik amik home tutor ajar anak sendiri kat rumah.

Dulu masa aku sekolah. pagi2 ada perhimpunan. 
boleh pulak pagi-pagi makan chewgam. siapa biasa kalau makan chewgam buat bunyi meletop tu. aku memang tarrer bab tu. boleh buat belon, buat bunyi meletop pun boleh. pastu cikgu tengah berucap kat depan. group aku kat belakang lawan bunyi meletop sape kuat. tak perasan cikgu ada kat belakang. tiba2 cikgu jerit 'siapa yg makan chewgam bunyi letop-letop ni keluarrrrrrrrrrr'
hahhhh kau! dengar cikgu bertempek. masing2 terkejut kena jerkah terus telan chewgam tadi.
cikgu check takde sorang pun yg makan chewgam.. sebab dah telan bahahahahah..
nasib tak terbelit chewgam dalam perut.

Dulu, Azeq tu tak suka gosok gigi.
jenuh aku cakap baik-baik tak jalan. siap letakkan ubat gigi kat berus gigi pastu gosokkan.
sekali dua mampu la nak layan. kalau hari2 nak layan macam raja. memang silap.
pastu aku tak bagi dia makan sebab gigi tunin. sanggup dia merajuk taknak makan.
esoknya nak pegi mengaji dia tak gosok gigi lagi.
tegur cara baik tak dengar. aku keluarkan player nak cabut gigi dia yg berdaki tu (acah-acah)
kannn.
esoknya dan esoknya rajin dia gosok gigi.
tiap kali mandi mesti tunjuk gigi dia yg dah siap gosok tu. haaah tu caranya mengajar.
dah satu hal tiap-tiap hari aku kena nengok gigi dia. 

Memang mana-mana parent tak menggalakkan anak diorang kena denda dengan cikgu. takde sape suka anak kita kena denda. takde sebab cikgu nak denda kalau takde buat salah. mak/bapak tak nampak apa yg anak-anak buat kat sekolah. hanya cikgu je yg tahu perangai anak kita kat sekolah. kalau tak siap homework, sila lah denda. dah buat salah kan. semua tu pengajaran yg perlu diorang ingat. kalau tak denda, diorang tak ingat benda tu salah. dari kecik ni lah kita nak ajar. kalau dah besar nak guna cara ni tak jalan. kekdah psikologi & kaunseling lebih sesuai time sekolah menengah. time tu diorang dah matang dan boleh slow talk. 

tu orang tua-tua cakap melentur buluh biar dari rebungnya, dah jadi buluh buat lemang je sedap. kalau dah tuwe bangka baru nak mendidik. silap-silap kita yg kena tumbok. tu yg ada kes anak pukul mak/bapak sebab tak bagi duit. sebab kecik2 tak pernah rasa kena debik. dah besar berani mendebik orang tua.

biadap!!

bila tengok ada seorang cikgu yg merangkak menjatuhkan maruah sebagai seorang guru. aku tak sampai hati tengok. aku tak tahu nak rasa macam mana. tak dapat bayangkan kalau yg merangkak tu ibu/kakak kita. tak tercapai dek akal. minta maaf memang boleh settle. tapi terkesan kat hati yg dalam. maybe will forgive but never forget. (teremo pulak sebab arwah mak aku CIKGU)


8 Komentar untuk "Melentur buluh biar dari rebungnya."

senang cerita semua tak boleh, nak marah pun tak boleh jugak la ye... susahnya jadi cikgu zaman sekarang nih...

Sngt setuju. Dulu masa sekolah pun kena denda jugak tapi, tak berani nak balik mengadu. Takot nanti kita yang kena marah balik.

Denda yg dilarang atas tu banyak dah akak merasa. Steady je sampai skrg. Haha. Susah jd cikgu skrg ni kan. Murid2 pula perangai makin advancr skrg ni. Mohon bertabah.

makin bertambah manja lah budak² sekarang.padahal ni lah kena dulu zaman sekolah kan..herlok je akak sekarang ni..adhuiii

i was a teacher. tahun 90an. takat tarik rambut adoi, ketuk jari/tangan, pukul tapak tangan dgn pembaris tu biasa saja lah. itupun masa bujang2 lagi. bila dah kawin dah mellow sikit dah. garang2 akak lah budak2 tetap sayang.. even sampai sekarang pun masih ada lagi yang wish happy teacher's day. hebatkan..
now dah melampau sangat. semuanya tak boleh. apa tak budak2 melampau.

hairan kan mak ayah sekarang. kalau semua tak boleh, baik home schooling kan aja lah anak tu >.<

Pendapat saya, parents pun kena main peranan.kalau x memang jadi kes macam ustazah tu. Sedih. Kita dulu biasa kena rotan sebat semua. Balik rumah, nak cerita takut kena marah lagi. Haha. Kalau x belum tentu jadi orang.

Sebarang bentuk komen yang tidak berhemah adalah tanggungjawab anda. Komen yang baik inspirasi blog ini.

Terima kasih atas komen anda.

Back To Top