Lifestyle | Parenting | Food Lover. Loves to bring my kiddo's to travel even though just a local trip with small budget.

Family Day di Rumah Peranginan Persekutuan (RPP) Puteri Beach Resort, PD

Zie Azi | 26 April 2017,08:49 |
Assalamualaikum semua!!

Cuti isnin bersambung Pertabalan Sultan ullos pergi mana?

Weekend yg lepas kami attend family day di Rumah Peranginan Persekutuan Kerajaan (RPP) Port Dickson. Kebetulan dalam family ni ramai yg krojer gomen & beruniform. So, harungkan sekali book 5 apartment 3 bilik. Kalau dulu sorang staff boleh book lebih dari 1 unit, sekarang 1 staff 1 unit je dibenarkan, kedekk betol. Rumah kerajaan ni always fully book ya, nak book pun 3 bulan awal, offcoz la, barang murah mesti jadi rebutan kan. RPP kerajaan ni under Puteri Beach Resort berdekatan dengan kem tentera darat, standard macam hotel yg lain check in pukul 3pm, check out 12pm, masak memasak tidak dibenarkan, kalau degil nak masak jugak denda RM500, jeng jeng2.. takut tak!!

Bagaimana nak booking Rumah Peranginan Persekutuan Kerajaan (RPP)
Bagi orang yg keje gomen, siapa yg nak try book rumah RPP ni boleh masuk SINI, orang swasta tak kawan. hahaa Orang yg bukan under goverment pun boleh stay here by online booking agoda ke, traveloka, booking.com atau call direct. Bezanya, rate hotel la, yg rate gomen dapat murah sikit dari yg normal prize. Itu je..

Family Day di Rumah Peranginan Persekutuan (RPP) Puteri Beach Resort, PD
 Master bedroom 

Family Day di Rumah Peranginan Persekutuan (RPP)
 3 bedroom + 2 bathroom. Setiap bilik disediakan 2 towel dan sehelai sejadah. Jimat bag space tak payah bawak towel dengan sejadah.

Family Day di Rumah Peranginan Persekutuan (RPP)
 2nd bedroom

Family Day di Rumah Peranginan Persekutuan (RPP)
3rd bedroom

 complete ada peti sejuk & ruang makan TAPI tak boleh memasak ya. kalau takat masak maggi tu boleh la

living room yg luas, malam tu kitorang bentang toto tido depan tv je

Family Day di Rumah Peranginan Persekutuan (RPP)

Family Day di Rumah Peranginan Persekutuan (RPP)
 view from apartment, kami dapat level 8th, dari sini view memang cantik, boleh nampak sea view dan nampak Lexis Hibiscus Port Dickson

Apartment yg kitorang stay apartment baru (3 bilik), kalau blok lama apartment 2 bilik, blok lama tak jauh pon still boleh nampak pool cuma kena menapak sikit la. Lagipun blok lama takde lif, kena naik tangga, tak sure blok lama ada berapa tingkat, maybe 3 tingkat kot.

So, kalau korang nak stay here by RPP make sure nak book apartment baru atau blok lama. aaaa sebelum terlupa kena standby deposit RM200 ya kawan2, yg kelakarnya mak cik aku buat lawak, tapi cakap dalam bahasa jawa, orang hotel tu tah faham ke tak! kitorang payment apartment 2D1N for RM150, tapi deposit lagi tinggi dari payment hotel hahaa bayangkan kitorang book 5 apartment kena standby deposit RM1k, nasib kebetulan masa tu ada bawak cash, kalau tak, nak cekau mana deposit, cabut bulus sorang satu nak cukupkan RM1k hahaa...tapi masa check-out deposit ni return balik arrrrr kan.

Tak sure boleh pakai kad credit ke tak deposit tu, tak tanya pulak, sebab tak penting ponn hahaa ada yg lagi penting, ayam panggang BBQ dah memanggil2 hakak..LAPAR WEHHHH !!

Family Day di Rumah Peranginan Persekutuan (RPP)

pagi ni cerita pasal apartment SEBAB aku kan incharge PENGINAPAN.OK.SETTLE bab ini

to be continue what's activity my BIG FAMILY DAY..yuhuuuuu

DAY 1 - klik sini



-zie-
5 Komen untuk "Family Day di Rumah Peranginan Persekutuan (RPP) Puteri Beach Resort, PD"

wahhh, cantik sea view dia, tapi sedih la dengan swasta tak nak kawan..haha!

kalau masak maggi je mana nak kenyang, nak kena masak lauk jugak..heeee...next entry plissss

wah serenoknyaaaaaaaaaaaaaaaa

puteri ni depan dgn ilham resort tu eh zie?? not bad ek RM150.. wokey angat2 koit..

Alah takleh masak2..sbb tu akan mengundang tikus dan kawan2 kot.m

nampak still terjaga ye..
nasib lah bukan orang gomen. tak merasa diskaunnya.

Sebarang bentuk komen yang tidak berhemah adalah tanggungjawab anda. Komen yang baik inspirasi blog ini.

Terima kasih atas komen anda.

Back To Top