Bersambung kisah mencari lace/manik kat GM Klang. kemain korang ada yg baju raya dah siap jahit vaa vava vahh vanekem, kitew baru beli kain nak hantar kat tailor hahaha ni kira baju raya merangkap baju sedondon untuk kenduri kahwin nanti.. amin. Doakan dipermudahkan.
Sebenarnya kan tak suka sangat pegi GM Klang ni.. serabut satu hal.. dah la waktu operasi dia pendek. start pukul 10am-7pm je. sebab dulu pernah pegi much better dari GM KL. GM KL parking dia macam seram. pernah tengok cerita horror yg kereta masuk dalam lif parking kat level atas. lebih kurang gitu la.. if anything happen tak ke sawan. nak bukak pintu pun tak leh. terjerit terlolong kang bukan orang dengar. aku ni imaginasi mengarut sikit hahaha
GM Klang proper sikit sebab new building kan.. Parking pula kat level atas & level under ground pun ada.. rate parking RM2 for first 3 hour.
muncung2 mulut tu pilih manik.. kat sini beli borong dapat murah. better la kalau korang nak beli banyak berangkut adik-beradik ipar duai boleh kongsi-kongsi. kalau setakat nak beli sebungkus dua tak payah la sibuk2 nak datang sini.. dah la jauh hahahaha. operasi pun pendek pukul 7pm dah tutup. kat ground floor ada kedai makan, kot tengah memborong tiber lapar ke kan? ada big apple, sushi, subway, ayam penyet, kedai borong cekedis pun hado.. diy pun ada. bawak duit jeee la yop!
bendalah ni lah aku cari hehehehe...
target aku memang cari beeds yg ada gam terus, nanti iron lekatkan kat baju terus.
paket macam ni kalau korang beli min 6 pcs (kalau tak silap) akan dapat half price. kalau beli 1 memang mahal la, tak berbaloi rasanya kalau datang jauh semata2 nak amik 1 paket je kan.. dalam 1paket ni ada 50 ketul beeds, banyak giler kannnn. silap-silap nanti semua baju aku taruk beeds yg sama, pedahal buskurrrrr bahahahaha.
lace dia pun cantik belaka. macam2 design dengan bunga timbul lah.. bunga hidup, bunga mati, yg bulus-bulus pun ado.. tak ingat harga semeter berapa hari tu.
ni la peneman setia.. kat sini belambak toys yeeee. hadap la korang kalau budak2 ni melalak nak toys. nasib kat sini murah sikit laa.. sempat jugak budak duorang ni rembat toys.
Dah penat jenjalan kat GM Klang ni terus membawak perut ke restoran Jemari kat seksyen 7 Shah Alam. kawan k.ya cakap kerabu kangkung kat sini sedap.
Dah penat jenjalan kat GM Klang ni terus membawak perut ke restoran Jemari kat seksyen 7 Shah Alam. kawan k.ya cakap kerabu kangkung kat sini sedap.
beginilah rupa kerabu kangkung. for me, biasa-biasa je. ranggup macam bayam goreng tu. dah makan banyak mula rasa muak.. nak terbelahak segala kangkung yg ada dalam tekak ni. pastu potongkan dengan hirup tomyam .. ni kalau buat kangkung goreng belacan, tak fikir panjang berdesup habesssssssssssss (tekak orang kampong memang gittew hahaha)
again..!! si sulong & si bongsu.. dua2 hidung jawa. tapi ofcoz kakak dia lawa sikit bahahaha
JEMARI
No. 18A Jalan Plumbum Q7/Q Seksyen 7
40000 Shah Alam
Phone : 03-5523 5413
Tag :
GM Klang
16 Komentar untuk "Cari lace dan manik kat GM Klang."
mmg kalo nk beli borong sesuai la..pernh pi 2x xsilap...kalo dr kl mmg jauh la kan
Lama dah tak p GM Klang.
Akak tak pernah pergi. Dengar klang je pun dah fobia, rasa jauh nau dari gombak kihkih...
Siapa yg nak kawin ni zie? Si bongsu tu ker?
A lot of pretty things to get! ◡‿◡✿
Blog de la Licorne
rambang matanya tengok pilihan manik yang ada tu
Tak sabar nak tengok baju Zie nanti. Conform vavavoom. Manik lawa-lawa
Lama giler tak g sini. Last 4-5 tahun lps rasanya. Haha.
mama tisya:tu la klu dari kl.. becinta nak pi hahaha
anis: ni pun baru2 je gi
adik yg no.4 nti nak dekat date sy reminds akk.. jemput tau
radhia:mmg pun.. gila sekejap hahaha
sal:takde maknanya hahaha
ana:klu xde pehal mmg tak kesini. dah laa jauh.malas lak tu hahaha
Datang GM Klang memang puas shopping.. macam2 mende ade kat situ.. done follow awak.. jemput ke blog kita yer.. ourmemoria.blogspot.com
Tak pernah sampai GM Klang nie.. selalu gi yang kat KL tu je..
0123169078.. Manik gmklang
Sebarang bentuk komen yang tidak berhemah adalah tanggungjawab anda. Komen yang baik inspirasi blog ini.
Terima kasih atas komen anda.