Assalamualaikun ulloss!!
SELAMAT HARI RAYA !! alhamdulillah selamat kembali ke habitat asal memasing ye.. selagi celik mata krojer.. krojer.. ada orang harini masih bercuti, kemain korang sambung cuti punya lama. bangun pagi tadi nak pegi keje punya malas tahap bejalan mencium lantai nak mandi. tahun ni turn raya sebelah suami kat Sungkai, Perak. Raya di kampung memang meriah la, speaker masjid tu memang dekat sangat dengan rumah, start umum esok nak raya je takbir dah berkumandang kat tv kat masjid.. sampai ke subuh takbir.. hati tu takde la se happy tahun-tahun yg dulu nak raya.. masuk tahun ni tahun ke-2 arwah mak takde. bertambah sebak bila start dengar takbir. mulalah nak menangis.. tapi inilah qada' & qadar yg perlu kita terima dengan hati yg redho kan. raya tetap raya, nak happykan budak2 dengan suasana raya di kampung.. mujur ada kampong, gombak pun kampung gak. 'KAMPUNG melayu seri gombak' so, i ada dua kampung hikhik. aku kalau beraya di Sungkai jadi orang dapur, tolong apa yg patut. bab masak-memasak bagi kat ipar duai.. diorang lagi pandai masak.. laki aku kan anak ke-6 yg atas2 ni ramai yg terrer masak, so kita jadi co-pilot je hikhikkk
pagi raya siapkan anak2 dulu pakai baju raya.. nanti kang melalak2 nak pakai baju raya. tahun ni takde color tema. beli yg siap main belasah je mana ada saiz.. penat cari nak sama color, kang dah berkenan sorang takde saiz.. so tahun ni warna warni aidilfitri.
budak dua orang ni la tersangat happy kalau balik kampung. sebab diorang bebas.. bebas nak main, bebas nak berlari, bebas main mercun, bebas dari kena marah. berani nak marah anak kat kampung, silap2 kita yg kena marah..(tak marah aku, marah anak dia - amir hahahaa) tu kadang2 aku simpan segala kesalahan diorang, kou balik KL siap.. tak sampai KL dalam kereta dah kena tazkirah dulu. tazkirah dalam 2km tengok belakang dua2 dah membuta. aku membebel sorang2 lani? ishh ish
kebiasaan raya di kampung, diorang raya pertama ada 'baraan' (yg datang ramai2 ziarah dari rumah ke rumah) kalau tengok baraan kat kampung memang seram, takut je makanan tak cukup. tapi kalau dah niat nak jamu orang makan insyaAllah cukup.. diorang akan datang bergroup naik moto ramai2, kebetulan rumah mil rumah yg ke-2.. hidang la pe sajer mesti habes licin.. group baraan pompuan esoknya, lex je opah2 naik moto preng preng kat kampung.. hahaha
dapat tangkap seketul budak ni. sebelum berlengas rambut masam.. amik gambar siap2.
aku memang sejenis, kalau dah pakai lawa2 tak reti duduk kat dapur. pakai pulak baju kembang tangan macam nak menari pop yey yeyyy kan.. lagiiiiiii terkemut-kemut aku buat keje.. takkan sebab baju tak buat keje langsung kan. perangai sangat ni atau alasan.. geram sangat aku letak getah kat lengan baju. arrr laju aku buat keje macam formula F1...buat keje pun yg ringan2 je.. isi kuih dalam balang, susun2 kuih... kutip cawan kotor..cengkelat kan hahaa janji buat keje bukan duduk membesarkan punggong.. bab basuh membasuh serahkan kat orang lain.. kang tercelup lengan saloma aku habes lencun petang nak jalan beraya lagi. menantu hantu!! hahaa
habis 'baraan' pakwe ajak makwe jalan2 naik motor.. jarang berlaku pakwe ajak makwe naik moto time raya.. aku tanya why? pakwe kata makwe lawa hari ni.. huwaaaaa rasa geli perut dengar.. nak meronggeng berdua tak boleh, terpaksa lah bawak bodyguard dua orang ni. terjerit2 motor tu nak pergi. sikit lagi nak terponggeng wikanggg..
petang, lepas solat jumaat jalan raya ke rumah kakak mak kat Teluk Intan. Adik beradik mak tak ramai, dia dua beradik je.. yg ramai anak2. anak mak je dah 8.. anak kakak mak 10 orang.. ramai sepupu sepapat.. aku sendiri pun ada yg tak kenal.
pengantin lama yg gemokss..
2nd day raya, shoot raya ke Sabak Bernam.. memang usually kalau raya Sungkai akan singgah kampung nenek kat Sabak Bernam. Tahun ni abah raya ke negeri sembilan. tak dapat beraya dengan abah, tapi takpe nanti balik ke Gombak jugeeee
2nd day raya pakai baju raya tahun lepas hahaha.. takde tema pun, janji mak apak baju sama .. boleh!! hikhikks
memang style orang jawa kalau mintak maaf akan cakap slow lepas tu tunduk2.. hanya kou & aku je dengar. sayup2 je dengar.. kadang2 tu ada curik2 dengar pe diorang cakap jawa 'dino royo aku njaluk ngapuro salah silapku yo' apa maksudnya.. cari la sendiri bahahaa
pengantin lama dengan pewincesss sorang..
raya ke-3.. takde berbaju kurung dah.. raya rumah nenek2 yg dekat je lepas tu semua nak balik KL termasuk ucu.. balik KL ni ada banyak keje nak buat, nak mendobi, nak punggah beg lagi. penat tapi happy...sebelum balik wajib bergambar kat bendang. rumah nenek betul2 depan bendang. rugi laaaaaa kalau tak bergambar kat sawah padi ni..
bawak budak2 ni tengok sawah padi.. dulu masa kecik2 diorang tak paham. ni dah besor sikit tunjukkan ni PADI.. yg ajid makan tu nasi, before jadi nasi. suka diorang main kat sini.. mana tak tumpahnya kuah ke nasi, cucu pesawah.. eh tiba2 je kan bahahaa
L.O.V.E them ketat2..
hamboi pewincess ni.. orang angkat kaki dia pun nak posing angkat kaki jugak.. pitam!! yg paling pitam ni daddy girl.. bapaknya tak bagi potong rambut anak dara dia.. biar panjang katanya.. hokey u jaga ye.. sikat bagi elok2 letak conditioner. nampak serabai aku potong bagi pendek hahahaa
sanggup panjat kelong nak bergambar tengah2 sawah.. nasib kering.. kalau berlecak tak panjat aku, takut pacat melekat hahaha
spec mata ucu tu buat kenangan before missing.. otw balik kl dia singgah Rnr Kundang berhenti solat, tah mana dia letak langsung hilang. bising dia dalam group tak nampak.. tak nampak.. tapi taip wassap nampak pulak hahaha..
sampai Gombak terus berkepit dengan atok.. dua2 duduk kat peha atok.. leper peha atok kena lanyak dengan ajid.. naseb cucunya tak ramai ada tiga orang je.. duit raya pun lebat. akhir bulan agak2 sesak nafas boleh la pinjam wet raya budak2 ni hahaha.. alamak off record !! mati kalau bapaknya baca.
hujung minggu ni nak jalan raya mana pulak?
-gee-
Tag :
Hari Raya,
Kampong Sungkai
15 Komentar untuk "Raya di kampung 2018"
Selamat beraya sakan
mmg nampak bobok2 sket u all raya ni jee oi. jgn sampai lawan i ols ye. derhaka nnt. hahahha.
Balik kampung syok la ada bendang. Ada dengar bunyi2 haiwan dan serangga.
selamat hari raya zie..paling best kampung macam ni kan...
Raya sakan nampaknya tu zie. Cantik tudung tu haa. Terbekenan pulak i olls haaa.hehe
Selamat hari raya zie!
Akak pun ada posing kat bendang tau haha... Seronok balik kampung kan. Balik beraya pulak tu
Selamat bekerja hikhik :)
selamat hari raya wak..
hahaha.. illos pun perasaan.. jahanam betol baju ni buat i gemokss.. ada gak haku humban antar alter bahahaa
mlm ada dengar ayam kluk kluk.. hahaa.. klu nak hampir subuh berperang dengan moscito.. hahaa
selamat hari raya eda.. klu dekat boleh jln raya.. hihi
tudung lama tu ana.. meh la membokitta kitew bahahaa
kampung akak kat mana?
nak raya umah akk laa mcm dekat dah dgn gombak nun haa..
aceerrrr bagi je akk.. ada kemungkinan muat tu. hahahhaha. seteress takkk??? hahaha
wah meriahnya.. tapi serius mama seriau tgk naik naik motor gitu (one side)
meriah raya u olls. baju princess Fina pun cantik-cantik. Biasalah tu, nak buat perangai harus la di kampung, rumah atuk nenek, mak ayah pun x boleh marah
Sebarang bentuk komen yang tidak berhemah adalah tanggungjawab anda. Komen yang baik inspirasi blog ini.
Terima kasih atas komen anda.