Salam Jumaat yg barakah.
yuhooo, cerita makan lagi !!
Kan dah cakap ari tu nak gantung kuali, kalau datang roh rajin memasak, satu hari boleh duduk kat dapur memasak dari pagi sampai ke dinner. fuhhh feluh2 mashammm!! Malam semalam, saje nak hang out dengan family makan luar, makan kat K'Chiangmai Ikan Bakar area Taman Perdagangan Selaseh berhadapan dengan lebuhraya Duke. Kawasan Gombak sana tu.
Tak pernah try makan kat sini, tapi ada yg suggest tempat ini. Special kat sini ikan bakar la, tapi hari tu termiss order ikan bakar, apa daaaa, dalam kepala otak nak makan ikan bakar, tapi keluar kat mulut jadi lain, takpe la next time kita try ikan bakar dia. Tahap mana kesedapan dia.


kalau nak bakar2, pilih ikan pe yg nak, nanti dia bakarkan

kerang bakar

tom yam campur putih, not bad, aku kan favorite tomyam, tak kisah tom yam putih @ merah, dua2 aku bedal

ikan siakap masak sos cili belada, senang citer siakap 3 rasa la. kitorang pesan jangan masak pedas2 sangat, pedas tahap manja2 giteew. SEDAP OK! ikan crunchy, cubit isi ikan lembut, siap boleh kunyah2 part sirip, sirip tepi ranggup, kunyah2 terus hadam dalam perut.

ikan siakap stim chiangMai, sos dia rasa masam2 manis, tapi lagi prefer ikan siakap goreng

sotong goreng tepung, ini PON SEDAP. Sotong gedabak besor, selalu kita ingat kalau sotong gedabak ini liat, yg ini tak liat hokey, ranggup, cukup rasa. Hari tu tengok entry k.sha pasal up goreng sotong telur masin, dah order baru teringat, wassalamuuuu la, next time daaa

kerang bakar ambik 2 bekas. Meletop pomm2!! sedap wallaweh cicah dengan sambal belacan dia, Puji mencanak sebab dah lama tak makan kerang, urhmm tu yg mcm sakai sekejap hahaa


Ambik menu set, sebab kitorang kan ramai turun satu kapal order menu set untuk 8 pax, menu set dalam ni semua buat dua2, ikan siakap dua ekor, sotong goreng tepung 2pax, tomyam 2pax, add on dengan menu yg lain, kerang bakar-2pax, mee goreng, telur dadar, air tak cukup 1 jug, nasi tambah lagi. total semua dalam RM236.00 OK sangat la, itu pun ada yg dah surrender, tapi sumbat lagi hahaa

happy of us !! semua melenjat hip hip hureyyyy
Alhamdulillah, family tak besar mana, adik beradik 5 orang, ada abah sorang, mak dah takder. Inilah satu2 nya family yg saya ada. Ada pernah dengar ceramah, tanggungjawab anak kepada ibu/bapa adalah berbuat baik kepada mereka. Ucap salam, mohon maaf bila bersalam, kalau salam dengan abah memang tiap kali cakap 'maaf'. Umur tak panjang, tak mereka pergi, kita yg pergi dulu. Apabila ibu/bapa meninggal dunia banyakkan berdoa utk keselamatan dan mendapat rahmat dari Allah, bersedekah, membaca ayat suci al-quran untuk dihadiahkan pahala kepada mereka, inilah salah satu kaedah menghubungkan antara anak dengan ibu/bapa walaupun jasab mereka takde lagi. Nak balas jasa ibu/bapa memang tak tercapai,
OK. Sekian tazkirah pagi ini..hahaa
Takmo sedih2, esok ada big family day S&S kat PD, moh la kita ke PORT DICKSON. Family day dalam Malaysia je pon hahaa Planing buat family ni start dari tahun lepas lagi, booking apartment bagai, hope everything going smooth !! see u. BYE
Bagi yg nak try makan kat sini
K.CHIANGMAI IKAN BAKAR
No 6 Jalan PPS 1 Selaseh Commercial Centre
68100 Batu Caves
Selangor
Operation hour : 11.30am - 11.30pm
-zie-
-zie-
Tag :
Food
12 Komentar untuk "K'Chiangmai Ikan Bakar, Batu Caves Gombak"
fina korek idung! hahahha.. pastu celet kat tudung mama.. hahha
tak pernah pergi pun... selalu g dekat sebelah tu je... nnt nak try la
aah la budak bertuah ni, tgn sebelah hip2 horey, tgn sebelah buat krojer hahaa kah2
yg mana, kedai pak uda tu ye?
samalah..kita pun suka tomyam...harga not bad kat situ kan
aiyok, macam mana adik IQ yang duduk gombak tak pernah suggest tempat ni...sedap dan terliur betul makanan yang terhidang..adehhh...sedap betul!! nyampah la kak suzie ni show makanan sedap je..
ada family day plak tu...seronoknya!
Wah meriahnya...seronok dapat kumpul ramai2 dgn family kan.
Nanti nak g try la,macam best je.
Selamat her family day ye :)
sama la kita, favorite tomyam..
dpt amik gambor je hahaa, nak suapkan tak dapek la, tggu magic dpt poket doreamon hahaa
tq kak, hope everything going smooth..
tq foe sharing..irda ni duk gombak gak..selalu trcari2 tempat makan best
wah boleh cuba ni bawa family. dekat je pun. semua nampak menarik.
Sebarang bentuk komen yang tidak berhemah adalah tanggungjawab anda. Komen yang baik inspirasi blog ini.
Terima kasih atas komen anda.