Lifestyle | Parenting | Food Lover. Loves to bring my kiddo's to travel even though just a local trip with small budget.

Popia Carbonara Cheese Ain, dah makan satu mesti nak lagi

Suzie Zie | 8 February 2017,10:58 |
Hari tu bawak balik kampung popia frozen Carbonara Ain, ada kenduri sepupu kahwin kut nanti malam lapar boleh la goreng popia untuk kudap-kudap. Tak payah tunggu malam, letak sekejap je dah licin, macam ikan piranha makan ramai2. Ramai askar cilik yg baru nak membesar, makan berebut ni seronok, bukan selalu dapat kumpul ramai2 macam ni. Benda yg sedap harus di kongsi, takkan aku sorang nak 🐘 mengajah. ngeh2  😜😜😝

Ain buat popia frozen. Kalau nak siap goreng pun boleh tapi charge lain la. Popia Ain ada 2 perasa,
1. Popia carbonara cheese - inti dalam ada cendawan hitam, sosej, kentang, daging & cheese
2. Popia daging - inti dalam ada lobak, daging & banyak sayur la, kira mcam vegeterian.

Tapi yg most popular popia carbonara la, always my favorite. Kalau first time beli boleh mintak campur, boleh rasa dua2 yg mana sedap. Ada je yg suka popia daging, tapi for me apa2 pun popia carbonara is number 1.

 Popia Carbonara Cheese Ain
perhatikan tangan cilik sape la tu, si kecik tu tertanya2 'mama ni apa' 

Popia Carbonara Cheese Ain
 cicah dengan sos cheese, Ain akan bagi 2 sos, 1 sos cili, 1 lagi sos cheese. Aku lagi prefer sos cheese. Tak reti nak makan banyak2 sos, 1 sos cukup. Itu pun dah cukup terangkat montot bila makan. Kalau dah biasa beli dengan Ain bagi sos cheese, sos cili takmo hahaha

Popia Carbonara Cheese Ain 
 Ini aku goreng sendiri, apa keburuk nou aku goreng, jangan di pandang buruk, yg penting rasa dia tu, 5 ketul ni sekali jalan aku sorang, cicah dengan sos cheese, memang sedappppppp

Popia Carbonara Cheese Ain 
 close up sikit.

Popia Carbonara Cheese Ain
 ni sepupu up kat ig dia, dia cakap 'terima kasih banyak suggestkan popia carbonara kat dia'

Popia Carbonara Cheese Ain
ini rupa inti dalam popia daging

Popia Carbonara Cheese Ain
Ain pun ada buat truffle, yg ini packing kecik2. yg besar pun ada RM10 jugak

tengok, meriah ye buah-buahan atas tu, tak kedekut tuan truffle nak tabur bebanyak. Ada buah, kiwi, laici, nenas, strawberry, tembikai susu.

Kalau nak order notice 2 hari, Ain ni bekerja bukan fulltime buat popia je. Pickup point kat rumah dia kat kuartes HKL. Orang Ampang, orang Keramat, orang Cheras ehhh takde hal kalau nak amik kat HKL, dekat je kan. Kalau dah sedap jauh mana pun sanggup pickup. Ada satu hari tu sepupu aku teringin sangat nak makan popia carbonara Ain ni, aku bg no telepon, 'nah gi order sendiri' Dia duduk Pandan Indah sanggup datang kuartes HKL nak pickup popia Ain. aikkk mengidam ke haper.

Apa keistimewaan popia carbonara cheese Ain ni, inti dalam ada cendawan hitam, sosej, kentang, daging & cheese. Popia carbonara cheese Ain ni takkan meleleh kalau di goreng sebab Ain masak dulu bahan2 tadi. Walaupun makan banyak tetap tak muak. Senang citer Popia Carbonara Ain sedap & murah, RM10 sebekas dalam ada 13 ketul, alahai rasa nak beli 100 bekas terus kah kah2. Banyak kali jugak la order dengan Ain, kenduri tahlil arwah mak pun aku order popia dengan Ain. Kalau order banyak Ain bagi kurang, deal la sendiri dengan Ain. Makesure order banyak la baru Ain bagi kurang, kalau order sebekas nak mintak kurang ni nak makan kaki. 

Kalau frozen harga lain, kalau siap goreng harga lain. Cakap banyak sini pun tak guna, buat telan ayor liur banyak kali je. Boleh contact Ain terus call / wassap 017-900 2819 sekarang!! Taknak amik pun tak pe, simpan je no mana tahu kang tiba2 nak buat jamuan, terus ingat Ain Popiacheese.




-zie-
Tag : Advertorial, Food
13 Komen untuk "Popia Carbonara Cheese Ain, dah makan satu mesti nak lagi"

tak boleh beno kalau sebut pasal cheese ni...rasa nak terkeluar air liur..awat nampak sedap sangat tu

bior cheese leleh, jangan ayor liyo leleh..hahaa

Tang meleleh tu yang sedap tu.. Fuh. Teringinnya. Bygkan ada cheese juga dalam popia.. Nyummieee

mentekedarah cheese la nampak gaya...

tengok popia teringin nak makan popia jugakkkk

sedapnya..HKL?? dkt je..

tenok gmbr pon sedapp., hehe2

saje tnjuk kat hang, ngehhh2

Macam2 makanan terbaru dicipta dengan tambah cheese. Sangat kreatif dan plg penting rasa SODAPPPP :)

P/S
Jana pendapatan LUMAYAN dengan Uber. Sistem Uber menjadikan anda sebagai boss.
Ini yang ANDA cari-cari selama ini.
Daftar sekarang !!!

http://uber.mydiscussion.net/ <<- masuk sini

Sebarang bentuk komen yang tidak berhemah adalah tanggungjawab anda. Komen yang baik inspirasi blog ini.

Terima kasih atas komen anda.

Back To Top