Lifestyle | Parenting | Food Lover. Loves to bring my kiddo's to travel even though just a local trip with small budget.

Kampung abah den Kampung Batu Masjid, Renggoh

Zie Azi | 10 February 2017,12:03 |

Kampung abah den Kampung Batu Masjid, Renggoh

Kampung Batu Masjid, Renggoh Negeri Sembilan, ni rumah arwah atok. Dulu arwah atok kahwin dua. Bila wife pertama meninggal kahwin dengan arwah uwan. Arwah atok dulu anak tunggal saudagar china, cina betul dari  Yunnan (ececee cerita taknak kalah) ehhh memang betul la tak tipu punyaaaa. Datang Malaysia kawin dengan orang tempatan, kira macam pedagang cina kaya la. Keliling rumah ni masih ada penghuni. Tapi semua warga emas, yg muda semua ke bandar. Anak cucu tak merasa duduk rumah ni. Sebab biasa balik kampung rumah lain, kat kampung Simat, Johol, Kuala Pilah. Rumah ni masih utuh walaupun dah uzur. Aku tak berapa tahu al-kisah rumah ni. Tapi yang menarik minat aku adalah seni ukir rumah ini yang penuh dengan kesenian yang sangat cantik. Rumah ni dah berpuluh tahun, gitu je design dia, tak la senget jatuh sebelah. Rumah ni arwah atok yg tukang sendiri, fomus jugak la arwah atok ketika tu, orang panggil 'brahim tukang' sebut je semua orang kenal.

Last Raya (tahun 2015), abah ajak singgah jenguk rumah ni tempat abah dibesarkan. Mengimbau kembali zaman kanak-kanak abah. Ada sungai, ada pelbagai dusun buah, durian, rambutan, manggis, rambai, langsat, petai, duku. Itu dulu, sekarang takde dah. Abah dengan rasa tak takut pijak tangga rumah ni terus memberi salam 'anak cucu datang ni' dan tiba2 tingkap rumah ini dikuak seperti orang sedang menjengah kat tingkap. Mak yang perasan tingkap dikuak, time tu mak duduk dalam kereta, mak tak turun 'takut' ngeh2..mungkin andaian mak je kot. Aku memang penakut, memang tak jejak la. Tengok dari jauh je. Abah nak takut pe, ni rumah dia dibesarkan, nanti dia cakap dulu kat sini dapur, sini tempat lepak2, sini tingkap dia lompat keluar nak lari dari uwan rotan. ehhh ada erkk

Kampung abah den Kampung Batu Masjid, Renggoh
Budak dua orang ni takut2 berani je tu.

Kampung abah den Kampung Batu Masjid, Renggoh
 Budak bandar tak pernah jumpa dusun durian..gondok bonar. Rindu mak, time ni mak sihat, kuat lagi

Kampung abah den Kampung Batu Masjid, Renggoh
So, inilah rumah kampung abah den dibesarkan. Kg. Simat, Johol N9. Atok wan tak ada dah, tinggal adik-beradik 12 orang. Ramai kan.

Kampung abah den Kampung Batu Masjid, Renggoh
 Cucu2 berselfie, sekarang rumah ni adik abah yg duduk, kalau ada apa2 rumah ni la jadi pusat kumpul adik beradik.

Kampung abah den Kampung Batu Masjid, Renggoh

Belakang rumah pulak ada sungai, dulu air sungai ni dalam, siap boleh terjun tiruk. Sekarang cetek had buku lali je. Aku ni memang penakut, macam2 imagine, memang tak turun ke bawah tu, kang dalam tu ada pacat la, lintah la, buaya *negege BUAYA? sungai cetek kot. Dasyat tol imagine aku nih. 

 Kampung abah den Kampung Batu Masjid, Renggoh
Kuih apam Johol. Tak ramai yang pndai buat kuih apam Johol ni. Cik Maria pandai buat kuih ni. Lebat sungguh tempahan apam Johol ni.




-zie-
Tag : Family
11 Komen untuk "Kampung abah den Kampung Batu Masjid, Renggoh"

Hurmm... macam familiar aje rumah tu.
Mungkin ponah lalu agak eah.
Apam johol memang femes bila ada event SAINS rajin gak puak terlibat order.

rumah tu memang cantik..sayang betul. tapi kalau penakut macam kita ni mulalah imaginasi macam-macam. Haha

sedap apam johol ni, lagi pun apam ni di balut dgn daun pe ya, tak ingat daun getah kot, tahhh tak ingat

betul tu sal, imaginasi mengarut betol, tah hape2 yg di takutkan

Menarik rumah tu. Hehe siapa yang buka tingkap tu..krik krik..

This comment has been removed by the author. - Hapus

Hahhaha...mcm2 imaginasi mula timbul tu. Ni mungkin disebabkan byk tgk filem atau dengar cerita seram dan mulalah fikir yang bukan2 :) Nanti ada benda ikut balik rumah..hahahah..jeng jeng jeng

P/S
Jana pendapatan LUMAYAN dengan Uber. Sistem Uber menjadikan anda sebagai boss.
Ini yang ANDA cari-cari selama ini.
Daftar sekarang !!!

http://uber.mydiscussion.net/ <<- masuk sini

Indahnya suasana kampung tradisional.

tima kasih pakcik, mesti rumah pakcik lagi luas lamannya

Tenangnya suasana dekat kampung ni. Saya singgah di sini dan follow ya hehe.
jemput melawat blog saya jika berkelapangan

http://anothersyed.blogspot.com

Sebarang bentuk komen yang tidak berhemah adalah tanggungjawab anda. Komen yang baik inspirasi blog ini.

Terima kasih atas komen anda.

Back To Top