Pepagi ni dah cerita bab makan.. yum yumm!! tabah yerrr la korang? setabah hati aku yg setiap kali lalu Tanjong Karang mesti gain weight paling busok naik sekilo.. ngehhh ngehh!! aku ni kan, kalau lalu Tanjong Karang akan ada rasa something yg back to nostalgia. tempat jatuh di kenang, inikan pulak tempat bermain. gittew. nanti lah hakak story macam mana boleh tercampaknya duduk kat Gombak. Start dari beli tanah, buat rumah sampai ke akhir hayat mak pun meninggal kat sini. pegi Tanjong Karang nak tempah baju kat cik yan. ikut lorong tikus cepat je dah sampai Sg.Sireh. Lepas settle ukur baju, Wani ajak makan mee udang King Original kat batu 23 Sungai Nibong, Sekinchan. kat sini lagi sedap dari mee udang yg tepi-tepi jalan tu. Lepas makan kenyang boleh jalan-jalan kat Bukit Melawati, Kuala Selangor
Mee Udang King Kong hahahaha
Nak cari tempat ni senang je. Dari pekan Sekinchan atas lagi sampai jumpa singbord Pantai 23. Masuk kedalam sikit gerai belah kanan. kalau jalan ke depan sikit jumpa pantai.. kaki pancing sila take note lepas makan mee udang boleh laaaaaaaaa mancing.. hik hikkkkks
tengok pun dah tau sedap? udang dia fresh. beza dengan udang yg ada kat KL ni. semua frozen. Lepas tu kuah dia sedappppppp gileeeee dengan rasa manis udang. yg aku order ni mee udang banjir (RM12) udang dia banyak gilee sampai lengguh tangan nak kopek satu2. aiiii tak kisah makan tangan kotor, janji puas hati makan.
ada satu menu lagi mee udang king.. bezanya saiz udang la.. kalau king pakai udang besarrrr sebesar tapak tangan. udang ni pun ikut mood, kalau rezeki dapat la udang sepit biru. udang harimau pun ok dah kalau bapok besar kannnn. puas hati makan harga RM18
menyesal update entry ni.. haahha. dalam ni ada telur sebiji. tapi aku lagi suka telur half cook.. perhhhh sedap!! yg tak suka shutttt duduk diam2.. takyah mention hanyir ke hape hahahaha
kak ya order nasi goreng udang.. elok benar bersusun udang ni mendengar kata. ini pun sedap, tapi dah biasa makan.. aii nak makan lain dari lain
Fina tu kalau dah start membuta sampai ke sudah takkan celik mata. tau sangat dah pael dia, kacau usik2 picit hidung pun tak bangun .. si abg mengusik percikkan air kat muka pon tak bangun. hahaa dia celik mata kejap.. lap. pastu sambung tido balik.. dah macam orang mengigau. lenguh gileeee tangan mama kendong dak fina ni.
ni ada sekor udang panjat.
tengokkkkkk..
sampai mama settle mentekedarah still tak bangun.. sedap sangat tido furrrrr dah sampai Kyoto. tak lama tu adik (Nuar) send picture dia dah sampai Kyoto, Jepun. kat sana tengah musim salji.. gilee sejuk pastu tak bawak baju sejuk dia pakai selapis je. aku agak Fina ni ikut pak ngah dia mimpi main salji kat Kyoto. hahahaha
picture ni Nuar send fresh from oven dari Kyoto.
Mee Udang King Original
Kampung Batu 23 Sungai Nibong
45400 Kampung Sekinchan
Selangor
Open : 11 am - 10 pm
Tag :
Food
22 Komentar untuk "Makan sedap : Mee udang King Original, Sekinchan"
Mengancam sungguh mee udangnya.. Tambah fresh, lagilah best..
sedapnya tengok mee tu ya Tuhannnnn
Wowwww nanti balik kampung nak singgah le makan sini, sedapnyaaa nampak ...
Terliur...kuah tu mesti dah sebati dengan air udang yang lemak manis..fuhhh..
perghhhh udang dia.....terbaiklah
sedap nmpknye mee udang tu..pernh mkn ms outstation kuala selangor nama tmptnya mee udang banjir
Ya ampun.. lamanya tak ke sini.. Memang sedap sangat mee udang tu.. huhu..
craving..!
sha: udang dia fresh . sedap
ch:alhamdulillah dapt merasa yg sedap
sus lin : kampibg dekar2 sini ke? best la ada kompong tmpat mkn sedap
pc: kuah dia sedap..
hanim: betollll.. betoll
mama tisya:kedai yg tepi jln kat pasir penambang tu eh?
miera: kannnn.. kdg tu tingin nak mkn sebb sedap
Camnelah agaknya nak kopek udang tu sambil dokong fina ye hihi...
Boleh cuba nanti ni. Nampak sedap sgt tu.
Ya allah...telan- telan ailio dah SA tgok mee udang tu ha...apesal la bukak blog ni petang2 ni..
merembes air liur baca entry ni. Huwa...ok marilah gi tanjung karang untuk gemukkan badan
Sedapnya..mengancam sungguh
tengok nasi tu macam sedap..lapor
Wah sedapnya Mee udang. Tapi kqlau mama makan abislah gatal idung
nampak sedapnya mee udang tu
Sebarang bentuk komen yang tidak berhemah adalah tanggungjawab anda. Komen yang baik inspirasi blog ini.
Terima kasih atas komen anda.