Assalamualaikum engkorang!!
ada kolam utk merebus telur, jangan berani cuba2 nak celup tangan kaki ke, melecur nanti. Kepanasan air ni mendidih macam masak air kat cerek dapur yg keluar asap tu, kalau dulu ada cerek yg keluar bunyi critttttt terjerit2 suruh tutup api, aaahh macam tu la panas didih ye. Ada brani nak celup kaki ! Ada! 😁😁
Tak bercuti sangat ponn, weekend balik rumah mak mertuaku kat Sungkai, sekali jalan bawak budak2 ni mandi kat Hot Springs Sungai Klah. Dah beratus kali mention kot rumah opah dengan Hot Spring ni sekangkang kera, around 15 minit dah sampai. pakej lengkap after puas berendam mandi kat hot spring terus shoot balik rumah melahap.
ajak opah taknak ikut, nak masak sup daging katanya. Anak cucu balik sekali sekala mesti opah nak masak sedap2.
School break yg lepas pun tak bawak budak2 ni jalan. Kitorang kalau datang sini memang gamble, bawak baju salin, takde nak berhangkut tikar ke, duit pun bawak gam2, makanan luar tak dibenarkan bawak masuk. Tapi baru2 ni pegi ramai pulak yg bawak food outside dah rupa berpicnic, bentang tikar bawah pokok sawit lagi.... tak sure boleh makanan ke tak. compius di situ!!
pernah datang sini dulu SINI.

ni harga tiket walk in. Kalau nak stay sini pun boleh ada chalet yg disediakan.. tak sure rate berapa.. silalah terjah web felda residence yer..
harga tiket masuk hot spring
Dewasa (13 years above) RM15
Kanak-kanak (4-12 tahun) RM12
Warga emas (55 years above) RM8
Operation hour 8am - 6pm
macam biasa tunggu thomas n friend datang kat bus stop
kat sini ada chalet disediakan. my friends pernah stay kat chalet dia not bad.
kami tak la check in situ, sebab buat pe nak check in berbayar kalau ada check in free, rumah MIL punya la dekat, ada hati nak check in hotel, nak jadi menantu derhaka..hahaa Kalau nak merasa bermalam di kawasan felda, yg ada pokok sawit boleh la stay kat Felda Residence Hotspring. nanti hari minggu ada pasar malam di kampung berdekatan.

yuhuuu, thomas dah datang. thomas ni akan bawak direct terus ke kolam air sejuk. Tak payah jalan kaki.
nampak sangat muka tak mandi pagi, agaknya semua yg datang ni tak mandi pagi
pagi lagi tak ramai orang
mama dengan si kecik, si kecik ni dah basah kuyup
nak selfie lagi
ada je menyelit si kenit ni, mama & abah nak selfie pun tak boleh
ya beda beduwww, dapat jugak selfies together
ada kolam utk merebus telur, jangan berani cuba2 nak celup tangan kaki ke, melecur nanti. Kepanasan air ni mendidih macam masak air kat cerek dapur yg keluar asap tu, kalau dulu ada cerek yg keluar bunyi critttttt terjerit2 suruh tutup api, aaahh macam tu la panas didih ye. Ada brani nak celup kaki ! Ada! 😁😁
stall jual eggs pun ada, 1 mangkuk RM5 ada 6 biji eggs
terapi kaki dengan kolam air panas.
lepas mandi kat air sejuk, sambung kat kolam air panas, kalau datang sini, port batu tu je la dia duduk, dah macam bertapa tunku sami, celup kaki pun idak, duduk je bersila macam patung budha haha
kat kolam air panas ni ada 3 air tempayan sejuk, main la simbah puas2 ye nak, kat rumah takde tempayan macam ni
stress je berendam kat kolam air panas, sambung balik mandi kat air sejuk, ceria balik..hahaa
tah bila nak balik budak2 ni
penutup sebelum balik, mama lanjer makan ice cream. Hitam legam budak2 ni, lupa nak pakaikan sun block, memang tak plan nak ke sini.
thomas n friend pun dah tunggu nak antar balik. udah le jom balik
Sampai rumah opah, suap nasi budak2 ni dengan sup daging yg opah masak. Sedap ye lahai opah masak. Air tangan tu yg penting, bertambah2 makan. Tambah pulak perut lapar baru berendam tadi.
Kesimpulannya, takde kesimpulannya yelah lahai, dah banyak kali datang sini, tapi perlu improvement dari segi bilik air, nak bilas badan, pusing paip takdak air. WHATTTT!! kou rasa nak keluar bekemban cari pulak shower room yg ada air, apa cerittaa nih.
Shower area yg open tu ada pulak air, takkan la mak2 yg tua bangka ni nak shower kat tempat open tu, Fina yg kecik tu pun taknak dia shower kat situ. Dah dulu ada bad experience spec pernah jatuh dalam lubang shower sini. Banyak perlu improve lagi dari segi ini demi keselesaan pengunjung.
Walaupun ada bad experience datang sini, tetap nak datang santai kat sini. Hope my next visit ada banyak improvement ya Hot Spring Sungai Klah (TRAP)
-zie-
24 Komentar untuk "Bercuti di Hot Spring Sungai Klah, Sungkai"
wow
seronoknya
Hmm saya pun dah lama tak pergi ke sini. In Sha Allah nak pegi lagi. Ada kawan sekolah yang usahakan chalet sekitar hot spring sungai klah ni.
Dulu, pergi sambil reunion sekolah isteri. Tinggal kat satu homestay ni .. best juga sbb ada sungai sendiri leh mandi2.. hehe
Seronoknya tengok anak mandi manda
comelnya thomas tu <3
kalau dapat berendam kat sini memang bestkan,lama jugak tak ke sini
bestnye mandi hotspring. hehehe....klu main air mmg xkan sdar kulit makin menggelap, main tengah panas pun tak terasa...
mahalnye telur, RM5 untuk 6 biji, huhu, tertarik dengan thomas biru, :)
Nampak best tapi kalau air shower takde kurang best didengari..
Seronoknya depa main air.. suka la anak2 kan.. alhamdulillah
budak2 ni mmg suka bab mandi berendam ni.
mesti dah banyak beza HH pergi yg dulu dgn yg sekrang kan..tak prnah stay kat homestay sebb rumah mertua dekat je.
diorang happy mak apak pun tumpang happy
sy pggil bajak je, tp bila dah di make-up, cat cantik2, jadi lawa dah mcm thomas n friend
bolh la jln2..
tu la IQ, mmg tak plan nak ke sini, segla baju swimming suite , sun block mmg tak bawk, main redah je
mahal jugak la, tempat2 macm ni mmg gitu la harganya.. kira jatuh 83sen sebiji..nak jimat bawak telur sendiri, tapi nak bungkus tang mana pulak..hahaa
tu la anis, bab shower mmg kureng kebersihan sikit, tp tempat2 mandi macam tu what we do aspect kan
alhamdulillah, seronok depa
teringin nak pergi sini. rasa mcm kena pergi jugak hujung bulan nanti ni sebelum Uwais masuk 4 tahun. kalau 4 tahun nt kena bayar jadi rugi pulak hihihi
kalau sy panggil train ja. tapi bila dah comel macam tu, panggil thomas juga :'p
haha..rasa macam ingat2 lupa kisah sunglass tu. kena ada perubahan tu, sebab berbayar kan
Sini adalah salah satu tempat yang siqah nak pergi. Tahun lepas family mentua ada pergi bercuti kat sini tapi sayangnya tak boleh cuti kerja masa tu. Huhu.
Nampak menarik tapi tue lah kalau shower tak best, jadi semak jugak kan.. sebab kita bayar.
Maaf nk tanya..tmpt ni ade hari tutup x..maybe fr selenggara
setakat ni (2019) still sama seperti rate ticket di atas
Sebarang bentuk komen yang tidak berhemah adalah tanggungjawab anda. Komen yang baik inspirasi blog ini.
Terima kasih atas komen anda.