Lifestyle | Parenting | Food Lover. Loves to bring my kiddo's to travel even though just a local trip with small budget.

Masak ayam lemak kuning cili padi, serai tak dilupakan.

Zie Azi | 3 February 2017,16:45 |
Assalamualaikum peeps!

Hari cuti yg bersambung, cuti CNY (chines new year) selang sehari sambung cuti hari Wilayah pulak, berlobang2 cuti. Keje di KL menetap di Selangor, so jadik la KLONG kawasan. Bila k.long kawasan cuti, keje ye duduk di dapur tak duduk diam, asyik masak je la.

Hari cuti masak sedap sikit untuk abah, memang favorite masak ayam lemak kuning cili padi. Hari tu masak telur itik masak lemak kuning, serai terlupa masuk. Kali ini serai tak dilupakan, rasa lain bila serai takde. Serai ni yg buat naik seri masakan, naik bau, naik selera untuk makan.

Walaupun kadang2 serai ni selalu jadi bahan lawak. Dah kosong periuk tinggal la serai terkontang kanting dalam tu, kang adalah hamba Allah ni, letak 'peha ayam' dalam pinggan, tapi bukan peha ayam, SERAIIIII hokey !!

Masak ayam lemak kuning cili padi

Masak ayam lemak kuning cili padi
here serai...titik2 je

Masak ayam lemak kuning cili padi
nak resepi KLIK SINI, step yg sama, cuma beza ayam dengan telur itik

Masak ayam lemak kuning cili padi
menu petang masak jemput-jemput ikan bilis cicah kuah lemak kuning cili padi tadi. HASILNYA memang urmmm lah.

Februari is coming, cepat masa berlalu. Perkara yg makin jauh dengan kita adalah 'masa silam', perkara yg makin dekat dengan kita adalah 'kematian', remind untuk diri sendiri. Sunat bagi kita mengingati mati.



-zie-
Tag : Resepi
13 Komen untuk "Masak ayam lemak kuning cili padi, serai tak dilupakan."

Uishh sedapnya jemput2 cicah dengan kuah masak lemak cili api 😋😋 Siqah suka serai dalam masakan. Lain rasanya :)

Huiiiii...part last sekali cicah cekodok tu x bleh tahan wooo...rasa nak buat je

Masak lemak cili padi tu favourite saya tapi tak boleh makan selalu nanti sakit jantung..

zie akk pun fav sgt2 makan kodok dgn lomak ciliapi...
kadang2 isi dah abis licin,import bawa balik kuah kosong..
nak buat cicah cekodok. kalau kari, kita buat lempeng.
nomnom.wajaq la..dah la x bfast lagi ni...

tu la ari tu terlupa letak serai, sedap2 memang sedap tapi mcm ada kurang sesuatu

buat la, nti zie nak rasa hahah

mkn berlemak ni tak boleh selalu, tapi tu yg sedap ngeh2

kannn, kak sha..
sanggup tak buang kuah walupun isi ellek, kuah tu yg sedap boleh cicah mcm2,

Bila ingat mati ingat dosa2 yang tak mintak ampun lagi..jom ramai2 ingat mengingati sama2 dapat pahala..

Salam perkenalan.. blogwalking & done follow blog ini. :)

Sedapnya tu .. hmmm tetiba rasa nak masak benda ni esok .. hehehe

Dah baca - Kerja Dari Rumah Dengan iLancee di HASRULHASSAN.COM

serai ni sebenarnya penyedap masakan...tapi kesian habis kuah serai dibuang..eh. Hehe

erk, otai komen blog sy..tocey

Sebarang bentuk komen yang tidak berhemah adalah tanggungjawab anda. Komen yang baik inspirasi blog ini.

Terima kasih atas komen anda.

Back To Top