Lovely handmade craft by tangan kreatif Ecah | Aku kenal Ecah dari start zaman study lagi. 1st semester duduk hostel. pernah tido sebantal, makan sepinggan, mandi sebasah eh!! dah kenape nak mandi sebasah bahahahaa sengal!! takde la sampai ke situ, means kami rapat.
Pastu, next semester kena halau duduk luar, bagi can budak2 junior duduk kat hostel. terpaksa la kami yg senior ni cari rumah sewa kat luar. duduk rumah sewa pun, 1 bilik jugak dengan Ecah, di mana ada Suzie di situ ada Ecah, macam belangkas. Satu kelebihan Ecah ni, dia suka benda yg kecik2, macam gunting kertas, benda yg halus2. origami yg bentuk naga la, kotak la dia boleh buat seh!! kalau tengok nota study dia boleh buat buku skrap. tajuk besar wana merah. tajuk kecil warna kuning, isi kandungan wana biru. tulisan cantik, kemas cakap ni pun muntah, perfect di mata aku. Senang citer pass exam terus dapat 4.00 plat. itu belum masuk nota toyol lagi, tulisan halus kecik2 mcm type pakai komputer. Jangan bandingkan dengan nota aku, dah macam belacan tumbok, asal tulis sudehhhhh!!
korang tengok ni, pencil gift sempena birthday party. elok je owl tu duduk melekat. dapat kat tangan ecah memang superb la. kalau kat tangan aku memang tak jadi pe.. aku baring je kat lantai tengok2 dah berbuih kena sawan bahahaaa
Aku pun tak tahu apa nama minatang, quilling kertas, kertas boleh di gulung-gulung jadi turtle. WOW terkesima kejap, syabas batteyyy.
Book Mark pun Ecah boleh buat, ni order from penulis novelis Uji Norizqi - Oops ! Suami Aku Bukan Duda
Weeding Book pun Ecah boleh buat, macam2 design yg ecah boleh buat. Cakap je la nak tema macam mana, confirm hasilnya out of box.
Special card, birthday card, gift card sebijik macam kat kedai pun Ecah boleh buat. Kalau kita give orang dengan handmade card yg special yg kou sorang je ada, limited edition, lagi more to appreacite kan..
Book mark tag. Sesuai sangat kalau untuk sempena sambutan hari guru ke, nurses day, apa2 untuk event pun boleh, baby shower, birthday party, tanda penghargaan untuk tetamu.
Goodies bag untuk birthday party, celah jari Ecah je la tu. Cakap je nak tema apa, pap impian jadi kenyataan, seriusly !!
Kalau korang malas nak buat benda remeh temeh yg cucuk kat kek, tempah je la dengan Ecah. Hasil kerja yg halus dan kemas, Ecah ni ada satu peel, kalau dia tak puas hati, tak cantik ke, sanggup dia buang, dan buat baru, walaupun dah half way tau.
Dorgift untuk majlis cukur jambul pun Ecah boleh buat, cookies pun dia pandai buat tau. Cakap je la nak cookies apa, cookies lidah kucing ke, lidah buaya ke. InsyaAllah boleh di runding. Jangan pulak mintak yg pelik2 nak cookies lidah kucing yg ada ekor, itu lebih baik letak kucing hidup sekor 🐱🐱..hahaa
Inilah peralatan yg Ecah guna, banyak gila kou, tong ini untuk magic pen, tong ini water color, tong ni gunting, gunting bukan sejenis, berjenis2, kalau orang memang dah minat, segala jenis tok nenek pen pun ada. Memang Ecah jiwa seni.
Inilah work station Ecah bekerja, dia memang ada bilik khas untuk bertapa mencari fresh idea, sorang pun jangan kacau. kalau tidak akan jadi seperti ini.
AFTER
v
v
v
v
v
v
v
v
v
After berdiskusi, hair dryer pun duduk atas meja. kou ghase orang seni memang macam ni ye
ok SEKIAN
ok SEKIAN
Kalau korang nak buat tempahan Guestbook, Gift Card, Goodies bag, Bookmark tag, Weeding book, Hamper boleh contact Ecah. Pickup point kat Klang, area Damansara pun boleh. Harga bergantung kepada design dan meterial yg di tempah sebab handmade bukan mudah nak keluarkan idea sedebuk jadi unik dan cantik. Kalau setakat benda yg ringan tu perkhidmatan pos disediakan. Kalau buat hamper takkan nak pos kan. Cakap je la dapat dari blog Miss Suzie, pandai2 la Ecah adjust harga.
Boleh contact Ecah di :👇👇👇
call/wassap : 012-221 2289
FACEBOOK PAGE - Lovely Handmade Craft
INSTAGRAM - lovelyhandmadecraft
EMAIL - lovelyhandmadecraft@
Tag :
Gaya Hidup
3 Komentar untuk "Lovely handmade craft by tangan kreatif Ecah"
wah...power betul cik Ecah.Memang cantik-cantik!thanks share. jeles betul orang talented macam ni..al-maklumlah geng nota macam belacan tumbok. Haha
seppp sikit, tak rajin nak buat mcm ni..
Ya Allah cantiknyaaaaa. serius memang cantik sgt ni. orang yang sabar je boleh buat benda kecik2 kreatif ni haaaa
Sebarang bentuk komen yang tidak berhemah adalah tanggungjawab anda. Komen yang baik inspirasi blog ini.
Terima kasih atas komen anda.