Assalamualaikum
Kita throwback Friday je la lunch hour pergi mana. Kalau ikutkan malas Isnin memang tak update lagi citer ni, tapi panas pulak jiran sebelah dah update, terus gigil2 laju menaip tangan i. 😊😊
Kebetulan memang ada benda nak cari kat Sunway Putra Mall, tapi mula2 mesti ibu hayam mesti bawak anak2 hayam pi makan dulu. Makan kat Penang Road Famous Teochew Chendul, bukan kat Penang tau, kat Sunway Putra je. Tiap kali keluar, tugas menteri pelancongan, menteri kewangan mesti di sandang oleh kak sha. Setakat ni, memang takde orang yg layak pegang jawatan tu. Kak Sha sorang jeee yg layak, lepas order segala resit makan kitorang serahkan kat kak sha untuk total up, lepas tu baru buat kira2 sorang bayar berapa, itu biasaaaaaa. 😆😆, sampai bila2 pun jawatan tu tetap kak sha pegang. Kalau kontrak pun sambung 2 tahun, bolehhhh hahah
cantik deko kat sini. Bukan makan kat sini, lalu je.
us!! happy face with menteri kewangan *ngegeee
Kiri : kak sha, nana nurgaya, Sarina, miss Suzie
Kiri : kak sha, nana nurgaya, Sarina, miss Suzie
Teochew Chendul, lepas makan lurus bendul 😝😝
Penang Curry Noodle RM12.65 include air ice lemon.
Selesai je makan, terserempak dengan Chumilcahaya Bulan (tudung ijo) wife officemate Nik. Riuh sekampong macam gempita dengan suara mak cik ni, satu kedai pandang ingat retis mana datang. Very nice person, ramah, siap suruh selfie lagi.
Agenda utama nak beli inilah, frame gambar. Adalah projek yg nak di buatnya.
Tunggu ape projek DIY miss Suzie nak buat, tak rajin nak buat lagi. Tunggu mood rajin datang, mood mana kou!!
-gee-
10 Komentar untuk "Makan kat Penang Road Famous Teochew Chendul "
terus macam terliur tengok penang curry noodles tu
Sedap makan cendol.(^_^)
hehe, best tu! IQ dah dua kali ke sunway putra, first time makan nasi ayam penyet, kali kedua makan makanan korea, bulgogi. tak sempat nak review...hehe..
terasa kari kat lidah..huhuh
gaji bila nak bayar?? hahahaha.
EFT je terus k! :p
cenduol tu cendolllllllll.. feveret!
tak sabar nak baca apa cik suzie nak buat. wahai mood, pergilah jau ke cik suzie. heee
Alamak.. terpikat dengan decoration dia.. cantik amat..
ingatkan makan sampai ke penang tadi. kot kot sambung holiday ke hihihi. tapi memang syok kalau jjcm dengan kawan yang sekepala. dapat yang cuma tgu orang bayo kan je memang sesak nafas dibuatnya huuuuu
ingat sungguh la gi Penang..aduh, tercabar jugak selera tengok gambar makanan ni..haha.
Sebarang bentuk komen yang tidak berhemah adalah tanggungjawab anda. Komen yang baik inspirasi blog ini.
Terima kasih atas komen anda.