Lifestyle | Parenting | Food Lover. Loves to bring my kiddo's to travel even though just a local trip with small budget.

Mee celup Kelantan mengimbau memori

Zie Azi | 15 February 2017,09:30 |
Asssalamualaikum

Pernah dengar tak mee celup kelantan. Tak pasti negeri Kelantan je ke ada mee celup ni. Tiba2 en.somi call

somi : 'ma, nak tak kuey teow celup'
bini : blur.... 'kuey teow celup? apa tu?  tak pernah dengar pun'
somi : sengal, alaaa yg kita selalu makan kat Kelantan dulu'
bini : ooooo mee celup kelantan
somi : oooo yela kita makan dulu mee celup, tapi kuey teow celup pun sedap gak, nak tak?
bini : nak laaaaa

Bila balik je terus aku amik kat tangan somi, masuk dalam mangkuk besar makan berdua kat dapur. Anak2 humbankan bukak cerita kartun, dua2 duduk depan tv layan kartun. Ada la masa mama & abah dia berdating kejapppppppp. Dating dalam rumah hokey, janji berkualiti..cia..cia..

*perbualan laki bini...
U...ececeee manja sangat ni, panggil i u. gaummm 🐯🐯 (Sambil makan) ingat tak masa kita study dulu kita selalu lepak kedai mee celup ni kat Ketereh. eeeehh pe tak ingat ye, ingat la. i bawak motor i, u bawak u, tak main la nonggek atas moto u, i pandai bawak motor laaaa. eleeeh eksen, masa tu u jual mahal..eh mesti la, orang cantik mesti tunjuk mahal...hahaha

Lepas tu, mulalah bukak cerita mengarut-garut, masuk bab aku jatuh moto la, naik moto berdua dengan kawan rumah sewa. Masa study pernah jatuh motor, parut pun still ada sampai sekarang. Masa jatuh moto baru balik dari kedai beli barang, bertaburan barang atas jalan, masa tu jalan kampung je pun, korang tau barang pe yg bertaburan tu, pisau cukur! (shaver)😆😆 cuba bayangkan pompuan beli pisau cukur untuk pe, dah jatuh moto boleh pulak mamat tepi jalan gelakkan kitrang jatuh, bukan nak tolong, bongok's!!

Kebetulan, esok ye cuti semester seminggu. Kami yg student2 ni balik kampung halaman masing2 duduk rumah seminggu pakai baju lengan panjang, pagi petang siang malam, pakai baju lengan panjang sepanjang hari, nak sorok luka yg jatuh moto tadi nihhhhhh. Kalau abah mak nampak mau bising. Takmo diorang riso, selagi boleh simpan, kita simpan la. kan, kan, kan. tapi sebenarnya TAKOTTTTTT..!! hehhe..

Mee celup Kelantan

yg en.somi order ni kuey teow celup, beli kat area Petaling Jaya. Sedap jugoppppp weh. Rasa pedas, masam2 jeruk. Cili dia pakai cili kering, di kisar halus2 sampai jadi serbuk, makan takde la tersedek 'dek' lepas tu letak kacang hancur, ada fish ball, daging hiris, kangkung, lobak jeruk..perhhhhh memang sedap. Jarang kan makan sup letak kangkung, tapi kuey teow celup letak kangkung. Bermula makan kuey teow celup ni la tercetus memori study di Kelantan.

Tak lama tu, budak2 dah kerumun mama & abah kat dapur. OK.STOP.HERE.OUR.DATING !!

Mee celup Kelantan
aerkkkk (sendawa) habis laki bini makan berdua in one bowl... cuweet gitu macam gula2 kapas.

Kalau tanya pasal resepi masak mee celup ni, tidak la teman tahu. DAN taknak amik tahu pun..kah2 kah. Beli je senang..


-zie-
Tag : Food
7 Komen untuk "Mee celup Kelantan mengimbau memori "

Wahhh sampai licin habis ya mesti sedap sangat tu! pernah makan mee celup tapi yang orang thailand buat sedap juga hehe.

Feveret kak ana ni Zie :)

org thai buat lg sedap, pior mee celup..taip ni pun dah kecur air liyo

uiii, sama la kak ana, favorite zie jugak

perghh, teringat mee champa dekat terengganu

Assalamualaikum Suzie,

Mesti sedap new celup Kelantan, kalau tidak nape habis licin kannn..

Cuba bgtau area mana kat PJ boleh rasa mee celup Kelantan.. Gigih sis akan cari.. Sis ni hantu mee berkuah.. Hurrrmmm terliur tengok..

ececeh...terkenang zaman muda nampak.hehe. la ni pun muda lagi sebenarnya.

Sebarang bentuk komen yang tidak berhemah adalah tanggungjawab anda. Komen yang baik inspirasi blog ini.

Terima kasih atas komen anda.

Back To Top