Lifestyle | Parenting | Food Lover. Loves to bring my kiddo's to travel even though just a local trip with small budget.

Char kuey teow asap bus, Jalan Laksamana Batu Caves

Suzie Zie | 17 February 2017,13:40 |
Mesti korang tertanya-tnya Char kuey teow asap bus tu pe menda laaa? 

Kuey teow masak pakai asap bus ke haper? Ape menda la megarut-garut ni, actually bus lama dijadikan gerai untuk masak char keuy teow, asap tu datang dari kuey teow yg di masak tu bau-bau asap yg sedap, bukan bau asap ekzos kereta yg tunkik tu, bukan, bukan. Lebih kurang macam restoran bus yg kat Pantai Klebang, Melaka tu la. Bus lama di jadikan kedai makan, memang rare la kan. Dari bus yg terbiar tak boleh on the road, better di gunakan untuk benda lain, senang pun senang tak payah nak pacak tiang khemah gerai, kalau DBKL datang pun takkan nak hangkut bus masuk dalam lori, tak  muat der!! 

senang citer kalau DBKL datang konon2 tengah bawak bus. 'saya tengah bawak bus, encikkkk, tak nampak kerrr? eha ha ha

Menu yg simple, char keuy teow dan nasi goreng. Bukak pada waktu malam je. Kadang2 malam macam ni orang bukan nak makan berat2 pun, nak yg simple tapi kenyang. plus yg SEDAP..
 
Char kuey teow asap bus, Jalan Laksamana Batu Caves
char kuey teow bus yang rare.

Char kuey teow asap bus, Jalan Laksamana Batu Caves
Nak order jerit je kat bawah, jangan pergi order ketuk kat tingkap driver bus, tak dapat der

Char kuey teow asap bus, Jalan Laksamana Batu Caves
tukang masak ada dua orang, muda2 lagi. Pandai budak2 muda berniaga. 

Char kuey teow asap bus, Jalan Laksamana Batu Caves
Char kuey teow asap RM5.00, hasil mencandat jumpalah 4 ekor udang dalam ni.

Char kuey teow asap bus, Jalan Laksamana Batu Caves
nasi goreng asap RM5.00

Nak makan situ pun boleh, ada meja makan disediakan. Masa pergi hari tu, budak2 tido pulak, so tapau je la makan kat rumah. Tapau pun sedap, sama je rasanya.

Location:
Tak tahu nak describe tempat kat mana. waze je char kue teow Jalan Laksamana Batu Caves. Kalau jumpa Alhamdulillah, kalau tak jumpa jangan kecam hakak. Mungkin time tu bus masuk puspakom, kah2 kah2

Berdekatan dengan gerai jus mangga susu dengan burger ayam special. Tak jauh dah tu. Area pinggiran Batu Caves.

-zie-
Tag : Food
12 Komen untuk "Char kuey teow asap bus, Jalan Laksamana Batu Caves"

Wahhhh menariknya konsep restoran macamni. dah macam food truck but at another level haha.

Terliur, tergugat nafsu makan hahah

wahhh..ini selalu nampak..lalu sini hari2..tak sempat memyinggah sebab laik keje..memang nampak selalu ramai..nampak sedap n murah..

hehe erfikir ni..cik blogger ntah2 kita tinggal dekat2..hahaha

haha..nak meniaga sekarang kena kreatif. macam2 cara. tapi baguslah anak muda ada inisiatif sendiri

yeke, pm tepi mana tahu kita stay berdekatan kan..

skrg kena kreatif, semua benda mahal kena cari benda yg org tak buat lagi, baru ada potencial untung

boleh di upgrade lagi jadi another lavel yg bagus..

Sebarang bentuk komen yang tidak berhemah adalah tanggungjawab anda. Komen yang baik inspirasi blog ini.

Terima kasih atas komen anda.

Back To Top