Sandwich telur yang sangat mudah



Hari ni cerita bab makan je,

Pagi hari minggu kadang2 pening jugak nak buat breakfast apa. Kadang2 resepi simple pun kita google, dari google tu la dapat idea nak masak apa. Saje je google nak tengok orang lain masak macam mana.baru la confident sikit hahah..


Nah, nak tunjuk buat sandwich telur yg sangat mudah dan sedap. Tanpa pak salad, tanpa pak tomat (tomato). Bukan anti vegeterian, sebenarnya telur je yg ada kat rumah ni..hahha Roti pun nak expired pada hari yg sama, petang sikit expired la, so kita mensandwich pagi !!

Sandwich telur yang sangat mudah
sandwich telur tanpa sayur..kah2 kah 

Sandwich telur yang sangat mudah
senang je buatnya, rebus telur dalam 4 biji, kemudian hancur2 kan dengan sudu garfu, kenapa garfu? sebab kalau pakai spoon masa nak penyek tolo, kang melantun2 tolo kita, pakai garfu cocok je, hancur2 kan dengan ganazzzz. Kemudian, perasakan dengan garam, mayonis, dan sedikit lada hitam. Sebelum tu, roti sapu dengan planta. Nak sedap lagi, boleh letak salad & tomato. Itu saje, senang.

Sandwich telur yang sangat mudah
nasi goreng kampung berapi.

Tak kenyang perut makan roti je pagi, walau macam mana pun mesti nak yg heavy. Masak nasi goreng kampung berapi telinga. Amikkk kou podeh meleleh hingus hidung 👃👃, podeh2 pun sodap. Lagi podeh lagi nak tambah. Nak resepi? kalau masak nasi goreng pun tak tahu, bukak kitab balik. Ni lah masakan yg palinggggg simple, main campak2 je.

Sekian, cerita bab makan. Sila jangan ngences !!


-zie-
Tag : Resipi
7 Komentar untuk "Sandwich telur yang sangat mudah"

Pergh!! Suka buat yang senang2 nie.. nanti boleh Sha cuba lak..

Hehe. Samalah kita. Dah tahu masak tapi masih nak google cari resepi. Mana tahu ada resepi lagi menarik kan. Kalau siqah pak salad dan pak tomato memang tak letak lah. Telur semata. Hihi.

Nasi goreng sedap! Ahhh suka sangat nasi goreng cili api :D

ye betul..kalau boleh pagi tu terus nak ambil bfast yang heavy dan paling senang adalah nasi goreng..

simple tapi sedap. mahu 5 keping ngap.huhuhu

lapor..terus rasa nak order nasi goreng kampung satu!

kannnn. kalau nak buat bekpes selalu hilang idea. sudah2 nya ajak tok laki start keta makan roti canai. hahahahaha. tapi sandwich tu Nampak sedap. nasi goreng kalau goreng dengan rencah kita buat memang sedap. kalau pakai serbuk perasa kurang kick sikit

Sebarang bentuk komen yang tidak berhemah adalah tanggungjawab anda. Komen yang baik inspirasi blog ini.

Terima kasih atas komen anda.

Back To Top