Lifestyle | Parenting | Food Lover. Loves to bring my kiddo's to travel even though just a local trip with small budget.

Asam pedas Melaka asli

Zie Azi | 18 November 2016,14:22 |

Resepi asam pedas Melaka ni dah banyak kali aku try, test, cuba macam nak bagi jadi masak asam pedas. Kadang2 bahan, cara semua dah sama, tapi air tangan tu yang buat rasa lain. Juri tukang rasa of coz la en.somi, banyak pulak komen ye. Kejap kang kurang masam la, kurang pekat la, kuah cair la..eeee tumbok kang, dah la tertonggeng2 masak asam pedas ni. Tapi aku tetap tak putus asa cuba lagi, cuba dan cuba lagi.Sampai la menjadi sebijik macam asam pedas Melaka DAN akhirnya menjadiiiiii..hahaha PRACTICE MAKE PERFECT Resepi ni aku dapat dari mak cik aku yg memang asal orang negeri semilan, tapi tinggal menetap dah berpuloh2 tahun di Melaka. Alahh negeri sembilan dengan Melaka bukan jauh benor, sempadan batu je.

En.somi cakap 'lepas ni mama boleh la bukak kedai asam pedas'
aku cakap tak hingin, masak satu menu pun penat macam berlari marathon.

Apa beza asam pedas Melaka, Johor, Kedah?   Bezanya asam pedas Melaka kaya dengan penggunaan rempah ratus. Ikan apa yg sesuai untuk masak asam pedas? Mak cik aku cakap guna ikan apa2 pun boleh, tapi kalau boleh guna ikan yg banyak isi. Tenggiri, ikan merah, ikan pari, ikan kembung, ikan parang pun boleh, semua sedap. 

resepi asam pedas melaka
 mengancam tak asam pedas hakak !

 resepi asam pedas melaka
haaa ..kou satu kuali aku masak, yg tak percaya ye boleh habis laki bini bedal.

RESEPI ASAM PEDAS MELAKA

Bahan-bahannya : 
4 potong ikan - ikan yg aku guna ikan kembung
10 batang bendi muda
sebiji tomata
daun kesom
bunga kantan (kalau ada, takde - abaikan)
1 batang serai, diketuk
1 senduk cili kisar
1 camca pes asam jawa
garam
kiub perasa (jika perlu)
Air

Bahan kisar
6 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci kunyit hidup
1/2 inci halia
sedikit jintan kasar
sedikit jintan halus
secubit belacan, dibakar

Cara masak:
Panaskan minyak, masukkan serai dititik, tumis semua bahan kisar sehingga naik bau. Masukkan cili kisar, masak sehingga pecah minyak. Gunakan api sederhana dan kacau selalu.

Tambah pes asam jawa, kacau dan tuangkan air secukupnya. Dah mendidih masukkan ikan, daun kesom, bunga kantan dan bendi. Kacau perlahan supaya ikan tidak hancur, perasakan dengan garam. Masak sehingga bendi lembut, masukkan tomata dan masak sekejap. Kemudian, rasa. Kalau ok boleh dihidangkan dengan nasi panas.

Ok, siap !!




Tag : Resepi
15 Komen untuk "Asam pedas Melaka asli"

Nampak sedap. Kita tak reti masak asam pedas jugak. Kekeke...mmg kadang2 kalau laki tegur lebih2 kita sentap..haha..

sedapnyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

tau takpe, terus takde mood nak masak lg..
tak sedap cakp la sedap, ambik hati kita nih hahahaa

alolo..lap ayor liyo tu..

Kalau kakak dapat kacang bendi dan kuah dia pun dah puas:)

Allahuakbar menelan air liur je la jawabnya

Amboi terliur Lya tengok asam pedas tu. kena cuba ni..

sama la kak, letak bendi bnyk pun takpe..

alolo, telan ayo liyo je

Perghhh Zie. Nampak pekat! Bak mai pos sini sikit. ;p

Sebarang bentuk komen yang tidak berhemah adalah tanggungjawab anda. Komen yang baik inspirasi blog ini.

Terima kasih atas komen anda.

Back To Top