Resepi ayam masak kurma tanpa santan, sedap weh !!



Resepi ayam masak kurma

Kadang2 pening kepala sampai takde idea nak masak pe, Petang balik kerja dapat idea nak masak ayam masak kurma, pergi kedai runcit kat area rumah cari bahan untuk masak ayam kurma, semua bahan ada kecuali santan & kentang, alamakkk santan habissss!! Tapi takpe, takde santan kita tukar dengan tomato, tomato ni yg buat kuah jadi pekat. Tapi jangan letak pak tomat banyak2 kang termasam pulak ayam kurma kita kan. Kat kedai mamak tu, diorang masak kurma, kari ke, bukan guna santan pon, guna pok tomat je, elok je sedap, sampai menjilat jari.


Paling penting dalam bahan tumisan, kayu manis, bunga lawang mesti ada kalau tidak, tak jadi kurma. Jadi tukuk2 taik unta ☺☺ hahah. Nak letak buah pelaga pun boleh, tapi aku tak letak, sebab nanti makan tergigit spoil..hahah

Terpulang la resepi sape kan, mana yang tak suka tak payah letak, kita yang masak ikut citarasa masing-masing, yang nak makan kita jugak..*ngegeee 

Resepi ayam masak kurma
 bahan-bahan : kayu manis, buah lawang, bawang, cili merah, tomato, serbuk kurma (aku pakai serbuk kurma babas)

Resepi ayam masak kurma
 mula2, tumis dulu bahan tumisan, dah naik bau, masukkan serbuk kurma yg sudah dibancuh, kemudian masukkan bawang, ayam (ayam aku rebus dulu, supaya tak masak lama), air rebusan ayam jangan di buang, boleh masukkan dalam masak kurma, kalau nak kuah lebih boleh letak air rebusan tadi banyak sikit.

Resepi ayam masak kurma
 akhir sekali, perasakan dengan garam, ok done siap untuk dimakan.

masak kacang buncis
lawankan dengan sayur buncis telur hancur, memang sedap.

Sendiri masak, sendiri puji, hahha

Kebetulan, malam tu adik yg duduk Subang datang rumah, hidangkan masak kurma ni, dia cakap sedap ye, macam kat kedai mamak, beli kat mamak ke haper

eh, suka2 je claim beli kat kedai mamak, penat menumis tadi pun tak hilang lagi. 

tu je nak sembang hari ni, sembang bab makan di hari Isnin, korang takde idea nak masak pe, boleh la masak ayam kurma yang sangatttt simple!!




-zie-
Tag : Resipi
8 Komentar untuk " Resepi ayam masak kurma tanpa santan, sedap weh !!"

kat rumah ada jugak pes kurma..tapi asyik tak jadi buat sebab xde santan..so balik ni kita buat jugak lah...hehe

Kakak pun selalu juga buat kurma tak letak santan Zie
kacang boncis tumis kakak suka:)

eda jemput zie dtg rumah, dgn tiba2 jadik msak kurma eda..hahah

akk mask lagi win, tgn mak2 yg masak memg torbaikkkk..hihii

Wahhh kurma tanpa santan ek. Siqah tak pernah lagi masak kurma camni. Kalau kari, sekarang dah tak suka letak santan. Boleh cuba resepi ni nanti. Tq sharing :)

adik-beradik kalau memuji, akan selit perli-perli sikit.sebab kalau puji ikhlas pun kita akan kata "perli ke?". hahaha..biasalah tu

Tq sharing... Blh masak utk berbuka nanti...

First time nia masak tanpa santan.. Sedap nya. Tq kak sharing...

Sebarang bentuk komen yang tidak berhemah adalah tanggungjawab anda. Komen yang baik inspirasi blog ini.

Terima kasih atas komen anda.

Back To Top