Botol susu jenama MAM murah di LAZADA



Assalamualaikum

Pagi2 dah terjah Lazada, sekali tengok ada Premium Baby Fair. Bab ini aku suka. Bukan aku sorang je suka , korang pun sama kan, termasuk la mommy kat luar tu. Barang anak kena dahulukan, maklumlah anak kecik2 lagi. Pampes, susu, kena cukup. Lagi2 bab bottle feeding. Botol susu kena tukar 6 bulan sekali. Agak2 botol susu ok tak retak, tak kuning berlumut aku lajakkan pakai sampai ke setahun.hahah Tapi tak bagus ya, elok tukar botol selepas penggunaan 6 bulan ke atas. 

Anak pun selesa menyusu dengan botol susu baru. Perut anak selesa mak pun happy 

Kalau anak korang selesa dengan penggunaan botol susu jenama MAM, Lazada ada buat baby fair dari 23-26 Februari 2017.  Ada banyak lagi promosi lain, seperti diapers, car seats, toys, baby carriage.


Botol susu jenama MAM murah di LAZADA
Link - MAM baby bottle Twin Pack
Jimat beli twin pack, satu botol jatuh lebih kurang dalam RM30

Botol susu jenama MAM murah di LAZADA Link - MAM baby bottle Jungle Blue
Kalau bayar pakai kad kredit HSBC dapat lagi diskaun 5%, kiralah sendiri total berapa

Botol susu jenama MAM murah di LAZADA
Link - MAM anti colic bottle 160ml Twin pack

Kalau korang ada anak yg baru nak mula untuk menyusu botol, better try dengan Jenama MAM. Peralihan dari breasfeeding ke botol susu bukan mudah untuk di terima oleh bayi. Tapi dengan puting MAM teets ortodontik bertekstur lembut dan di bentuk untuk meniru payudara ibu membuat peralihan antara payudara dan botol dengan mudah dan lancar. Bentuk botol pulak, mudah untuk di pegang oleh bayi dan ibu/bapa.



6 Komentar untuk "Botol susu jenama MAM murah di LAZADA "

Kakak ni dah tak ada baby kadang kalau lalu tengok botol cantik beli lepas tu bagi kat anak org. Suka tengok yg comel/cantik kan.. nak tunggu cucu lama lagi Zie hihi...

Bila la PC nak ada baby ni..suka tengok benda2 mcm ni..kalau belanja mesti singgah kat baeang2 baby...macam terapi...xpe..PC boleh bagitahu adik ipar dgn biras..mereka tgh tggu hari nak bersalin..

jom tambah follower dengan join segmen ni http://shahirahsarmy.blogspot.my/2017/02/segmen-follow-me-februari-2017-my-first.html

Aqlan pakai tommee teppee. Nak tukar lain puting spare ada lagi.

Lazada, kalau pandai cari barang kat situ, memang boleh dapat murah sangat.

botol mam ni comel tapi anak2 reject. depa lagi selesa pakai tomee tippee huuuu. jenis anak saya pulak bila kita tukar dari botol lama ke btol baru payah betoi nak suruh dia pakai botol baru. jenuh kena pujuk kena drama dulu hukhukhuk

Sebarang bentuk komen yang tidak berhemah adalah tanggungjawab anda. Komen yang baik inspirasi blog ini.

Terima kasih atas komen anda.

Back To Top