Lifestyle | Parenting | Food Lover. Loves to bring my kiddo's to travel even though just a local trip with small budget.

Resepi home made Shell out yang sedap.

Zie Azi | 10 April 2017,11:03 |
Assalamualaikum semua!!

Korang pernah makan shell out tak?

Tak kira la makan kat kedai ke atau home made shell out. Weekend kumpul adik beradik ramai2 buat lunch menu special sikit. Kalau makan kat kedai portion seafood dia macam kedekut sikit kan. Kuah pun bajet2 letak.. Home made shell out ni hambek selambak seafood, kuah pun boleh tambah banyak kali, tak cukup siap hangkut kuali tonggeng atas meja. Ini kos dalam RM200 untuk 8-10 orang makan, Puas giler makan berebut2 boleh ulang sampai bawak ke malam. Kalau makan kat kedai tak dapat weh RM200 so better masak sendiri. Habis je baca doa makan, apa lagi semua serbu, dari kaki kat bawah, terus bersila, naik kaki kat atas, hidung pulak gatal mintak tolong orang sebelah garukan, tangan bersilang2 sebok nak menyeberang jiran sebelah walaupun sendiri punya depan mata. Best woooo makan berebut2.

Resepi home made Shell out yang sedap.
 mama dengan Fina sebok selfie, dengar nak selfie je mama terus capai hijab, dalam gambar mesti nak comei walaupun peluh keti masam memasak tadi.

Resepi home made Shell out yang sedap.
 buat cantik2 macam kat restaurant 5 bintang

Resepi home made Shell out yang sedap.
 half way home made shell out pak Din clan

Resepi home made Shell out yang sedap.

Resepi home made Shell out yang sedap.

Resepi home made Shell out yang sedap.
abah punya letak special sikit, nasi letak dalam pinggan. Abah cakap pinggan punya la banyak nak jugak makan alas plastik, baik alas dengan daun pisang macam mamak tu..hehee Abah nenggokkan je kitorang makan macam tak puas hati, tak berkenan betol makan takde pinggan! ngeh2 ngeh2..😝😝 Ikan tu special untuk orang yg allergic seafood, tapiiii seafood berlambak depan mata, bantai labu allergic tak allergic, lepas tu hambekkkk gatal satu muka, mendapat la injection piriton kat vontot. ehahaa

Resepi home made Shell out yang sedap.

Nah!! nak share resepi Shell out yang sangat sedap. Resepi ni dari Wanie tapi dia ubah sikit2 ikut citarasa kitorang. Ada orang rebus seafood dulu, last baru masak kuah, tapi dapat rasa sejenis kuah je la. Kitrong nak makan sedap sikit buat 3 perasa, Ketam masak kari bercili, sotong & udang masak butter milk, retak seribu masak tom yam paprik & kupang kari bercili Nak makan sedap keje kena lebih sikit arrrr, jangan malas nak menumis, mula2 masak udang & sotong butter milk, Buat asing2, udang & sotong tak boleh bersahabat baik dalam kuali, sebab nak mengekalan citarasa asli udang & sotong better masak asing.

Bahan-bahan (8-10 orang makan)
Seafood
Ketam
Retak seribu/lala
Kupang
Udang 
Sotong
* Kuantiti seafood ikut suka korang nak banyak mana, semua beli dalam 1kg, cukup gam2 untuk 8-10 orang makan, itu pun makan tak habis. Boleh bawak ke dinner lagi.

Sayur-sayuran
Brokoli
Lobak / kubis / kentang
Jagung
* semua rebus (letak secubit garam & minyak olive oil sikit)

Bahan kisar
Cili kering (rebus & blender letak minyak sikit)

Bahan: udang & sotong masak butter milk
Bawang holand (potong dadu)
Bawang putih (hiris halus)
Susu cair
buttercup
lada sulah
garam 
bahan perasa
*tambahan : cili potong (siap masak boleh tabur atas)
Cara masak: Masukkan buttercup, tambah minyak sikit, tumis bawang holand & bawang putih, sambil kacau masukkan susu cair, masukkan udang, perasakan dengan garam, bahan perasa & sedikit lada sulah. Masak seketika. Siap 
*masak asing udang / sotong

Bahan: retak seribu masak tom yam paprik
bawang holand (potong dadu)
bawang putih (hiris halus)
cili kisar
kuib tom yam
daun limau purut
garam 
sedikit air
bahan perasa / sos tiram
Cara masak: Panaskan minyak, tumis bawang holand & bawang putih, dah naik bau masukkan cili kisar, masukkan kuib tom yam, daun limau purut. Masak seketika sehingga cili masak. Masukkan retak seribu / kupang. tambah air sedikit, perasakan dengan garam / sos tiram. Masak seketika. Siap. 
*nak rebus retak seribu/kupang dulu pun boleh, kuah siram kemudian. Nak masak asing2 pun boleh, ini terpulang, ikut citarasa masing2.

Bahan: ketam masak kari bercili
bawang holand (potong dadu)
bawang putih (hiris halus)
serbuk kari 
daun kari
cili kisar
halia (hiris)
garam 
sedikit air
bahan perasa / sos tiram
Cara masak: Panaskan minyak, tumis bawang holand & bawang putih, halia, daun kari, dah naik bau letak cili kisar, masukkan serbuk kari, tambah air sedikit, masukkan ketam, perasakan dengan garam / sos tiram. Tunggu masak seketika. Siap. 

Note:
- Cara masak yg lebih kurang sama untuk ke tiga-tiga perasa, cuma perbezaan pengunaan bahan.
- Bawang holand & bawang putih di potong dadu, buat portion yg banyak sebab nak menumis banyak kali.

Resepi home made Shell out yang sedap.
udang & sotong butter milk

Resepi home made Shell out yang sedap.
retak seribu tom yam paprik
pssst : kuali bawu, tu bersemangat tumis banyak kali, beli kat Sogo, Tefal lagi..hahaa

Cara menghidang:
Letak shell out ni atas plastik. Kami guna plastik, bawak tu alas dengan kertas majong. Sebab nanti dah habis makan terus derap bungkus masuk dalam tong sampah. Kulit2 seafood tadi pun senang buang, jimat masa & tenaga. Tak payah basuh pinggan. Mula2 susun sotong, udang, retak seribu, kupang, ketam buat sebelah2. Tabur sayur rebusan, letak hirisan lemon, last sekali siram kuah. yumeyyyyy sedappp !! ohhh jagung jangan di lupa, susun dekat dengan nasi. Ada lebih letak je la kut mana sukaaaaa...

Resepi home made Shell out yang sedap.
 air ni bukan air oren tau, air jus mangga, home made jus mangga, ni adik laki yg buat. Dia tingin nak minum jus mangga, apa lagi dia sendiri yg blender. Sedap sangat, buah mangga terasa ketul2 manis buah.😋😋

Resepi home made Shell out yang sedap.

Resepi home made Shell out yang sedap.
ok. sekian. Takde satu pun minatang yg tinggal. Hanya kulit seafood yg membukit. Lawan, bukit sape yg paling tinggi, siap kaut orang sebelah punya nak menang punya pasfalll.hahaa Kalau menang pun dapat apa? nahhh dapat kulit shell out 😆😆😆

Kalau nak jimat dan murah, bahan memasak boleh la beli kat pasar borong. Wani, a.a & adik pagi2 dah memborong minatang ni semua kat pasar borong Selayang. Sampai rumah je semua bersilat kat dapur siang itu ini, buat keje ramai2 sekejap je dah siap. Next, boleh la buat lagi yeyyyyyy.

Minatang yg menjadi pojaan hati hakak, pemenangnya ialah RETAK SERIBU!! walaupun isi dalam secoeet, tapi puas hati makan boleh tambah banyak kali. Itu je.

Selamat ber shell out semuaaaaaa!!


psst: cara memasak kupang masak kari bercili boleh tengok video kat insta suzie_khai


-zie-
26 Komen untuk "Resepi home made Shell out yang sedap."

Ya Allah sedapnyeeeee, semalam dah alert dkat insta tapi tahan je nak komen..hahah! sedapnya makan ramai2, memang meriah habis ni!!

memang kalau dapat bahan masak yang segar dan murah lagi la puas hati~ heee

laaaa, nape tak komen semalam, kalau tak boleh jemput dtg umah, duduk semeja makan ramai2..hahah

Huargh sedapnya!!! Siap 3 menu tu, rajin betul.. XD

shellout kat rumah memang ummmppp,,makan sampai mendak
JanjiKita

lagi best sebenonya buat kat rumah..kalau ramai-ramai jadi je kan..hadoii..terus terliur lagi

Sedapnyaa shell out ni kalau makan reramai, meriah suasana 😍😍

Thank you share resepi tu sis.. Nanti boleh cuba

Ooooohhhh sedapnya nampak!!! Delish!

Matjo belum ada peluang lagi nak makan shell out tapi kali ini unik sedikit, ada ikan, :)

Assalamualaikum zie...
Salam kenal...
Waduh waduh sedapnya...
Bilalah nak Ber shell out ni huhu

Assalamualaikum zie...
Salam kenal...
Waduh waduh sedapnya...
Bilalah nak Ber shell out ni huhu

Bajet 200 haaaaaaaaaaa penuhhh semeja siap leh ulang alik makan sampai ke malam...ini betul2 jimat...tang abah tu biasa mmg org2 tua berusia dia nak cara dia...bagus hormati dia...kalau julia suka pilih buffet utk mkn banyak...cara masak sendiri mmg win!

Pencerahan. Alas dgn kertas manjong atau kertas MAJONG?

Pencerahan. Alas dgn kertas manjong atau kertas MAJONG?

hahaa, manjong tu kat PERAK ye dak!!

Sebarang bentuk komen yang tidak berhemah adalah tanggungjawab anda. Komen yang baik inspirasi blog ini.

Terima kasih atas komen anda.

kuali baru, tu yg rajin terlebih..hahaa

mkn sampi terbuntang kenyang..hihii

eda, jom challange home made shell out jugak

mkn rami2 cepat habisnya, tak sedap pun jadi sedap hihi

yup liz, tp u lg terror kan..hehee

tq, matjo..ikan tu utk org yg allergic seafood, tp yg allergic pun bantai seafood acanerr..hahaa

salam kenal jugak kak..

tak berkenan betol abah makan alas plastik, utk abah bagi special sikit, walupun kdg2 mata jeling2 tgok anak2 makan selekeh..haha

Woww menjillar jari kalau mcm ni

Trs bookmark resepi ni! Dh lama nj bershellout kt rmh..tp x sempat2 lg..

Sebarang bentuk komen yang tidak berhemah adalah tanggungjawab anda. Komen yang baik inspirasi blog ini.

Terima kasih atas komen anda.

Back To Top