Tanda-tanda sebelum kita meninggal dunia





100 hari sebelum kematian 
Ini adalah tanda pertama dari Allah kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya. Walau bagaimanapun semua orang islam akan mendapat tanda ini cuma sama ada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini berlaku lazimnya selepas waktu asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil.

40 hari sebelum kematian
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu asar. Bahagian pusat kita akan bendenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arasy Allah. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikut kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih akan merasakan seakan-akan bingung seketika.

7 hari sebelum kematian 
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang yang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

3 hari sebelum kematian
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu di antara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit, hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu di mana bahagian hujungnya beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

1 hari sebelum kematian
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat menemui watu Asar ke esokkan harinya.

Hari kematian
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula 

#sumberFB


Pengalaman semasa arwah mak sebelum 'pergi', 7 hari sebelum kematian, arwah mak dari tak berselera makan, tiba-tiba berselera nak makan, time tu aku masak bubur untuk mak. Habis bubur 1 mangkuk mak makan. Lepas tu, time tu mak boleh cakap lagi, mak bagi tahu lidah dia bergetar-getar, dia tanya 'kenapa ye'. 3 hari sebelum mak meninggal, yg aku perasan mata hitam mak tak bersinar, macam layu je bila kita pandang, hidung pun masuk ke dalam, senang nak faham macam menyek la. Tapi masa itu kita tak perasan, yg aku tahu mak akan sembuh. 1 hari sebelum mak 'pergi', ada ustaz yg kenal call en.somi bagi tahu suruh baca surah al-mulk bisik kat telinga mak talkin & banyakkan sebut khalimah syahadah, dalam kata lain 'masa mak dah sampai'.

mak pun pergi dengan mudah & tenang, Allah permudahkan segala urusan jenazah. Aku selalu ingat 'mak' sentiasa ada kat sisi aku, cuma tak nampak, aku selalu sedekahkan al-fatihah & yassin untuk mak, hanya itu yg dapat kita sampaikan.

Kalau tanya setiap orang, semua orang taknak mati. Kalau Allah bukak 'pintu syurga' dan 'pintu neraka' takkan ada sorang manusia pun yg buat jahat, semua nak kejar nikmat syurga. 

Tapi Allah menyedarkan kita bahawa kehidupan di dunia ini hanyalah sementara, kehidupan di akhirat adalah lebih baik & abadi. Soal syurga dan neraka tak boleh di fikir dengan akal fikiran, tapi dengan iman.

Tanda-tanda sebelum meninggal ini tak semua Allah bagi tanda kecuali dengan izinNya.

walahuáklam


5 Komentar untuk "Tanda-tanda sebelum kita meninggal dunia"

Allahu.perkongsian yang baik di hari jumaat...

banyak kali jugak saya tengok tu..orang yang sakit tiba-tiba nampak macam nak sembuh, boleh bercakap, makan pun berselera.mungkin Allah bagi kita peluang terakhir nak spend time dengan dia. Wallahu'alam

Semoga kematian kita biarlah dalam khusnul khotimah
Sebab yg pasti kita semua akan mati.

Terima kasih atas perkongsian awak yang memperingatkan kita semua tentang kematian..
Al-Fatihah untuk arwah mak awak...

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ
الْحَمْدُ للّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
الرَّحْمـنِ الرَّحِيمِ
مَـالِكِ يَوْمِ الدِّينِ
إِيَّاك نَعْبُدُ وإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ
اهدِنَــــا الصِّرَاطَ المُستَقِيمَ
صِرَاطَ الَّذِينَ أَنعَمتَ عَلَيهِمْ غَيرِ المَغضُوبِ عَلَيهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ
آمِيّنْ

Assalamualaikum Suzie,

Al-Fatihah untuk arwah mak Suzie.. Sedih , takut, sayu baca post Suzie tapi menginsafkan.. Teringat hari terakhir jumpa abg masa dia mkn malam, dia x byk bercakap.. Petang esok dia meninggal sbb kemalangan..:'(

Semoga masa kita juga nnti dipermudahkan, in shaa Allah..

Sebarang bentuk komen yang tidak berhemah adalah tanggungjawab anda. Komen yang baik inspirasi blog ini.

Terima kasih atas komen anda.

Back To Top