Hari ke-dua takde aktiviti sangat, memang saja datang untuk relax. Tengok view laut.
Bawak anak2 santai, lepas breakfast, duduk kat kerusi sambil tengok diorang mandi kolam. Walaupun tak selalu dapat cuti bersama, sekali sekala dapat spend time macam ni, kitorang akan gunakan sepenuhnya. Bukan orang senang nak cuti banyak kali, kos berdua tak sama dgn kos berempat, of course meningkat. Kalau datang berdua, fikir perut sendiri, ni kena fikir perut si kecik lagi. Berhabis duit untuk bercuti tengok muka diorang happy dah cukup puassssssssss. Biasanya, aku akan booking awal, 3@6 bulan awal, kalau pergi masa terdekat mahalllllll.
Apa diorang nak, layankan. Nak apa, fishing, mandi kolam, cycling, nak main layang2. Bantai layankan, masa diorang kecik. Dah besar train cara lain pulak.
Dah biasa bangun awal pagi, saja tengok view pagi kat Avani Sepang ni.
Subhanallah cantikkkkkkk nya sunset pagi, dengar deruan ombak. Ni air laut tengah pasang, pukul 1pm air laut surut.
klik for view
Bangun pagi terkezut tengok air laut pasang, rasa teruja & takut pun hader, tak pernah2 bangun pagi tiba2 ada kat tengah laut, selalu kat darat je... tapi believe me memang bestttttttttt, satu pengalaman yg menarik, view sunset pagi yg cantik, dengar bunyi ombak, bunyi burung berkicauan...aaaaaa damainya.
Fina bangun pagi macam pelik, burung tu bertenggek kat beranda, tak pernah tengok burung bertenggek, selalu kat langit je bahaha
Breakfast area dekat dgn pool site, senang nak monitor diorang mandi pool, kejap2 kang datang makan. Aku pun duduk situ boleh tambah banyak kali bahaha
seronok korang erk. Kawan gaduh. Kawan baik
anak saya, sorang laki, sorang perempuan, not ready to tambah hahaa
ada saje anak dara ni, tak boleh mama & abah selpiak. Kalau nampak aku tala camera, laju2 dia duduk tengah
princess mama, si dagu runcing
budak2 tengah mandi pool, aku naik beskal jalan2 kat Avani, semua dahan pokok aku round, penat hokeyyyy,
after check-out terus ke pantai Bagan Lalang, diorang nak main layang-layang. Angin pantai kuat sangat, tak panas, redup2 panas laaaaa. Puas la budak2 main layang2, main pasir, makan ice cream.
Tengah kalut2 nak makan ice cream tak perasan layang2 tersangkut kat pokok, yg bagi sangkut tu aku laaaa, terus cakap kat laki 'layang2 sangkut kat pokok' muka selamber duduk makan ice cream dgn anak, kejam...tah macam mana tiba2 layang2 tu boleh lepas balik...yeyyyyy i know my man, sebab tu aku buat bodo je bila layang2 sangkut, sebab i know he can handle it bahahaa
bye2 Avani Sepang, will come again.
Bercuti dekat2 pun seronok, sekali sekala nak jugak bercuti kat overci, entah bila tuuuuuuu.
inshaAllah next boleh plan yg lain pulak.
-zie-
25 Komentar untuk "Sunset di Avani Sepang & main layang-layang"
zie..tgk air pasang naik..mcm dah nak sama paras bilik?? biar betikkk?? sereeeemm neh!!
tu pashallll, ksha..bngun pagi air laut pasang, betul2 atas laut..rasa takutttt pun hader, selalu main air celup2 kaki kat bibir laut..ni betul2 ada kat tengah hahah
wow bestnyaaaaaaaaaaaaaa
Seronok tgk gambar2 zie dkt IG. Bila lah nak ke sini. Dok usher je dekat agoda tp tak pergi2 lagi. Hehe
Wah menarik ye avani ni... Tapi tu la duit tabung tak cukup2 lagi ni hikhik
Banyakkan menabung untuk percutian lebih awesome.tapi aku menabung nak beli mesin jahit jek..bab lain mintak laki tabungkan. Kekeke.
Assalamualaikum wrmbth
Bagus juga idea sis ni. Tempat maznee pun tak jauh dari sepang
Satu jalan nak balik kampung pulak tu
Boleh singgah bermalam sehari kat sini
teringin nak bercuti macam ni...tapi xkuasa nak pergi dengan anak je buat masa sekarang...huuuu
Lwanya sunset kt avani sepang...syokkkk layan bau laut...rasa nak pi bercuti plak tgk dear bercuti...tp sekarang dah musim bz plak huwaaaaaaaa
heheee
ana pun apa kurangnya, post gmbar yg sedap2..antar le sini sikit hahaha
hahah akk ni..
boleh la tempah baju kat ang..hehhe
bole..bole..saje nak tukar angin kan
anak nak membesar tu..dia lagi suka playground kan...nmpk laut nak terjun pulak kang
i know..i know..dah akhir tahun mesti busy..sini pun dah macam lipas kudung kerja..
bestnya bangun2 pagi tengok air pasang..dapat release stress kan
tak pernah lagik stay kat sini.. nampak cam best dan tenang jer...
Wahhh bestnya....tang tiba tiba bangun air pasang tu saya teruja...hihi
Saya dah menginap kat situ. Hari2 saya kayuh basikal. tak naik buggy pun.
Breakfast kat situ kira ok jugak.
bestnya bercuti di tepi pantai.
Cantiknya pemandangan sunset. Breakfast pun nampak sedap
baca entry ni mengingatkan irda bulan 8 ni irda sepatutnya ada percutian percuma di avani,tapi irda lupa mana tah letak coucher tu.hahahaha.aduiii bestnya dapat pergi ,nak jugak lah stay sini..lagipun tak jauh sangat dari sepang.Insyaallah ada rezeki dapatlah stay kat sana one day.
nice photo dear
menarik sini. tapi tu la, aida lom gi lg.
baca aje entri org pasal sini.
seronok...
luas pemandangan lautan.
Sebarang bentuk komen yang tidak berhemah adalah tanggungjawab anda. Komen yang baik inspirasi blog ini.
Terima kasih atas komen anda.