Lifestyle | Parenting | Food Lover. Loves to bring my kiddo's to travel even though just a local trip with small budget.

Udang butterMilk Shell Out

Zie Azi | 14 April 2017,11:12 |
Salam jumaat barakah, rise & shine peeps!!

Dah ada yg remind jangan lupa share resepi udang butter milk masak shell out hari tu. Kalau ada yg remind pun aku buat2 lupa hahaa. alaaaa simple je masak udang butter milk, yg buat sedap udang mesti fresh, kalau bahan semua cukup rasa, semua cantik dah, udang tak fresh potong stim nak makan. Udang tu gaya mutu keunggulan hahaa. Nak full resepi boleh tengok home made Shell Out, sebijik macam kat restoran lima bintang. Kali ini cuba masak udang dengan taste yg berbeza, alik-alik udang masak sambal, udang butter prawn, udang masak lemak kuning, cuba masak kelainan dari masak pedas je. Jom tengok senang ke tak nak buat udang butter milk.

Udang butterMilk Shell Out

Bahan: 
Udang segar, butter, susu cair, tepung jagung, garam, lada sulah, daun kari, serbuk kari, bawang holand (potong dadu) bawang putih (potong dadu), cili padi (hiris halus)

Udang butterMilk Shell Out
gorengkan udang separa masak

Udang butterMilk Shell Out
cairkan butter, cukup sekadar cairkan, kalau takut hangus letak minyak sikiittttt je supaya tak kering

Udang butterMilk Shell Out

Cara masak : 
Gaulkan udang dengan garam & serbuk kari, gorengkan udang separuh masak, angkat & asingkan.

Cairkan butter, cukup sekadar cairkan, jangan lama sangat nanti hangus. Masukkan bawang holand, bawang putih, cili potong dan daun kari. Masak kekuningan sehingga naik bau. Masukkan susu cair, kacau sehingga mendidih, letak cheese sekeping, taknak letak cheese pun takpe. Masukkan bancuhan tepung jagung, pantau kepekatan kuah nak tahap mana. Perasakan dengan secubit garam & lada sulah. Last, masukkan udang separuh masak tadi. Masak sekejap, dahhhhh siap.

itu saja, senang sangat la lahai.

Selamat mencuba!!




-zie-
Tag : Resepi
12 Komen untuk "Udang butterMilk Shell Out"

will try bebeh! nnt i eksen kat u kalau jadi. kalau tak jadi, anggap je i tak pernah try pun.mana ada? mana ada? gittew.ahhahaha

try, try cayummm, dah masak wajib bawak opis nak kasi juri rasa, mestiiiiii! hahaa

tapi nampak resepi lobster butter, yg ni udang pula. makin terliur lah nampaknya. mana nak cari dekat sini. huhuhu

sedap tu Azie :) yummyy

Sedapnyaaaa!!! ni buat terliur ni hehe.

Laaa senang je nk buat tp udang mahal skrg huhhu

Nyummmm..sdpnya..mmg feberetlah udg butter ni

Senang je nak membuatnya ye, tapi hasil gempak tu :p

Bolehlah akak try lepas ni...

udang buttermilk ni sama kan resipi macam chicken butter?

WOW.. sedapnye.. boleh cuba nie..

Sebarang bentuk komen yang tidak berhemah adalah tanggungjawab anda. Komen yang baik inspirasi blog ini.

Terima kasih atas komen anda.

Back To Top