#MyTravelokaEscapade | Merealisasikan impian bercuti ke Tokyo



Assalamualaikum uolls !


melancong ke jepun

#MyTravelokaEscapade | Merealisasikan impian bercuti ke Tokyo, Japan. OMG! OMG! Subhanallah melawat ke negara Jepun always on top of my travel list. My dream, my soul, 'my' apa lagi. Type ni pun dah bergetar tulang rusuk, ini baru taip ingin melancong ke Tokyo, belum dapat pergi lagi. Pernah dengar tak Traveloka? website yang merancang percutian dengan membuat tempahan tiket dan hotel online dengan menggunakan aplikasi traveloka.com.my Semua orang impikan percutian yang percuma, jangan risau Traveloka nak taja percutian idaman bersama #MyTravelokaEscapade dengan membuat 10 destinasi pilihan bercuti samada ke El Nino, Hong Kong, Langkawi, Bali, London, Tokyo, Nepal, Sabah, Melbourne dan South Korea. Mana tahu impian Jepun Mari ingin bercuti ke Tokyo akan di realisasikan oleh Traveloka.

https://blog.traveloka.com/en/online-contest/

Dengan trademark 'you need a holiday lah!' traveloka membuat contest free trip to your dream destination, yang ada blog boleh join. Bagi yang takde blog pun boleh join melalui Facebook. Klik banner untuk maklumat selanjutnya.

Kenapa Tokyo menjadi pilihan?

melancong ke jepun

1. BUDAYA DAN CARA HIDUP ORANG JEPUN
Orang jepun sangat hormat sesama mereka dan berbudi bahasa. Satu dunia tahu rakyat jepun terkenal dengan sopan santun, sangat beradab dan mematuhi peraturan.Kalau terlanggar bahu, mintak maaf tunduk-tunduk. Kat mana-mana tempat ada rules. Contoh ; Kalau naik escalator semua orang akan beratur ke satu side, memberi laluan kepada yang orang yang nak cepat. Lelaki yang hensem macho pun beratur kalau nak naik train, tak de nak tolak-tolak.

melancong ke jepun

2. NEGARA YANG BERSIH
Tahap kebersihan bandar Tokyo sangat dipuji, siap boleh baring guling-guling kat atas jalan raya. Bayangkan air sungainya bersih sampai boleh basuh muka. Kalau cerita bab tandas, sangat bersih, canggih dan elektronik. Itu yang buat aku teruja ingin ke sana ingin melihat sendiri kebersihan Tokyo. Orang jepun juga tidak buang sampah merata-rata, diorang simpan simpan sampah dalam beg dah sampai rumah baru buang sampah. Orang Jepun semua bekerja, takde duduk lepak tepi jalan.

melancong ke jepun
bullet train Japan

3. SISTEM PENGANGKUTAN YANG SANGAT CANGGIH
Kebanyakkan semua tempat-tempat pelancongan boleh di lawati dengan menggunakan train. Tahap kecekapan sistem train di jepun memang canggih dan on time, jarang di lihat delay. Sekiranya train di jangka datang pukul 11.00 pagi, memang ontime 11.00 pagi. Bukan 11.02 atau sebaliknya.

melancong ke jepun

4. HUNTING HALAL FOOD
Makanan jepun terkenal dengan makanan yang separa masak. Halal food hunting. Tetapi ada menu makanan Jepun yang patut di cuba. seperti sushi, okonomiyaki, mochi, kanidouraku (yang ini dapat dari kak Filla) nampak sedap sangat ketam yang di makan tu. I should try when i was there.

Tempat yang wajib di lawati di Osaka, Kyoto & Kobe

1. Osaka Castle 

osaka castle 
Ingin melihat sendiri keunikan seni bina Istana ni. Lain negara lain seni binanya. Setiap negara ada keunikan tersendiri yang membuat pelancong tertawan.

 2. Hitachi Seaside Park, Hitachinaka

gunung fuji
Shinjuku gyoen national garden

gunung fuji
Gunung Fuji tertinggi dan mercu kebanggaan Jepun, permandangan semulajadi yang tidak tergambar. Kat sinilah yang paling nak pergi sekali, wauuu best ye kalau dapat guling-guling kat taman bunga sambil campak topi macam konvo 'mak abah i'm here'


3. Arashiyama Bamboo Grove, Kyoto

arashiyama bamboo  
Kat Malaysia takde taman Bamboo ni, ada pun time raya buat lemang hik hik. yang penting nak masuk Taman Arashiyama ni free, jalan la sepuasnya sampai lenguh kaki.

4. Kinkaku-Ji Temple atau Golden Tample 

kinkaku-ji
credit melancongkejepun.com

Tempat yang mesti di lawati bagi beradab dunia dan peminat sejarah macam aku ni. Taman ini ditetapkan sebagai tapak bersejarah negara khas. Kinkaku-Ji tample ni merupakan anjungan bewarna emas di Kyoto, iaitu sebuah kuil kecil dibaluti dengan daun emas tulen dan ditempatkan di sebuah taman Jepun yang agung. Emas kou, kalau nak kokak pun tak boleh, patah gigi. Permandangan bertambah cantik bila bersalji, nampak seperti cermin di tasik tu.

5. Universal Studio japan

universal studio japan
Seperti berada di alam fantasi, mesti ternganga sini ternganga sana macam jakun.

6. Kobe Mosque 

kobe mosque
Masjid ini terletak di kawasan perlancongan yang paling terkenal di Kobe yang mempunyai banyak banggunan gaya barat lama. Masjid pertama di Jepun dan ia terus berfungsi sebagai masjid sehingga hari ini.. Best ye kalau dapat buat solat sunat di masjid ini.

https://blog.traveloka.com/en/online-contest/
klik banner

Menjejakkan kaki ke negara matahari terbit merupakan satu impian yang sangat bemakna. Aku selalu sebelum tido akan berangan akan sampai situ, sampai sana, tup2 atas atas katil je. Tapi mana tahu dengan angan-angan menjadi kenyataan. Kalau korang nak cuba contest ini, jom la meramaikan jemaah dengan #MyTravelokaEscapade 





-zie-
Tag : Traveloka
15 Komentar untuk "#MyTravelokaEscapade | Merealisasikan impian bercuti ke Tokyo"

Negara Jepun memang salah satu destinasi pilihan saya, Insha Allah, kaki nie pasti akan jejak ke sana.. =)

JEPUN MARI!! MOGA IMPIAN TERCAPAI :) ALL THE BEST

good luck! finally ada gak orang share link..blog lain tak tunjuk pun. Kalau pemurah n tak kedekut berkongsi mesti murah rezeki..

Teringat entry Jepun tak berupdate..hehe

lg bnyak in, lg bnyk nk dikongsi, mn tahu bolh pergi sama2 haha

haaaa baru nak tnya, bila nak sambung entry?

Jepun semestinya salah satu destinasi pilihan siqah juga. Cantik sangat semua tempat :)

ramainya yang nak gi Tokyo.. :-)

akak, u salah seorang winner utk 21st tu..

cer check.. saya terbaca di blog kak el tadi.. ada nama akak :)
tahniah and good luck

yeke..terima kasih akk tak perasan..tq qaseh

wahhhhh zie menang ke tokyo kan alhamdulilah...seronoknya...cantik betul bumi tokyo

belom lg juju, ada rezeki ada la hihi

Sebarang bentuk komen yang tidak berhemah adalah tanggungjawab anda. Komen yang baik inspirasi blog ini.

Terima kasih atas komen anda.

Back To Top