Survey tempat nak buat family day




Sekarang ni aku tengah busy survey tempat nak buat family day. Planing nak buat family day pada April 2017 #misiApril2017 tapi dari sekarang tengah survey tempat nak buat kat mana. Bermula la lantik ahli jawatan kuasa, pengerusi, bendahari, AJK makan, AJK aktiviti, AJK penginapan semuanya terdiri daripada ahli keluarga sendiri. 

Kalau tak puas hati pun itu mak cik aku, itu atok aku, kah2 kah2 Setakat ni semua ok, berjalan dengan smooth. Hormati org tua, pandangan org muda di ambik kira.. gituuuu !! Bukan senang nak kumpulkan semua family dalam satu masa. Satu kapal nak turun ni, lebih kurang 80 orang termasuk anak, cucu, cicit dan bakal menantu lagi. Kalau tak buat macam ni, generasi akan datang tak kenal sedara. Jalan2 kat pasar berlaga bahu pun tak kenal, padahal tu pak cik, mak cik kou tuh. Elok sangat dengan ada ye family day macam ni dapat eratkan lagi sirraturahim sesama kita kan.

Ada beberapa tempat yg di listkan untuk buat family day ni. Antara ye agoda.com :
1. Kelumpang Resort - Hulu Selangor
2. Cameron Highland - Pahang
3. Rumah peranginan persekutuan - Port Dickson
4. Bukit Gambang Water park - Kuantan
5. Cowboy Town A'Famosa Resort - Melaka
6. Lost World of Tambun - Ipoh

1. Kelumpang - Hulu Selangor
tempat mcm ni tak sesuai nak bawak baby kecik, sebab dikelilingi hutan.

2. Cameron Highland - Pahang 
Misi utama adalah 'eratkan sirraturahim' kalau pergi cameron dapat jalan2 lawat ladang teh, bila masa ye nak berkumpul ramai2 atleast ada satu program kerakyatan macam sukaneka ke, itu mak cik aku cakap. ikut kan aje..

3. Bukit Gambang Water Park - Kuantan
bila di kira kos makan, penginapan, masuk water park, kos perjalanan agak mahal, pengerusi pun tak setuju. Tau tak sape pengerusi family day kitorang, NENEK aku kah2 kah2.. org tua nak pergi tempat macam tu memang tak la..hahaha

4. Cowboy Town A'Famosa Resort - Melaka
uihhh urut dada kalau tengok pakej & harga dia. Bajet tak cukup. Kalau pergi sendiri dgn anak beranak ok kut. Kalau big family mcm ni, susah sikit la. 

5. Lost World of Tambun - Ipoh 
Kebanyakkan family tinggal di area KL. geng2 surau taknak jalan jauh sangat. ok. Noktah

6. Port Dickson (Di pilih) pam param pam2
Akhirnya rumah peranginan persekutuan Port Dickson jugak jadi pilihan hati. Rumah peranginan persekutuan ni hanya untuk kakitangan kerajaan sahaja yg boleh mohon, baik kita gunakan kelebihan yg ada untuk jimat kos. Penginapan murah sebab dalam family ramai org gomen, cikgu ada, jururawat ada, TUDM ada, farmasi ada, JTMP (juru teknologi makmal perubatan), bidan sambut baby (nurse) pun ada. ok complete org sepital dalam ni. 

rumah peranginan persekutuan port dickson

Part aku bahagian booking tempat penginapan, part aku dah settle. Ambil apartment 3 bilik RM150 per night. eeeee boleh sangat la. Sekarang ni kalau nak booking rumah peranginan kerajaan hanya sorang staff satu unit je dibenarkan, dulu kalau tak silap boleh booking lebih dari satu. Cara ye, aku daftarkan nama semua mak nenek yg keje gomen, sorang satu apartment. Completeeeeee... Boleh masuk sini kalau nak booking Rumah peranginan persekutuan

Aktiviti apa yg boleh buat kat Port Dickon ?

PD je kot, bukan oversea. Aktiviti family day tak planing nak buat apa, sukan pantai, BBQ, program malam tu wajib ada la. Nanti ada la game sikit, lepas tu sambut birthday ramai2, dapat bayang kan kecoh ribut taufan ye mcm mana nanti.

puteri beach resort port dickson 
Pool puteri beach resort, tanjung Rhu PD. Kat sini la rumah peranginan persekutuan PD. Ada gelongsor slide lagi, gila kentang !!

pantai puteri beach resort port dickson 
budak2 kalau nampak pool ni, suka bebenor.

pantai puteri beach resort port dickson
 Ada private beach, kalau nak mandi tak pasti air bersih ke kotor

pantai port dickson
banyak aktiviti boleh buat kat beach ni. Nanti mungkin ada sukan antara family.

Aktiviti lawatan :
1. Rumah hantu
3. Rumah terbalik Upside Down Art gallery 

rumah terbalik upside down port dickson
Rumah terbalik PD

Alamat : Jalan Coral Walk Batu 9, Jalan pantai port dickson (berhampiran dengan ostric farm dan politeknik port dickson) Waza je senang.

Tiket masuk : 
Mykad
Dewasa RM 15
Kanak-kanak RM 10 (bawah 12 tahun)

Tanpa Mykad
Dewasa RM 20
kanak-kanak RM 15

Waktu operasi :
Isnin - Ahad 10 pagi-9 malam

Tempat makan pulak :
1. Nasi kukus ayam cowbay place
2. Kings cha kuew teow
3. Ghodang kopitiam - asam pedas & masak lemak cili api negeri semilan
4. Restoran seri mesra ikan bakar  

Boleh tengok tempat makan di PORT DICKSON pilihan JJCM tv3

Sekian, itu saje anak buah mu ini melaporkan tempat nak buat family day. Semoga berjalan dengan lancar seperti yang di rancang #misiApril2017..amin





-zie-

Tag : Port Dickson
10 Komentar untuk "Survey tempat nak buat family day"

mana nak cari blogger gigih mcmni?? tak pergi lagi dah up review! siap bagi info! gud2.. hahahahha.. syabbas betteh bahiyahhh...

wbah..wbah hahaha.dah tu makcik2 dlm family ni rmi.nti asyik tnya mkan kat mn, duduk kat mn, nah dah siap tiggal bagi diorang baca je..

presiden kelab tu yg tak tayan..NENEK! hahaha..gelak sbb kenal dah nenek hang..rock!!! "sapa?kawan?ahh lantak kau lah"..hahah dia lantakkan je i ni??kalau dia tau, i yg jadi warda..mesti dia nyesal. hahhha

rare tak, nenek yg jd pengerusi..tak buat apa pun yg buat keje anak cucu laaaa

Cik Suzie sila makan makanan laut sedap kat Pasir Panjang.

Ikut pengalaman kita Cowboy tu biasa2 je...pergilah cendol kedai kaler hijau tu..laksa dia sedap wehs

pernah jugk dulu mkn kat cowboy tu, rs biasa2 je tempat la mcm koboi mcm meja, takla deko lawa2..

boleh try mkn nti tempat yg anis suggest tu..

bestnya..
guna aje keistimewaan yg ada. x guna time tu bila lagi kan. hihihi

ppstt: tenkiu ye...
alhamdulillah operate dh berjaya dijalankan tp masih di icu

kena plan untuk famili day jugak nih..bila fikir ramai nye spupu sepapat cucu cicit sume, sis punye suggestion mcm menarik.
nice,,tqq

Sebarang bentuk komen yang tidak berhemah adalah tanggungjawab anda. Komen yang baik inspirasi blog ini.

Terima kasih atas komen anda.

Back To Top