Restoran Manbai ikan bakar, Subang 2



Restoran Manbai ikan bakar, Subang 2 pernah masuk JJCM TV3. Bila sampai sana muka manbai pun aku tak kenal. Amir cakap alaa manbai penyanyi, lagu manbai yg popular 'kau ilham ku' tu. auuww lagu tu feberet, lagu tahu muka tak cam. Adik aku yg suggest tempat ini, kalau tidak nak celebrate birthday Fina kat sini. Tapi hari tu tak jadi. Adik aku cakap yg bakar ikan tu la man Bai, ho aloh, tu ke man Bai. Ke kou tipu aku !! siap kou bah.. Malam tu reserved table untuk 10 orang

Apa yg best kat sini?
Confirm la ikan bakar, dah terang2 banner tulis IKAN BAKAR. Bukan ikan je ada, sotong bakar, udang bakar, kerang bakar, kambing bakar pun ada. Pelbagai jenis ikan ada, siakap, terubuk, eerrr lagi tak ingat.

Restoran Manbai ikan bakar, Subang 2
 plat JJCM

Restoran Manbai ikan bakar, Subang 2
manbai ikan bakar.

Restoran Manbai ikan bakar, Subang 2
ikan bakar siakap

Restoran Manbai ikan bakar, Subang 2 
 bakar macam ni, bakar pakai arang. Lepas tu letak atas daun pisang untuk mengekalkan rasa ikan

Restoran Manbai ikan bakar, Subang 2
 love my familia, undostrey arey2..muah. 
 Complete cukup anak mak, cuma menantu mak rose & wani takder. Sorang shif malam, sorang keje.

Restoran Manbai ikan bakar, Subang 2
 ikan  terubuk bakar
Bila nak dihidangkan kepada pelanggan, atas ikan bakar tu di siram dengan pes sambal bercili. delicous!! Memang sedap la, tak pedas sangat, ada rasa masam2 manis. Malam tu kitorang order 3 ekor ikan siakap, sekor terubuk, kerang bakar, sotong bakar. Lepas tu, adek aku tambah lagi sekor ikan siakap untuk ratah lauk. Cara makan ikan bakar memang kena ratah cicah dengan cili potong baru ada urhmmm.

Harga berapa?
Alamak tanya harga pulak, nanti i check balik dengan cik bos, yg bayar bukan i, big bos bayar. Nanti i update balik key.

Restoran Manbai ikan bakar, Subang 2
 ikan siakap yg terlentang 

Restoran Manbai ikan bakar, Subang 2
 sotong bakar. errmm rasa ok. Aku lagi prefer ikan.

Restoran Manbai ikan bakar, Subang 2
 ada dua cicah, cili kicap dengan sambal asam jawa, sambal asam jawa dia macam manis sikit, aku suka yg pedas

Restoran Manbai ikan bakar, Subang 2
 serve with kuah kari, kuah je. Ikan semua bakar, elok la jugak ada kuah kari. Makan kering tak kesiour teman nak telan nasi tak berkuah. Aku mintak sup, kedai yg masakan panas tutup pulak.

Ingat tak muka manbai macam mana, ok lanjer sikit, nah
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
steady brader..

 Restoran Manbai ikan bakar, Subang 2 
sekian, saya bakaq ikan je. kah kah, jangan marah daaa


Manbai Ikan bakar 
40150 Subang
Tel : 019 4652424


Tak tahu nak describe tempat kat mana, alaaa waze je, confirm jumpa punya.

Kesimpulan : bagi aku ok sangat kalau nak bawak family gathering kat sini, tempat pun luas, parking banyak (kalau hujan becak sikit la) makanan more kepada bakar2. Banyak pilihan ikan bakar, sotong bakar, udang bakar, kambing bakar pun ada. Geng2 moto besar pun kadang2 lepak sini.

Tu je nak cite. ok bai




psstttt
*kah kah 👅👅 sebenarnya bukan manbai, ramai jugak yg komen pasal manbai. Nama sama, orang tak sama. Nak tahu muka manbai penyanyi tu macam mana, google je la senang, muncul la kang



-zie-

Tag : Food
24 Komentar untuk "Restoran Manbai ikan bakar, Subang 2"

Eh Man Bai ke tu. Bukan man bai penyanyi tu kan? Ikan bakar tu buat SA rasa nak pi cari sekarang je

lain macam muka manbai tu.(^_^).cuba cek google.

ala..tak sama ngan mambai pun..hehehe..tapi cute..ok..man bai letak tepi sebab nampak ikan tu lebih menyelerakan..

Kalau makan dgn keluarga macam ini sah-sah sambil makan cerita panjang tak sudah kan Zie. Seronok kakak tengok. Manbai yg untung sebab yg dtg makan ramai duit pun masyuk!

Man bai penyanyi ke tu.. lain muka... kecur tengok semua lauk pauk....

bkn artis ke ni?? telan air liur tgk ikan bakar:'(

ni bukan penyanyi man bai tu derrrr... aceerrr try google.. adeih..

haa, bleh msuk list untuk visit. mkn tmpt same boring gakkan.

bukan manbai, ikan bakar sedap, cicah asam dia macam manis sikit.

ikan tu lg mengancam dr manbai, pes sambal dia sedap

kak zakie, kalu dapek berkumpul sekeluarga mmg seronok.

sepupu manbai kot..hahaa ikan bakar dia mmg sedap

skali sekala mkn tempat lain best jugak, lain tempat lain rasa kan.

ni sepupu manbai derrr..kah kah

Subang 2? Dekat je dengan rumah siqah. Siqah tinggal kat subang bestari. Lorrr. Tak pernah perasan kedai ni. Bookmark dulu. Nanti nak p rasa :)

Tergoda tengok Ikan Siakap dan Sotong terlentang tu... Yum yum!

ZIE..AJAR AKK CEMANA NAK BUAT 'REPLY' COMMENT.... lekaih! hahaha

yeke, dekat sgt tu, try la pi, klu sedap ok la tu

ikan siakap tu sedap mummy, sotong kureng sikit, bila sotong besar mcm ni liat sikit.

Mak aih so tempting!!! Dekat jugak dgn rumah ni. Memang nak pergi. Wait & i'll come!

http://www.fatindays.com

Sebarang bentuk komen yang tidak berhemah adalah tanggungjawab anda. Komen yang baik inspirasi blog ini.

Terima kasih atas komen anda.

Back To Top