Tournament bowling untuk ratu longkang.



Seperti yang dijanjikan, tiba lah untuk tournament bowling di Wangsa Walk yang ditunggu2. Ratu longkang is here , pam param pam2, pon pon. Pagi tu siapkan budak2 sebab aku pergi dengan adik dan budak2 je. Amir seperti biasa hari minggu keje, aku drive dengan budak2 dari wangsa maju → gombak→ wangsa walk. Nampak tak berpatah balik. Kena pickup adik kat Gombak dulu. eeergh si tua bangka tu tah bila boleh berdikari, pergi balik kerja abah ambik berjemput. Suruh belajar amik lesen kereta takmo, tah takut ke haper. Aku cakap kat adik, aku bagi tempoh sampai akhir tahun ni, tahun depan mesti belajar bawak keta sendiri, ingat abah tu driver pergi balik kerja nak jemput kou je. 

Team AJK dapat berita kebetulan pada hari tu, bos besar tak dapat datang last minute. Apa lagi, anak2 ikan yg kat bawah ni terloncat suka la. Dah macam pusat bowling sendiri, untuk hari tu je sewa 22 lines.  Kak Sha dengan pak jenal nak main pun tak boleh, line full house. Agak ye geram tengok aku main, baling asik ke longkang, dah ajor banyak kali, longkang jugek perginya. Nak buek macam mana, roh, jiwa, hati dah kat wayang upin ipin jeng 3x, jasad je ada kat bowling tu. Budak2 pun bertasbih 'lambat lagi ke'👦👧 'cepat la tengok upin ipin' 👦👧'bowling tak best' 😡 pitam mak 💆!

tudung pucci 
budak2 yg excited nak tengok Upin Ipin Jeng jeng jeng

Tournament bowling
 testing baling

Tournament bowling
 ratu bowling bersedia nak baling.

Tournament bowling
 ewahhhh, tengok skill tangan pengkor.

Tournament bowling  
kan dah cakap, longkang lagi
 
Tournament bowling
 barisan artis yg datang menyokong i main bowling. Nealofa dan ditemani Zainal Abidin kat belakang tu. Jenuh bang Jenal mengajor cara baling, tangan cenggini, jari masuk sini, golek je, tak payah baling..sudah ye longkang jugek. keh keh

Tournament bowling
 Ini Nik dengan wife dia. Wife nik sporting sangat. Asik gelak je, tiap kali turn laki dia baling tiap kali tu la dia rekod, rekod hokey. kou hado !!

Tournament bowling  
 Inilah team kitrang, nama TEAM KASI GEGAR TEN PIN. Ada sorang lagi, en.safwan dia sibuk ke hulu ke hilir mengalahkan VIP. Nama team gempak, tapi satu strike pun takde. Elok tukar nama team LONGKANG hahaha

Tournament bowling
 breakfast sandwich, ingat boleh kenyang makan roti 2 keping, lalu celah usus je. Aku siap masakkan nasi goreng dengan nugget untuk budak2.

Tournament bowling
 ingat boleh main dengan tenang, asal nak baling je, jam tu nak peluk pegang baju. Tu pasal la baling asik ke longkang je, itu pashhhal laaaa

Tournament bowling
 nak sangat pegang bola bowling, nah bagi rasa. Berat tak, berat tak

Tournament bowling  
budak2 dah bosan, ni pun boleh buat main. Sekali tergolek kat jari, menjerit nangis. huwa huaa

Tournament bowling
ini antara barisan yg menang, AKU MANA? jangan tanya. Ratu longkang kena bagi hadiah sorok2, tak terbuka macam ni. Apa kelas hadiah hamper, ratu longkang punya hadiah lagi vouge

Apa2 pun semua enjoy, yg menang happy, yg kalah pun bertambah happy, kalau masuk longkang gelak tak hingat dunia. sebab semua main untuk suka2, selalu kita jumpa time kerja muka stress, muka garang,  sombong la, straight je 'no' kona2, bila ada aktiviti macam ni, boleh kenal lagi rapat. Tak semua orang muka yg garang tak sporting. Sebenarnya orang yg muka garang tu la yg lebih sporting dan support. Thanks juga kepada penyokong miss suzie yg datang, alhamdulillah walaupun team miss suzie tak menang, dengan adanya penyokong dan peminat, kata2 semangat kalian membuatkan hati saya mencair seperti aiskrim, cia cia cia #pickupline

Dah janji dengan budak lepas main bowling, kita tengok Upin Ipin Jeng jeng jeng. Jom la tengok Upin Ipin jeng jeng jeng. Nak tahu movie upin ipin best ke tak, next entry miss suzie cerghitaaa naaa.



-zie-

Tag : Lifestyle
12 Komentar untuk "Tournament bowling untuk ratu longkang."

WAHHH kemainnn dan2 tukar watermarkkk werkkk :p

btw... kami suami isteri gibab dah nak ngajar mbah suzi ni...letak jawatan! hahaha. tangan tak berbedung.. kah! tapi takpelaa..jnji epi... kalau susah sangat nak jadi the best, jadi la yg paling korok pun takpe..org highlight jg! kahkah

tak kisah la kan kalah memang tu..yang penting enjoy..=D

Haha sama lah kita pun tak tahu main bowling. Asyik masuk longkang aje...siap dapat nombor 2 terakhir. Teruk kan..kakakaka..

sama la kak aysik masuk longkak je kalau main

itu pashhaaal la, i malu2 je nak baling, sebab confirm tahu dah masuk longkang, bila u lakik bini pergi. lega hati beta takde org yg memerghati.hahaha

ya, mmg enjoy wlapun asik ke longkang jew

dah tu, last pegang bola bowling kurun zaman batu, mana mauyer nak strike..hahaha

Bab ratu longkang ni julia pun juara hahahha yg penting happy kan dear...seronok tgk korang enjoy...dah lama x test golek bola tu

mmg juara ratu longkang, tiap kali baling asik ke longkang je la..nak harap jatuh 1 pin pun haremmmmm..hahaha

Sebarang bentuk komen yang tidak berhemah adalah tanggungjawab anda. Komen yang baik inspirasi blog ini.

Terima kasih atas komen anda.

Back To Top