Simple celebration birthday Fina - Jepun Mari

Lifestyle|Parenting|Foodie|Story Teller|Beauty Blogger. seorang yang periang dan sukakan cabaran.

Simple celebration birthday Fina

Jepun Mari | Tuesday, 15 November 2016,14:04 |
Simple celebration birthday Fina | Planing nak celebrate birthday gurl kat restoran ikan bakar kat Subang. Tapi dapat berita petang tu mak warded. Segala planing semua cancel, booking table pun cancel. Dah set dalam kepala nanti malam nak pakaikan Fina skraf macam princess tu, anak gugurl kan. Mesti la nak lawa2. TAPI takpe la, Allah tu dah tentukan setiap kejadian tu ada hikmah ye, kita mampu merancang, tuhan yang menentukan segalanya. Lately ni mak pun tak berapa sihat, tiap kali TCA (oppointment doctor) mesti berdebar2 takut kena warded. Memang betul la kena warded, takkan doctor nak saje2 bagi admit kalau tak de apa2 kan. Doktor lagi tahu. Maksudnya mak tak sihat la.

Nak suka sangat pun tak boleh. Kek pun dah beli, malam tu family members datang rumah sambut kat rumah je. Aku masak lauk kampung, sebab semua mesti lapar. Aku masak ayam lemak kuning dengan ada tambahan lauk lain.

 beli cup cake pikachu untuk budak dua orang ni, yang kelakar cup cake ni kan fondant, yang bawah tu kek. Terpusing2 nak makan macam mana, last tergolek-golek jatuh pikachu nih..hahaha

 tahun ni fina nak kek banana. Beli je, nak buat tak reti kah kah

 buat muka comel, cubit kang

 suka ye bila nyanyi birthday to you.

 si abang sentap pulak, adik punya birthday adik la tiup lilin. Dia pun nak jugak, pasang lilin lagi sekali, nyanyi ramai2 bagi dia pulak tiup lilin. Pe daa!!

 Petang tu kak long anak mak itam, hantar gambar wassap. Budak2 ni sambut dulu kat rumah mak itam. Suka la Fina dapat dua kek untuk birthday dia.

 
 Terima kasih mak itam belikan Fina kek. Fina memang manja dengan anak2 mak itam, yela diorang semua dah besor2 bila ada budak kecik, berkilo2 la manja terlebih. Pantang ayah itam pakai baju, mengekor saje.

Sempat jugak Anis belikan hadiah untuk Fina. Hadiah Fina semua tinggal kat rumah gombak, konon nanti malam nak bagi kat ikan bakar, tapi cancel sempat gi speed99 belikan jajan untuk Fina. Jadi la dari takdek.


Pagi sabtu kebetulan datang HKL ada hal sikit, kalau ikutkan budak bawah 12 tahun tak boleh naik ke wad. Tapi i kan staff situ, minta kebenaran nak bawak budak2 ni naik kejap je. Dapat jumpa mak, mak terus peluk cium budak2 ni nangis2, cium pipi, dahi seluruh muka cium sambil nangis2 sob..sob..

'cucu wan, cucu wan' mak nangis2

Si fina tu macam tahu je, tengok mata dia pun bergenang air mata. Si azeq peluk wan usap2 ye badan wan. Eh budak2 ni macam tahu je parasaan orang tua. Mak kesat2 air mata, rindu sangat dengan cucu dua orang ni. Aku cakap kat mak jangan la nangis. Emosi orang sakit ni macam2, nanti mula teringat arwah tu la, arwah ni la. Aku cakap dah tak payah ingat, ingat yang baik2 je. Ni dugaan Allah nak bagi ujian sikit.

Budak2 ni mula buat bising, tak lama tu aku turun. Tu pasal budak2 tak dibenarkan naik ke wad. Sebab buat bising, lari sana lari sini. Mengganggu ketenteraman pesakit. Lagi pun kat wad banyak penyakit, ada budak yang tak kuat antibodi mungkin boleh berjangkit, so ada baik ye budak2 tak dibenarkan naik ke wad.

Minta rakan2 blogger doakan kesihatan mak bertambah baik.





-zie-
5 Komen untuk "Simple celebration birthday Fina"

hepi birthday Fina..dan semoga Mak Zie cepat sembuh ye

Semoga ibumu bertambah sihat. Diriku pula sedih mengalir air mata mengenangkan dia rindukan cucu2.

Sebarang bentuk komen yang tidak berhemah adalah tanggungjawab anda. Komen yang baik inspirasi blog ini.

Terima kasih atas komen anda.

Back To Top