Sambal hitam terbaik dari Pahang - Jepun Mari

Lifestyle|Parenting|Foodie|Story Teller|Beauty Blogger. seorang yang periang dan sukakan cabaran.

Sambal hitam terbaik dari Pahang

Jepun Mari | Monday, 28 November 2016,09:30 |
Sambal hitam terbaik dari Pahang | Sape orang Pahang kat sini, angkat tangan. Dah cukup2, turun tangan, yg pastinya aku bukan orang pahang, i orang selangor, merah kuning lambang kebanggaannnn..tiba2 je kan kui2. Orang Pahang memang hebat, Dato' Siti Nurhaliza pun asal orang pahang tiba2 lagi  Sepupu Amir punya isteri asal orang Pahang, eeer paham tak ke pening. Aku panggil Kak Wan je. Dia kalau bab masak memasak usah cerita, petik jari terus jadi. Macam2 dia buat, bab kuih muih bagi la kat Kak Wan, memang cenggini πŸ‘punya. Kuih karipap, kuih badak dia buat frozen jual paket2 letak kat D'Saji Felda. Kalau tak silap dia tender kot kat D'Saji Felda, tapi aku kurang pasti erkk. Sebab laki aku tu bukan busy body macam bini dia. Kalau gosip belah keluarga aku boleh la. Lelaki ni bukan amik port pun. Orang cakap A, A la jawabnya.

Banyak dah aku rasa sambal hitam, ada yg aku rasa macam basah, lepas tu tak boleh simpan lama. Nanti berkulat. Tapi sambal hitam yg Kak Wan buat marvelous πŸ’‹πŸ’“πŸ‘bila makan cukup rasa, pedas, masam, manis, ikan bilis tak kedekut. Serba serbi cukup la. Tak kering & basah, just nice. Aku simpan kat luar pun tahan lama.

sambal hitam
packetging dalam bekas macam ni, senang simpan

sambal hitam
nampak menyelerakan

Sambal hitam ni buatnya renyah, masak pun kena lama. Asal sambal hitam adalah dari belimbing buluh yg dimasak sehingga hitam. Kuali yg reneh belimbing buluh ni mesti hitam legam macam hangus rentung. Ada setengah orang, rebus belimbung buluh ni dalam tin, dah habis masak buang. keh2 Cara masak sambal hitam, aku bagi tahu secara rafly je. Mula2 tumis bawang, lepas tu cili padi, masukkan ikan bilis, agak2 dah garing masukkan belimbing buluh yg di rebus sampai hitam tadi. Kacau sehingga betul2 kering. Api kena perlahan, nak jaga api lagi. aaaa renyah tak buatnya, alah beli je la. Takat nak makan semulut dua tak payah susah2. Beli je.

be.imbing buluh
 ni la rupa belimbing buluh, ada yg tak kenal belimbing buluh ke ?

sambal hitam
 makan dengan nasi panas + telur dadar pun dah cukup meyelerakan, tak percaya cubalah.

sambal hitam
perhhh sedap.

Hari tu baru dapat sambal hitam, sanggup aku masak nasi semata2 nak makan dengan sambal hitam. Aku ajak Amir join, dia takmo.Taknak sudeh!!

Harga?
80g RM5

Jangan PM aku tanya pasal sambal hitam ni, tanya taukey kedai KAK WAN πŸ‘‰ 019-3930027
Kalau nak frozen kuih pun dia buat, macam kuih badak, karipap ke. Kalau nak tempah kuih untuk majlis apa2 pun boleh. Kalau nak order jangan la order satu mintak COD, order la banyak sikit berbaloi jugak dengan kos COD tu kan. Order banyak boleh panjang2 kan ke sedara mara membeli sambil bersedekah. Dia duduk Cheras je. Apa2 boleh wassap.



-zie-


8 Komen untuk "Sambal hitam terbaik dari Pahang"

Sedap sambal hitam.. menu makanan orang Pahang :)

saya suka sangat dengan sambal hitam
memang nak kena tangan yang masak baru sedap hingga menjilat jari kan ;)
by the way saya punya kampong kat kuala lipis ;)

sedap tu..ai orang Pahang tapi taktau cakap Pahang...hahaha...ok makanan2 Pahang kami sekeluarga tak tahu sangat sebabnya....nak tulis kat blog la...hahaha panjang pulak aku bebel kat sini.

sedap kan, sy pun tak pandai masak

hai org lipis!!
mmg kena org yg pndai masak baru menjadi kan..

ikut mu la nis, nk bebel pnjang mana pun, blog ni sebahagian dari diri kita cia cia cia #pickupline hahaha

tak penah rasa lagi ni.. nmpk myelerahkan

nampak sedap jer..harga pun ok sangat tu..nnti boleh la cuba=D

Sebarang bentuk komen yang tidak berhemah adalah tanggungjawab anda. Komen yang baik inspirasi blog ini.

Terima kasih atas komen anda.

Back To Top