Tips memohon kerja kerajaan | Konvokesyen sesuatu kenangan yang sangat indah
Lepas konvo !! Duduk rumah, mengangur. jeng2 jeng
Oh No!! Perkataan 'menganggur' tu yang taknak dengar. Semua orang ada pengalaman sendiri sebelum dapat kerja tetap.
Ikut pengalaman aku, selepas konvo duduk rumah selama 6 bulan. Duduk kat kampung, bukan ada pasaraya big macam kat KL. Niat kat hati nak kerja jugak, mula-mula kerja kat kedai handpone. Tahan 2 minggu je, sebab tempat solat takde, dalam masa 2 minggu tu aku cari ceruk2 untuk solat. Lepas tu berhenti. Kedai handpone cina, bagi solat itu pun kira baik.
Ikut pengalaman aku, selepas konvo duduk rumah selama 6 bulan. Duduk kat kampung, bukan ada pasaraya big macam kat KL. Niat kat hati nak kerja jugak, mula-mula kerja kat kedai handpone. Tahan 2 minggu je, sebab tempat solat takde, dalam masa 2 minggu tu aku cari ceruk2 untuk solat. Lepas tu berhenti. Kedai handpone cina, bagi solat itu pun kira baik.
Lepas tu kerja kedai mini market. Hazab hokey, tak boleh duduk, kena berdiri layan pelanggan. Ingat kaki mop ke boleh tahan diri lama-lama. Itu tahan 2 hari lepas tu cabut. kah kah Tak dapat gaji pun takpe.
Lepas tu dapat kerja sambilan kat Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang. Sambilan ni bergaji hari. Datang ada duit, tak datang takde duit, konsep. Naik moto kou, jangan di sangka aku tak tahu bawak moto. Dari tanjong karang ke Klang. Dapat bayangkan tak. Sebulan je, sebab dapat offer tempat lain.
Bersusah payah intervew sana sini, dapat la kerja perbankinan. Suatu pengalaman yang indah, berkerja dengan orang korporat dan bermain dengan duit. Kerja di bank macam-macam yang berlaku, dapat duit palsu, short duit, terbagi duit lebih kat customer, kena ganti hokey, ingat bank nak payung ke. Sendiri salah sendiri tanggung. Pegang cash 100k ketar-ketar tangan. Kalau duit sendiri syok jugak. Berjoli seminggu habis dah. Kerja selama 2 tahun kemudian dapat kerja kerajaan sehingga la sekarang. Tapi bukan sekali temuduga terus dapat, 4 kali temuduga baru dapat ya.
Hari tu ada kawan share ada satu laman web jawatan kosong Goverment.My yang menyediakan lebih daripada 10,000 jenis kerja kosong yang boleh di mohon.
Badan-badan kerajaan juga ada menawarkan jawatan kosong kerajaan di Goverment.my memberi peluang kepada penganggur untuk mengisi jawatan kosong di dalam sektor kerajaan. Dulu, dalam tahun 80an orang tak hingin nak kerja kerajaan sebab gaji rendah. ya memang betul pun. Seingat aku dulu, basic kerja kerajaan tak sampai seribu pun. Sekarang berlumba-lumba orang nak kerja di sektor kerajaan.
Sektor lain juga seperti jawatan kosong maybank, jawatan kosong kastam, jawatan kosong jpj dan jawatan kosong kemas Kemungkinan dengan website ini memberi peluang dan serapan masuk kerja lebih tinggi.
Pihak kerajaan khususnya Kementerian Sumber Manusia harus melakukan sesuatu untuk mengatasi peningkatan masalah pengangguran di negara kita. Perlu di ingat dalam pada kita berusaha mencari kerja, mesti di iringi dengan doa, usaha dan tawakal. Nescaya dengan niat yang ikhlas Allah permudahkan urusan kita
Tips temuduga kerja kerajaan :
(ini atas pengalaman sendiri)
1. Sediakan dokumen seperti yang di minta (yang asal dan salinan)
Baca kat surat penggilan temuduga, mesti nak ic, surat beranak, sijil diploma/ijazah, resume. Mesti kena lengkap, sediakan salinan dan asal, satu tak cukup reject.
2. Bersedia
Nak kerja tapi tak bersedia, macam mana tu. Nak kerja ke tak. Contoh: cari maklumat tentang kerja yang di pohon.
3. Berpakaian kemas dan kasut bertutup
Etika berpakaian juga di ambil kira. Biar pakaian tak mahal, janji kemas dan sedap mata memandang. Jangan berpakaian seksi, ini dah melanggar etika kerajaan. Kasut kalau boleh bertutup, nampak macam ahli korporat sikit. Stokin koyak takpe, jangan kasut tapak tercabut.
4. Peka keadaan sekeliling
Contoh : dunia tengah perang ke, sekarang RMK ke berapa? Time tu tengah hot cerita pe, kena tahu isu semasa dan banyakkan membaca.
5. Jangan cakap hal politik
Kadang-kadang penemuduga akan minta pendapat, jangan cakap hal politik dan berkaitan dengan kerajaan, walaupun anda di pihak pembangkang buat-buat la sokong kerajaan. Nak kerja tak.
6. Rezeki
Ada orang temuduga tanya soalan takde kena mengena dengan jawatan pun. Contoh; dulu dia kerja pasar sebagai peniaga ayam. Berapa ekor ayam jual sehari, ayam potong berapa, macam mana nak bezakan ayam jantan dengan ayam betina. Masa temuduga cerita pasal ayam dari mula sampai akhir. Akhirnya dia dapat kerja dalam kerajaan, itu rezeki la.
7. Berdoa dan berserah
Anda dah berusaha, dah melakukan yang terbaik. Tak dapat takpe, mungkin ada rezeki yang lebih baik nak datang.
Semoga maju jaya.
Tag :
Service Review
8 Komentar untuk "Tips memohon kerja kerajaan "
Terima kasih share!
theathra.blogspot.my
NIce sharing... Sama la kite.. sebelum keje gomen, macam2 keje buat.. dah dapat gomen bukan sekali intebiu.. berkali2 baru dapat..
tips menarik..sekarang kerja kerajaan lagi terjamin. Kerja swasta ekonomi tak tentu, silap gaya kena buang or company lingkup.hadoi
hai ain..nti sy blogwalking
kan, bukan sekali inteveiw dpt, bnyk kali. tapi lain2 jawatan..
satu pengalaman yg best
sm je sal, keje mn2 semua bagus,di situ rezeki yg Allah nak bagi.
keje mcm sal lg best boleh jalan2 hahaha
wow menarik
tima kasih
Sebarang bentuk komen yang tidak berhemah adalah tanggungjawab anda. Komen yang baik inspirasi blog ini.
Terima kasih atas komen anda.