PD Ostrich Farm



Lepas check out from Grand Lexis PD, kitorang masih jalan-jalan kat Negeri Semilan ni mencari ZOO, zoo lagiiii.. tak tahu nak cakap anak bujang asyik request nak gi Zoo, search la zoo yg ada kat PD ni sampai terfikir nak ke ZOO Melaka, di sebabkan esoknya sekolah malas nak jalan jauh gi je laaa PD Ostrich Farm kat Teluk Kemang tu, menarik gak PD Ostrich Farm lebih kurang macam Zoo la. Dah nama pon zoo, haiwan je la yg ada dalam ni.

Tiket masuk 
Dewasa RM15
Kanak-kanak RM10 (3-12 tahun)
Lepas entrance ada jual feeding untuk animal RM6

Jalan-jalan di PD Ostrich Farm
kambing ni nampak kitorang pegang rumput terus menerpa kat kami, kalau pagar tu takde mau di sondol2 vontot, cakap 'nak makannn.. ngembekkkkkk bekkk'

Jalan-jalan di PD Ostrich Farm
kou tengok.. siap panjat pagar. tak makan saman.

Jalan-jalan di PD Ostrich Farm
feeding ostrich, memang ini yg dia hendak pon.

Kebetulan.. hari yg sama sekolah Azeq buat rombongan sekolah ke PD. Dalam wassap group sekolah diorang update ada kat PD Ostrich, confirm bertembung gan geng sekolah dia. bior kan dia bertembung.

Kalau korang faham dengan perangai Azeq dia tak suka join menda2 macam ni. tahun ni sekolah dia buat sukan gan lawatan sekali gus.. so bapaknya tak galakkan gi sebab dengan cuaca panas yg tak menentu sekarang. sukan kat tepi pantai tak ke sunburn..  

Jalan-jalan di PD Ostrich Farm
time lawatan kanak2 tabika ostrich berkeliaran bebas kat sini, ada la penjaga yg jaga.. boleh pegang, sentuh & peluk cium.. kou lalu nak cium ostrich ni.. eeuwww dah sama besar gan manusia bezanya leher jinjang (puiii ostrich leher jinjang hahahaa).

jumpa la kawan2 sekolah Azeq kat sini.. cikgu & parent pun ada. walaupun ada group sekolah dia still buat hal sendiri. Dia explore ke semua tempat tanpa rasa penat pun. kat situ aku proud sikit sebab takde la geli2 macam budak bandar pijak kotor sikit tak leh. Kejap2 lap peluh pakai tangan, lupa pulak nak bawak tisu.. Azeq ni memang jenis kuat peluh, nanti kat hujung rambut dia ada embun. bukan embun seri pagi, ni peluh bucuk bacin.

Jalan-jalan di PD Ostrich Farm
tau la bapak tokey lembu, berani u pegang lembu tu usap2 kepala dia, lembu ni pun elok mendengar kata tunduk diam eh ehhh macm ada aura. aku syak dia dah jampi lembu ni

Jalan-jalan di PD Ostrich Farm
memang ini yg dia  nak.. bg makan kat animal, semua haiwan dia nak feeding, kambing, lembu, horse, rabbit.. ostrich usah cerita la.. banyak kali dia bg makan. naik kembung ostrich tu

Jalan-jalan di PD Ostrich Farm
anak dara ni.. memang la tak suka gi ZOO.. sepanjang jalan macam ni je la dia.. berdukung dan tutup hidung.. sikit2 cakap busuk. ni budak bandar hahaa

Jalan-jalan di PD Ostrich Farm
ajet2 berani pegang kuda ni.. jangan harap.. ni pun suruh Amir shoot jauh konon macam sentuh.. takut2 berani je tu.. Tak percaya ? tengok la acaner aku genggam tangan Azeq tu.. agak2 kuda tu naik minyak hakak cabut lari hahaaha

Sekarang ni ada tempat masuk Dinasour. Kena jalan seberang sana sikit, mula2 nak naik ATV satu kepala RM20 tapi tak boleh naik berdua even bawak anak pun.. so cancel. Ada tempat masuk tengok Dinasour.. aku memang tak suggest untuk masuk.. kena bayar dewasa RM10, kanak2 RM5. Amir cakap bagi puaskan hati budak2 ni je.. Fina memang tak sukakan aktiviti ni.. so sepanjang jalan dia berdukung.. hahaha tempat pun macam jungle tracking ada bunyi sound Dinasour ulang2.. sepanjang jalan ada la 5-6 ekor patung Dinasour.. penat jalan satu hal.. dah mcam berkebun aku ari tu... so, rasa2 yg malas nak berkebun .. tak payah masuk pom takpeeeeee ngek

Jalan-jalan di PD Ostrich Farm
patung Dinasour.. Azeq cakap Zirafah dinasour sebab kepala dia tinggi macam jirapah..haha

Jalan-jalan di PD Ostrich Farm
trek dia macam ni ye.. baik fikir panjang2.. nak Masuk ke tak? Masuk? TAKKKKKK!! jawapannya tak payah masuk !!

Jalan-jalan di PD Ostrich Farm
dah penat berkebun (tengok Dinasour) masuk balik kat Ostrich Farm sambung tengok binatang yg lain 

Jalan-jalan di PD Ostrich Farm
feeding rabbit.. ada satu area tempat kandang rabbit, rabbit bersepah lari2 kat bawah kaki boleh pegang dan feeding sekali. Aku syak ini sepupu sepapat rabbit yg k.Sha bela.. bahahaa

Dah puas pegang rabbit, ada tempat untuk wash hand. Cuci tangan bersih2 pakai sabun. Ada cafe yg jual sate daging burung unta dan dijamin halal, ramai gak la parent yg order sate ostrich ni.. tak sure satu cucuk kira macam mana, telur ostrich pun ada jual, satu telo boleh makan 7-8 orang.. leh bayangkan tak besor mana kalau buat dadar.

Jalan-jalan di PD Ostrich Farm
ada area yg boleh pijak telur ostrich ni.. cara pijak dia kena pijak satu kaki dan kalau salah pijak boleh pecah.. kalau pecah sila laaa bayor 150 hingget sebijik 

Jalan-jalan di PD Ostrich Farm
alahai si kecik ni pijak tak rasa pe.. rasa angin lalu 

Jalan-jalan di PD Ostrich Farm
ni la telur burung unta yg dah pecah. nak pecahkan pun kena pakai drill.. ni aku sendiri yg mintak kat kaunter saje nak tengok rupa dia macam mana.. kulit telo dia keras macam marmar nak kepakkan sikit pun tak leh tau..

Jalan-jalan di PD Ostrich Farm
berani tol budak kecik ni.. dia sendiri yg mintak ular tu letak kat leher dia.. mama dah lari jauh2 takut tiba2 kang ular tu terbang ke haku acanerrrrrr..

Around 3 pm gerak balik KL.. penat sungguh hari tu rasa diri ku begitu tua. Jalan pusing satu farm ni pun dah semput.. so kat sini maksudnya kena exercise. Orang kita ni kurang exercise, banyak makan dari bersenam. Exercise nya sikit.. makan nya banyak acaner.. ahhaha terpelanting kat diri sendiri nampakkkkkk.

Ni dia dah start request nak gi mini Zoo yg kat KL Tower tu.. senang citer selagi dia tak puas jumpa kawan2 dia kat Zoo selagi tu perkataan Zoo tu disebut2. Azeq pernah cakap dia nak gi semua ZOO yg ada kat Malaysia.

ok.. takpe kami akan bawak dia sampai dia jemu. biar perkataan ZOO tak nak dengor langsung.. sebut ZOO pon mual tekak termuntah2 geli kahak dengar. pitam!!



-zie-
5 Komentar untuk "PD Ostrich Farm "

Gila ganas kambing tu zie. Macam nak keluar pagar dah gaya dia.

Syafi sejenis mcm si adik. Geli pasir2 ni. Haha. Tp skrg ok sikit dr dulu. Geli teruk nau.

Haha nampak sgt muka zie ajet2 berani tu. Selamat masa hulur tgn dia tak hulur lidah keluar. =p

2 tahun lepas pun ada ke sana. Anak-anak seronok lah nengok burung unta tu

Menarik jgk xtvt kat sini..
Bdk2 suka lah..dpt pgalaman baru

Salam kenal Zie...

Budak budak mmg suka tengok binatang. Biasalah tu. Mahal jugak ye fees masuk tu.

Sebarang bentuk komen yang tidak berhemah adalah tanggungjawab anda. Komen yang baik inspirasi blog ini.

Terima kasih atas komen anda.

Back To Top