Review : tournament bowling di Wangsa Walk




Review : tournament bowling di Wangsa Walk | Hari minggu ni Kelab Jabatan ada buat tournament bowling. Tak faham nape bila ada aktiviti macam ni ramai yg tolak takmo join, sebagai selaku AJK jenuh cari orang ajak join tournament ni. Terpaksa tebalkan muka ajak orang join. Ketuk2 kuali 'wooi sape nak join main bowling, jom main bowling, jom la' Nasib ada beberapa orang yg sudi join, appreciate sangat ullos. Rasanya dulu masa keje bank, pantang ada aktiviti macam ni, terkinja2 nak join. Bowling ke treasure hunt, dancing terpaksa, join saje suka2. Bapak org, mak org, pangkat nenek2, single, married semua sporting support aktiviti office. Kalau bab hadiah aku lagi suka, suka bungkus2, buat cantik2. Nak bagi kat orang mesti buat cantik2. Tu tanda ye apa yg kita buat ikhlas.

Banyak tempat AJK riki, antaranya Brem Mall, Selayang, Foursquare Sentul, One Utama, IOI City dan AKHIRNYA bowling di Wangsa Walk, Wangsa Maju jugak jadi pilihan. Hoyeyy, sebab dalam tu ada wayang, lepas main bowling cabut bawak budak2 tengok wayang Upin Ipin Jeng Jeng Jeng, dah janji hari tu. Bagi aku ok sangat sebab dekat dengan rumah, kalau buat jauh2 macam kat Bukit Jalil ke memang tak pergi la. Mengagau cari tempat lagi, sebab hari minggu Amir keje, aku kena drive dengan budak2, kalau buat jauh2 haremm nak pergi.

Apa yg best bowling di Wangsa Walk?
1. tak tahu, sebab tak pernah main bowling kat sini. keh keh2
2. yg penting, food variety banyak pilihan, nak sebut satu2 banyak sangat la. A&W, Subway, Sakura Kristal, Texas, JomBali, Auntie Ann etc
3. bowling kat sini ada 32 lanes
4. Ada wayang, lepas main bowling cabut tengok wayang pulak.

Parking :
Isnin-Jumaat  (first 3 hour RM1)
Subsequent hour RM1
Daily Max RM5

Sabtu, Ahad & public holiday
Per entry RM2.00

Lost Ticket RM50

tournament bowling di wangsa walk

tournament bowling di wangsa walk

tournament bowling di wangsa walk

tournament bowling di wangsa walk

tournament bowling di wangsa walk

tournament bowling di wangsa walk

Ni sample quotation dari pihak bowling. Kalau ada tournament macam ni ada sesetengah tempat makanan luar tak dibenarkan. Kalau nak pun kena amik food & drinks dengan depa. Kedekkk betol, tau2 je la, kalau amik dengan depa confirm mahal, tapi nak buat macam mana dah nak sangat buat kat Wangsa Walk kan. Kat luar2 tu pun banyak food stall chose je la. Untuk tournament ni kami amik sandwich dengan hot drinks. Harap hot drinks boleh refill, i hope so.

Dah confirm, 50% deposit kena hulur dalam masa 2 minggu. Boleh payment pakai cash atau cheque.
Complimentary : PA system, meja & kerusi untuk hadiah disediakan, score keeping & result, 2 free games dan MC. MC ni boleh pilih antara nak pakai MC dia atau MC kita. Baik pakai orang kita, dah tentu kenal.

RATE : RM 7 per game (harga biasa lain)
Bawak stokin je, kasut include pakej - free

tournament bowling di wangsa walk
ni normal price

Harap tournament kali ini berjalan dengan seperti yg di rancang. Main ni pun kerana terpaksa sebab takde orang dah nak main, ingat pandai sangat main bowling, tah kurun keberapa last pegang bola bowling tu. Harap baling masuk longkang, tak bajet nak menang, main untuk hiburkan hati. Bajet pun ciput, nak grand macam mana. Lain la ada sponsor yg sudi nak taja, tapi takut la pulak sponsor2 kang SPRM pergi ye. kah kah.

k.bai- sambung sembang na.




-zie-

12 Komentar untuk "Review : tournament bowling di Wangsa Walk"

Wah.. Enjoy Zhi. Confirm gelak sakan tengok gelagat dan ragam kawan2 main..

Kita tak pandai main bowling. Dulu kena paksa2 juga. Tempat main selalu ampang point je dah tu kata company punya kann..boleh je dapat diskaun staff tapi haram tak suka main..dapat kupon je bg org lain. Haha.

Unni. Suka main tapi bola aysik buat jln sndri.. Huhuhu

makcik, ari minggu (ahad) ke sabtu?? kang i datang org tadek, i amukan baling bola boling kat luar lane baru tau. hahhahaa(padahal reserve je pon)..hahah. agal2 team kita takleh nak blah, i pakai kan laki i tudung buat ganti i..kah kah kah.

Betul..dekat sangat dengan wayang...hihi..

Main bowling dengan kawan kawan boleh eratkan hubungan 😃

Wahhh hebatnya handle pertandingan boling ni...menarik...selalu pergi sini dan pernah main 2 lot kt sini...best gak...mesti meriah team korang bertanding yeyyy

Kakak rasa dah berbelas tahun kakak tak main bowling ni Zie
Dulu kerja resort tiap minggu main
Nampak yg Zie tunjuk ini ok sangat tempatnya.

dah lama tak main bowling, sellau main kat IOI Mall takpon kat Dpulze,Cyberjaya jer..hehehe

Bestnya main bowling masa xde orang. Feeling macam private event. Woohoo

http://www.fatindays.com

Lamanya tak pergi wangsa walk. Boling apatah lagi..

Sebarang bentuk komen yang tidak berhemah adalah tanggungjawab anda. Komen yang baik inspirasi blog ini.

Terima kasih atas komen anda.

Back To Top